DALAM misi pembangkang menawan Pulau Pinang, PAS tidak ada masalah untuk
bekerjasama dengan DAP, kata Naib Presidennya Mohamad Sabu. Beliau juga 
menjelaskan, semua parti termasuk PAS tidak boleh menang secara
bersendirian.

Menurut Mohamad Sabu, PAS menerima kenyataan bahawa di Pulau Pinang
majoriti pengundinya adalah bukan Melayu dan oleh kerana itu partinya
sedia bekerjasama dengan DAP.

Ini bererti PAS akan  bekerjasama dengan sebuah parti yang menentang
perjuangan negara Islam mereka. DAP sebuah parti yang menentang
sekeras-kerasnya negara Islam.

Sebaliknya PAS sanggup menumbangkan BN yang ditunjangi oleh parti UMNO
dan merupakan parti yang berteraskan  Islam.

"Saya optimis soal kerusi akan diselesaikan dengan baik oleh parti-parti
pembangkang, PAS tidak ada masalah bekerjasama dengan DAP di Pulau
Pinang," kata Mat Sabu (yang merupakan  salah seorang perancang
keganasan di Batu Buruk).

Katanya lagi ,PAS tidak ada masalah untuk membantu DAP menumbangkan BN
di Pulau Pinang.

Jelasnya, apa yang penting adalah pertandingan satu lawan satu antara
calon Barisan Alternatif (BA) menentang calon Barisan Nasional (BN)
dalam pilihanraya akan datang.

Inilah PAS yang tidak pernah malu, DAP pernah menarik diri pada tahun
2001 dan  DAP sering menolak untuk bekerjasama dengan mereka terutama
sekali pada pilihanraya  kecil, tetapi PAS tetap untuk bekerjasama
dengan parti yang pernah menghina Islam dan Melayu.

Sila KLIK DI SINI <http://www.kpmu.net/>   untuk cerita selanjutnya


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke