*Gejala hormon tiroksin *
**

* *

* *

*UTAMA <http://www.biovco.com/> *



*TESTIMONI <http://www.biovco.com/testimoni.html>*

*INFO KESIHATAN <http://www.biovco.com/info/>*

*BELI PRODUK <http://www.biovco.com/beli.php>*



GEJALA berat badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan
gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan
sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama
bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada
tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula
jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda,
cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Perkara ini berpunca daripada kekurangan hormon tiroksin yang dihasilkan
daripada kelenjar tiroid. Tiroid adalah kelenjar kecil berbentuk rama-rama
yang terletak di pangkal leher (di bawah halkum bagi lelaki).

Ia menghasilkan beberapa jenis hormon iaitu tiroksin (T4) dan liothyronine
(T3) yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan.

Hormon tiroksin juga diperlukan dalam semua aktiviti metabolisme, termasuk
penentuan kadar degupan jantung dan kecekapan badan membakar kalori daripada
makanan. Namun, ada masanya kelenjar tiroid tidak dapat berfungsi dengan
cekap dan menjadi tidak aktif, menyebabkan penghasilan hormon tiroksin
terganggu.

Keadaan kelenjar tiroid tidak aktif ini dipanggil hipotiroidisme. Kekurangan
hormon tiroksin menjejaskan fungsi badan secara keseluruhan. Sebenarnya,
berjuta orang di dunia ini mengalami masalah hipotiroidisme, tetapi tidak
menyedarinya kerana gejala kekurangan hormon tiroksin bersifat sangat umum.

Dianggarkan 200 juta penduduk dunia mengalami masalah ini. Bagaimanapun,
tidak ramai mendapatkan rawatan kerana gejala dialami dianggap perkara
biasa. Masalah hipotiroidisme lebih kerap berlaku pada wanita (tujuh hingga
lapan peratus) berbanding lelaki iaitu hanya tiga peratus.

Dalam erti kata lebih mudah, hipotiroidisme berlaku pada satu daripada enam
wanita dan satu daripada 12 lelaki. Ia juga boleh terjadi pada bayi dan
kanak-kanak, tetapi kadarnya lebih rendah iaitu satu kes bagi 4,000 orang
dan kanak-kanak perempuan mempunyai kebarangkalian dua kali lebih tinggi
mengalami hipotiroidisme berbanding lelaki.

Jumlah pesakit meningkat dengan pertambahan umur. Dianggarkan antara 10
hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dan
meningkat kepada 15 hingga 20 peratus apabila mencecah umur 60 tahun. Bagi
lelaki berumur 60 tahun ke atas, catatan kes hanya sekitar lima hingga 10
peratus.

Bagaimanapun, hipotiroidisme boleh berlaku pada semua peringkat usia, sama
ada warga emas berumur 80 tahun atau janin dalam kandungan, kata Pakar
Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein.

"Masalah ini jarang disedari. Pada peringkat awal, kekurangan hormon
tiroksin mungkin tidak menimbulkan tanda, tetapi lama kelamaan pesakit
mengalami pelbagai gejala, termasuk degupan jantung menjadi lambat,
peningkatan berat badan, sakit sendi dan masalah kesuburan.

"Oleh kerana tandanya tidak jelas dan bersifat sangat umum, ia tidak
dianggap masalah. Pada peringkat awal pesakit mungkin berasa sedikit letih
dan mengantuk, sengal badan serta sukar memberi tumpuan pada pekerjaan.

"Namun, kebanyakan orang, termasuk doktor, menganggap ia kesan daripada
tekanan atau sebahagian daripada proses penuaan," katanya ketika pelancaran
terapi penggantian hormon tiroksin, Euthyrox yang mengandungi natrium
levothyroxine anjuran Merck Serono Sdn Bhd.

Dr Zanariah berkata, jika tidak dirawat, lama kelamaan tanda kekurangan
hormon tiroksin menjadi lebih ketara dan serius. Kelenjar tiroid yang lemah
dipaksa terus bekerja menghasilkan hormon tiroksin dan akhirnya boleh
menyebabkan ia membengkak (dipanggil goiter).

Apabila ini berlaku, ia memperlahankan proses pemikiran, menyebabkan pesakit
menjadi pelupa dan mudah tertekan. Pada keadaan lebih serius, kekurangan
hormon mengancam nyawa kerana ia mengakibatkan suhu badan dan tekanan darah
menurun, sukar bernafas serta koma. Namun, kes seperti ini sangat jarang
berlaku.

*Punca*

Beberapa punca boleh menyebabkan hipotiroidisme iaitu:

Penyakit Hashimoto — Keadaan di mana sistem imun mengganggu fungsi kelenjar
tiroid.

Rawatan bagi masalah hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlalu aktif) — Ia
termasuk ubat anti tiroid, pembedahan atau radioaktif iodin.

Tiroiditis pospartum — Keradangan kelenjar tiroid yang biasanya berlaku
selepas wanita muda melahirkan anak. Keradangan ini boleh menyebabkan
masalah hipo atau hipertirodisme. Biasanya bersifat sementara, namun ia
boleh berlanjutan dan perlu dirawat.

Hipotiroidisme kongenital — Bayi dilahirkan tanpa kelenjar tiroid atau
kelenjar tiroid mereka hanya terbentuk separuh. Ada juga bayi dilahirkan
dengan kelenjar tiroid berada pada tempat salah (dipanggil ektopik tiroid).

Dalam sesetengah kes, kelenjar tiroid bayi boleh berfungsi dan menghasilkan
cukup hormon untuk seketika. Bagaimanapun, kelenjar yang tidak terbentuk
sempurna itu tidak mampu menghasilkan cukup hormon apabila kanak-kanak
berkenaan membesar.

Kekurangan iodin — Kelenjar tiroid memerlukan iodin untuk menghasilkan
hormon tiroksin. Iodin diperoleh daripada makanan yang masuk ke dalam aliran
darah sebelum sampai ke kelenjar tiroid. Masalah ini jarang berlaku di
negara kita. Ia biasanya terjadi pada penduduk yang tinggal di kawasan
pergunungan.

Penyakit tiroid dan kesuburan

Menurut Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Arlene Ngan,
sama ada kelenjar tiroid terlalu aktif atau tidak, kedua-duanya memberi
kesan kepada kesuburan wanita yang menyebabkan mereka sukar hamil.

Ada pakar menyarankan wanita yang mengalami masalah haid atau ketidaksuburan
juga sepatutnya menjalani pemeriksaan penyakit tiroid. Kekurangan hormon
tiroksin bukan saja menyebabkan wanita sukar hamil, tetapi boleh
mengakibatkan keguguran.

Wanita yang ada masalah tiroid dinasihat mendapatkan nasihat doktor terlebih
dulu sebelum hamil bagi mengelak masalah sama ada pada ibu atau bayi.

Namun, pesakit tiroid wanita yang menerima rawatan tiroksin perlu meneruskan
pengambilan ubat sepanjang kehamilan tanpa rasa takut kerana ia selamat.

"Tiroksin adalah hormon semula jadi yang diperlukan bagi semua orang,
termasuk bayi dalam kandungan. Bagi pesakit hipotiroidisme yang hamil,
kekurangan hormon ini boleh menjejaskan perkembangan otak bayi yang
menyebabkan bayi mungkin mempunyai IQ rendah.

"Biasanya ketika hamil, keperluan hormon tiroksin meningkat. Justeru, ramai
wanita berisiko mengalami masalah kekurangan hormon tiroksin ketika hamil.
Ini sebabnya wanita disaran menjalani saringan kesihatan untuk mengetahui
sama ada mereka mengalami masalah ini atau tidak demi anak dalam kandungan,"
kata Dr Ngan.

*Ujian pengesahan*

Pemeriksaan atau diagnosis untuk mengetahui sama ada seseorang itu ada
masalah kelenjar tiroid sangat mudah, iaitu melalui ujian darah dan boleh
dilakukan oleh doktor biasa. Sampel darah anda dihantar ke makmal untuk
diuji kandungan hormon tirotropin (dipanggil ujian TSH). Tahap TSH normal
ialah antara 0.4 hingga 2.5 mU/l. Jika paras TSH anda melebihi tahap ini (4
hingga 10 mU/l) bermakna anda mengalami hipotirodisme.

Pemeriksaan ini lebih digalakkan bagi:

Wanita hamil dan menopaus.

Orang tua, terutama yang mengalami masalah fungsi fizikal dan kognitif
(pemikiran).

Individu yang ada sejarah keluarga atau diri sendiri mengalami
hipotiroidisme.

Pesakit jantung.

Individu yang ada masalah kolesterol tinggi.

Pesakit yang ada sedikit kegagalan kelenjar tiroid.

Individu yang ada masalah degupan jantung terlalu perlahan (kurang 50
degupan seminit).

Bagaimanapun, pesakit disaran berjumpa doktor pakar jika berumur kurang 18
tahun, tidak bertindak balas terhadap rawatan, wanita hamil, menghidap
penyakit jantung atau lain-lain penyakit endokrin serta ada ketumbuhan atau
bengkak pada kelenjar tiroid.

*Rawatan*

Walaupun gejalanya tidak ketara, tetapi jika tidak dirawat, hipotiroidisme
boleh menyebabkan kegagalan jantung. Kekurangan hormon tiroksin
memperlahankan degupan jantung kepada 50 atau 60 degupan seminit.

Bagi wanita hamil, kekurangan tiroksin memberi kesan negatif pada
perkembangan otak bayi, bayi lambat membesar dan meningkatkan risiko
keguguran. Masalah kekurangan hormon ini secara umumnya meningkatkan risiko
sakit jantung, meninggikan paras kolesterol, dinding salur darah menjadi
keras yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

Ini sebabnya pesakit perlu menjalani terapi penggantian hormon dalam bentuk
pil makan yang diambil setiap hari sepanjang hayat. Tablet natrium
levothyroxine perlu diambil 30 minit sebelum makan untuk meningkatkan
penyerapan hormon.

"Doktor akan menentukan dos sesuai bagi pesakit supaya tidak berlaku
berlebihan dos. Tiada halangan untuk mengambil ubat ini kerana badan
memerlukan hormon ini. Apabila stabil, pesakit tidak digalakkan menukar
jenama ubat kerana setiap ubat ada kadar penyerapan berbeza. Jika masih mahu
berbuat demikian, pesakit mesti berbincang dengan doktor kerana mereka perlu
menjalani ujian darah semula," kata Dr Ngan.

Dos penggantian hormon yang tepat sangat penting. Jika dos terlalu rendah,
terutama di kalangan pesakit tua, ia meningkatkan risiko kardiovaskular dan
menyebabkan masalah degupan jantung dan tekanan darah.

*Anda mangsa hipotiroidisme?*

Bagaimana anda boleh tahu sama ada mengalami masalah hipotiroidisme atau
tidak? Senarai di bawah mungkin dapat membantu.

Saya kerap letih dan mengantuk, tidak bertenaga dan stamina.

Minda saya kurang cekap, lambat berfikir, kurang daya tumpuan dan sukar
mengingat.

Semua fungsi badan menjadi perlahan, termasuk proses perkumuhan dan
metabolisme; mengakibatkan berat badan bertambah.

Kulit dan rambut menjadi kering. Kulit pucat dan muka membengkak. Kuku juga
menjadi rapuh.

Saya sentiasa rasa sejuk, walaupun orang lain selesa ada dalam persekitaran
sama.

Saya perasan ada banyak pemikiran negatif dan murung.

Pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan.

Otot dan tulang terasa kaku dan sakit. Tangan juga terasa kebas.

Tekanan darah saya meningkat, tetapi kadar degupan jantung jadi perlahan.

Paras kolesterol meningkat.

Jika anda memberi jawapan 'Ya' kepada lima daripada soalan di atas, anda
disaran segera berjumpa doktor dan terangkan keadaan anda.

Ia tanda yang mungkin menunjukkan anda mengalami masalah hipotiroidisme.



*TESTIMONI PENGGUNA*



Testimoni : Penyakit Tiroid

Assalammualaikum..

Disini saya hendak berkongsi dengan anda semua tentang penyakit saya iaitu
penyakit tiroid yang anda tahu dimana mempunyai ketumbuhan atau bengkak
dileher. Saya sepatutnya perlu dibedah di hospital Kuala Lumpur tetapi saya
meminta doktor supaya pembedahan saya ditunda kerana perasaan takut.

Saya ternampak iklan didalam internet tentang penyakit tiroid. Maka saya
fikir hendak mencubanya. Saya telah membeli 4 botol minyak kelapa dara
BioVCO dan saya hanya minum 2 botol saja dari 4 botol yang saya beli.

Hasilnya dalam beberapa bulan bengkak saya iaitu tiroid menjadi lembik dan
dalam beberapa hari tiroid tersebut telah pecah. Saya berasa syukur sangat
kepada ALLAH kerana penyakit tiroid saya telah sembuh. Oleh itu saya tidak
lagi perlu melakukan pembedahan.

Alhamdullilah penyakit tiroid saya kini sudah tiada.

*Norazida Bt Ibrahim*
Damansara Damai
P. Jaya Selangor

Tel: 012-324****

** Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti
atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli
perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis
penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni di atas sembuh dengan
izin Allah S.W.T. Ia belum diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan
yang dialami mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang
lain.


* *

*UTAMA <http://www.biovco.com/> *



*TESTIMONI <http://www.biovco.com/testimoni.html>*

*INFO KESIHATAN <http://www.biovco.com/info/>*

*BELI PRODUK <http://www.biovco.com/beli.php>*


[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Rakan-Muda/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Rakan-Muda/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke