Kenali penyakit resdung

Klik untuk maklumat & testimoni : http://www.biovco.com

Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara
tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian
iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau
kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir
daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan
dan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis
udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta
pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana
bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika
jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga
mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh
selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan
rawatan segera.

Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan
ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan
minggu, ia memerlukan pembedahan.

Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah endoskopi digunakan iaitu tiub kecil
dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga
sinus. Ia membolehkan pemeriksaan lebih teliti dijalankan bagi mengetahui
apa sebenarnya di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.

Jika mukos di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat, tiub akan dimasukkan
untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius,
pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang
bengkok serta membuang ketumbuhan.

80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi
penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan
antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali
jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan
masing-masing.

Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak
diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan
atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila
ia tidak dirawat dengan betul.

*FAKTA
Simptom sinusitis*

   - Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya
   disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
   - Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan
   disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
   - Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan
   jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
   - Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada
   bahagian Ethmoid sinus.
   - Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan
   hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit
   sinusitis.
   - Pening kepala.
   - Hidung tersumbat.
   - Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau
   kehijauan.
   - Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
   - Demam atau rasa tidak sedap badan.
   - Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan
   sebagainya.
   - Kurang deria rasa atau bau.
   - Kelesuan.

Klik untuk maklumat & testimoni : http://www.biovco.com

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=
Testimoni Pengguna :

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada BioVCO dan bersyukor kepada
Allah.

Pada awal bulan Jun  2006 hingga pertengahan bulan Julai 2006 saya
mengalami selsema yang serius. Bermacam ubat dari klinik telah saya
ambil tapi tak juga sembuh. Deria bau saya hampir hilang..... Setiap
pagi hidung saya berair dan tersumbat selama hampir 2 bulan.

Setelah saya mengambil BioVCO sebanyak 2 botol, selsema dan masaalah
hidung tersumbat hampir sembuh 100%. Deria bau saya juga pulih.

Terima kasih

Mohd Saaidian A. Aziz
Kuala Lumpur

http://www.biovco.com
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke