Harus lelaki memakai gelang untuk berubat Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN 1 Baru-baru ini saya telah ditunjukkan sejenis gelang tangan yang bermagnet di mana ia mampu menstabilkan ion-ion di dalam aliran darah badan kita. Secara tidak langsung ia dapat memberi kebaikan dari segi kesihatan dan juga dapat menyembuhkan beberapa penyakit dengan izin Allah. Saya ingin tahu apakah hukumnya bagi kaum lelaki untuk memakainya untuk kebaikan kesihatan? JAWAPAN: Islam menegah umatnya dari kalangan lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Namun sekiranya gelang magnet ini terbukti manfaatnya dari sudut perubatan dan diperakui keberkesanannya, maka ia harus dipakai oleh orang lelaki dengan tujuan berubat. Di dalam Islam, ada kalanya Islam mengharuskan perubatan dengan perkara haram atau bahan yang haram. Cuma kaedah fikah mendasari perkara ini "sesuatu darurat (keperluan yang mendesak) diukur mengikut kadar keperluannya." Maksudnya gelang itu dipakai mengikut keperluan sahaja. Saya juga ada melihat orang lelaki memakai gelang tangan yang difahamkan dapat membantu kelancaran pengaliran darah. Asalkan gelang itu direka khas dan bentuknya untuk orang lelaki dan dimaklumi sebagai gelang membantu pengaliran dan kelancaran darah. Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel ke [EMAIL PROTECTED] atau ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Faks: 03-9222 4967. DAPATKAN SEGERA YANG ORIGINAL DARIPADA : [EMAIL PROTECTED] 017-3285078 Sila layari http://fatiqmohezad.wordpress.com/about/ untuk mengetahui info mengenai Terapi Biomagnetik Neodymium
