*Rahsia rumah keluar asap <http://www.biovco.com/?ref=metro>*
*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=metro>* *PUCHONG:* Seorang pemandu lori yang baru pulang bekerja terkejut apabila menemui mayat lelaki separuh terbakar dalam sebuah rumah berhampiran kediamannya di Blok F8, Taman Puchong Permai di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Ramli Umar Ali, 48, bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada jiran berhampiran yang mendakwa terlihat kepulan asap kecil dari rumah itu. Menurut Ramli, bagi mencari kepastian, dia menyelak langsir tingkap rumah terbabit dan tergamam apabila melihat mayat seorang lelaki terbaring di dapur dengan kesan terbakar di kedua-dua bahagian kakinya. "Saya juga ternampak beberapa kesan tompokan darah dan tumpahan cat dalam rumah terbabit selain kunci kereta di sisi mangsa yang dipercayai warga tempatan. "Saya kemudian bergegas pulang ke rumah dan menghubungi polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Katanya, lelaki berkenaan dipercayai bekerja sebagai tukang cat di kawasan berhampiran dan menetap di rumah terbabit bersama beberapa rakannya sejak setahun lalu. Difahamkan, beberapa kanak-kanak yang main guli di hadapan rumah itu turut ternampak mayat mangsa. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata mangsa berusia 25 tahun dan dipercayai mati tidak kurang daripada 24 jam. "Hasil pemeriksaan mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan terbakar di bahagian kaki hingga pinggang selain luka di dahi dipercayai akibat dihiris dengan senjata tajam. "Pintu rumah terbabit juga dikunci dari dalam dan mangsa yang juga warga tempatan itu berkemungkinan dibakar dengan minyak tanah," katanya. Menurut Zainal, pihaknya bagaimanapun tidak menemui sebarang kesan tikaman pada tubuh mangsa atau senjata di lokasi kejadian. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. *Lain-lain INFO - KLIK DISINI* <http://www.biovco.com/?ref=metro>
