*Bala makan 'pil keras' <http://www.biovco.com/>*
*INFO KESIHATAN - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>* Keseronokan yang dimahukan, bala pula yang dapat. Demikian yang berlaku kepada dua lelaki gara-gara makan pil perangsang seks dari negara jiran yang didakwa dijual secara berleluasa di kedai-kedai jamu di beberapa buah daerah di negeri ini. Pil berkenaan yang dijual dengan harga sehingga RM30 untuk empat biji yang dilekatkan dalam satu paket itu telah mengakibatkan mangsa terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini. Mangsa pertama yang mahu dikenali sebagai Abdul Hadi, 39, dari Jitra mendedahkan kepada *Kosmo!*, bahawa beliau terpaksa ditahan di wad hospital selama dua hari akibat cirit-birit, pening dan lemah seluruh badan pada hari Ahad lalu. Beliau berkata, setelah lapan jam makan ubat itu, kesan sampingannya telah menyebabkan badannya lemah, muntah dan tekanan darahnya turun secara mendadak. "Pil ini saya dapat daripada seorang kawan yang beli di sekitar bandar ini, dia kata bagus sebagai perangsang seks," jelasnya. Menurut Abdul Hadi yang bekerja sebagai kerani di sebuah institusi kewangan, beliau tidak menyangka sama sekali akan mengalami simptom berkenaan kerana pil berkenaan disarankan oleh rakannya sendiri. "Pada mulanya saya ingat cirit-birit berpunca daripada salah makan, tetapi apabila diberitahu oleh rakan di Kulim yang turut mengalami simptom yang sama lepas makan ubat tersebut, barulah saya syak akibat makan pil berkenaan," ujarnya. Pada 20 Mac lalu *Kosmo!* melaporkan mengenai sebuah stor di Sungai Petani yang menyimpan ubat perangsang seks diserbu oleh penguat kuasa Bahagian Farmasi Kedah. Stor berkenaan menyimpan pelbagai jenis ubat perangsang seks dan ubat tradisional bernilai RM30,000 yang dipercayai dibawa masuk secara haram dari Indonesia, Thailand dan China. Seorang lagi mangsa di Kulim yang juga rakan kepada Abdul Hadi memberitahu, beliau turut terkena 'bala' akibat makan pil perangsang seks yang sama minggu lalu. "Lepas makan pil itu, saya rasa pening kepala dan sakit belakang seolah-olah seperti baru lepas makan pil khayal," tambahnya yang hanya mahu dikenali sebagai Jelani, 40, bekerja sebagai pemandu lori. Jelas beliau, walaupun simptom yang dialaminya tidak seteruk seperti Abdul Hadi tetapi cukup membuatkannya serik untuk mencuba sebarang pil perangsang seks lagi. "Ingat mahu seronok tetapi lain jadinya sehingga saya terpaksa minta cuti bekerja selama dua hari kerana demam dan kena simptom berkenaan," ujarnya. Sementara itu, jurucakap penguat kuasa Bahagian Farmasi Kedah berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan untuk memastikan ubat perangsang seks yang diseludup dari negara jiran tidak dijual di negeri ini. *Lain-lain INFO - KLIK DISINI* <http://www.biovco.com/?ref=yg>
