*Kolesterol Darah Yang Tinggi*

*
*

* *

* UTAMA <http://www.biovco.com/> *

* TESTIMONI <http://www.biovco.com/testimoni.html>*

* INFO KESIHATAN <http://www.biovco.com/info/>*

* BELI PRODUK <http://www.biovco.com/beli.php>*




Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol
dalam darah meningkat tinggi. Lazimnya, badan kita akan mengimbangi
kolesterol yang diperolehi dari makanan supaya apabila terlalu banyak
kolesterol dihasilkan dari makanan, organ hati akan mengurangkannya. Tetapi
jika kita mempunyai berlebihan berat badan atau memakan makanan yang tinggi
lemak, maka badan kita tidak lagi mampu mengimbanginya. Bila ini terjadi,
paras kolesterol darah akan meningkat.


*Faktor risiko penyakit jantung yang lain *
**

*      Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung

*      Tekanan darah tinggi

*      Merokok

*      Diabetes

*      Kegemukan (berlebihan berat badan)

*      Gaya hidup yang sedentari





Jika anda memiliki satu atau lebih dari faktor di atas, anda perlu berjumpa
doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kolesterol darah anda.


(Jumlah paras kolesterol yang disyorkan : di bawah 200mg/dl atau di bawah
5.5mmol/L dengan paras kolesterol LDL kurang dari 130 mg/dl dan paras
kolesterol HDL lebih dari 35 mg/dl (#1.6 mmol/L). Pada kebiasaannya kaum
wanita yang masih mengalami haid mempunyai HDL lebih tinggi dari kaum
lelaki. Jadi untuk kaum wanita, paras HDL yang melebihi 55 mg/dl adalah baik
dan disyorkan. Jumlah paras kolesterol yang melebihi 200 hingga 220 mg/dl
selalunya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.




*RISIKO*



Paras kolesterol yang tinggi boleh meningkatkan risiko saluran darah
tersumbat yang boleh mengakibatkan:



    *      Serangan jantung

    *      Angin ahmar (strok)

    *      Serangan sakit dada atau angina

    *      Tekanan darah tinggi

    *      Kegagalan buah pinggang



*Pengurusan sendiri*



Pendekatan bukan-farmakologi



    *Penurunan berat badan- bersenam secara tekal (tetap dan berterusan)
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk 30 minit bagi setiap sesi. Berat
badan hendaklah diturunkan tidak melebihi 0.5-1.0 kg setiap minggu. Indeks
Jisim Badan yang disyorkan ialah antara 18.5 - < 25 kg/m2 dan ukuran nisbah
pinggang-pinggul ialah < 0.9 untuk lelaki dan < 0.8 untuk wanita.



    * Berhenti merokok



    * Pengambilan alkohol yang berlebihan akan meningkatkan paras
trigliserida plasma. Walau bagaimanapun, meminum alkohol secara sederhana
dikaitkan dengan peningkatan paras kolesterol HDL (tidak melebihi 21 unit
untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita) (1 unit alkohol adalah bersamaan
dengan = pain bir, 1 gelas wain atau = 'peg spirit')



ยท         Pengubahsuaian diet-cara mengurangkan lemak dalam makanan adalah
seperti berikut:



Kurangkan pengambilan keseluruhan lemak dalam makanan kepada 30% atau kurang
dari jumlah kalori.



Kurangkan pemgambilan lemak tepu kepada 10% kurang dari jumlah kalori.



Kurangkan pengambilan kolesterol kepada kurang dari 300 mg sehari.



Petua



    *  Tanggalkan kulit dari daging ayam sebelum dimakan.

    *  Elakkan dari menambah kicap atau lain-lain sos, minyak, mayonis, krim
atau mentega ke dalam makanan anda.

    *  Pilih lebih banyak ikan atau bahan makanan laut yang lain untuk
dimakan

    *  Buangkan segala lemak yang ternampak pada daging

    *  Jangan menggoreng dalam minyak yang banyak. Gunakan teknik
kacau-goreng.

    * Memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

    * Memakan lebih banyak roti dan bijirin. Elak dari mengambil roti bulan
sabit (croissants), biskut, pastri dan kuih-muih yang manis dan berminyak.





* TESTIMONI PENGGUNA*





Salam Mesra,



Saya disahkan menghidapi kolesterol tinggi oleh doktor semasa menjalani
ujian darah disalah sebuah klinik kerajaan di Kuching, Sarawak. Saya
disyorkan oleh abang ipar saya untuk mencuba Biovco dan setelah mengamalkan
meminum *BioVCO* 2 botol saya telah sekali lagi menjalani ujian kolesterol
dan menakjubkan tahap kolesterol saya telah menurun dan hingga kini saya
akan tetap meminum Biovco supaya kesihatan saya berkekalan.



Saya juga telah mengesyorkan kakak ipar saya yang menghidapi tyroid untuk
mencuba *BioVCO* dan dia pun berpuas hati kerana ujian darah menunjukan
perubahan yang baik dan bengkak nampak ada perubahan setelah meminum 2
botol.



Terima kasih *BioVCO* dan semoga pembaca juga akan mendapat manfaat dari
Biovco jika anda sayang diri anda dan keluarga.



*Batrice Veronica*

Sarawak



Tel: 013-847****



* UTAMA <http://www.biovco.com/> *

* TESTIMONI <http://www.biovco.com/testimoni.html>*

* INFO KESIHATAN <http://www.biovco.com/info/>*

* BELI PRODUK <http://www.biovco.com/beli.php>*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke