*Mengatasi masalah sembelit <http://biovco.com/>*

*LAIN-LAIN INFO - KLIK DISINI <http://biovco.com/>*

SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis
atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi
sukar.

Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh
mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

''Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi
mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan
dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

''Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber
dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan
pembedahan,'' kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban,
Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

*Tanda-tanda awal

Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk
dikeluarkan.

Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan
kulit dubur).

Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan
dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.

''Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan
perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.

''Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar
sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang
tanda,'' ujar beliau.

Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.

Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan
memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit
paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan
terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.

Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan
tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja
terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis; inkontinens feses.
Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan
psikiatrik)

*Diagnosis

Keterangan oleh pesakit mengenai gejala-gejala pesakit membolehkan diagnosis
dibuat.

''Dari aspek tabiat pemakanan, didapati mereka yang mengalami sembelit
disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang mengandungi fiber
atau cecair.

''Sembelit yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan mungkin terjadi di
kalangan orang dewasa.

''Kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan sembelit
(antidepresan dan opiat). Tanda-tanda yang menunjukkan hipotiroidisme jarang
ditemui,'' terang beliau.

Semasa pemeriksaan fizikal, kata Dr. Abd. Hamid, sibalum iaitu seketul atau
sekelompok najis yang ketara mungkin dapat dikesan.

Pemeriksaan rektal (dubur) dapat memberikan gambaran ton sfinkter anal
(gelang otot sekeliling dubur) dan sama ada rektum - bahagian akhir usus
besar mempunyai sebarang najis.

Jika ini berlaku, kata Dr. Abd. Hamid, supositori atau enema mungkin boleh
dipertimbangkan dan pengambilan ubat secara oral (ditelan) mungkin perlu.

''Pemeriksaan rektal juga dapat memberikan maklumat mengenai konsistensi
najis, kehadiran hemoroid dan kebarangkalian wujud sebarang tumor
(ketumbuhan).

''Pemeriksaan sinar-X di bahagian abdomen, yang dilakukan ke atas pesakit
mungkin menunjukkan kehadiran feses terimpak di dalam kolon dan seterusnya
dapat memastikan faktor-faktor lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama,''
jelasnya.

*Punca-punca penyakit sembelit

Najis yang keras

* Kekurangan dalam pengambilan diet yang mengandungi fiber

* Penghidratan

* Ubat-ubatan diuretik dan ubat-ubatan yang mengandungi besi, kalsium dan
aluminium

Kelemahan otot atau transit yang perlahan, di mana tindakan peristaltic akan
musnah atau tidak berlaku, menyebabkan najis tidak bergerak

* Hipotiroidisme (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal atau
bertindak perlahan)

* Hipokalsemia, kehadiran kepekatan kalsium yang terlalu rendah dalam darah

* Kecederaan sfinkter anal

* Ubat-ubatan seperti loperamide, opioids (codeine dan morfin) dan
sesetengah jenis antidepresan

* Penyakit yang serius atas sebab-sebab yang lain

* Porfiria akut, salah satu daripada kumpulan penyakit keturunan yang jarang
berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme hasil penguraian hemoglobin
yang dikumuhkan dalam air kencing

* Diskesia, suatu bentuk sembelit akibat menahan secara berterusan dan lama
keinginan untuk membuang air besar

* Penjerutan, di mana sebahagian dari usus kecil atau rektum adalah sempit
atau tersumbat disebabkan pemampatan atau pengecutan organ di mana najis
tidak dapat keluar

* Penyempitan (istilah perubatannya, striktur)

* Divertikula - sak atau kantung terbentuk pada tempat-tempat lemah dalam
dinding trek alimentari

* Tumor atau ketumbuhan di usus atau tisu di sekeliling usus

Sembelit psikosomatik, berdasarkan kemurungan atau ketidakbiasaan dengan
keadaan sekitar

* Sembelit fungsi

* Sembelit, sindrom kerengsaan usus, diklasifikasi oleh gabungan sembelit
dan rasa tidak selesa dan atau rasa sakit di bahagian abdomen

TESTIMONI PENGGUNA :

Saya telah membeli 10 botol *BioVCO <http://biovco.com/>*. Alhamdulillah,
setelah mengamalkan 2 sudu sehari (pagi dan malam) masalah sembelit dan
najis bercampur darah telah dapat diatasi. Manakala anak perempuan perempuan
saya yang mengalami masalah sembelit sehingakan menangis ketika buang air
besar telah berjaya diatasi.

Saya telah juga menghantar 4 botol *BioVCO* <http://biovco.com/> kepada
ibubapa saya di Pahang untuk mencuba *BioVCO* <http://biovco.com/> untuk
menambah baik mutu kesihatan. Kini kami sekeluarga mengamalkan
*BioVCO*<http://biovco.com/>setiap hari.

*Mohammad Idris Bin Ahmad*

*UNTUK MAKLUMAT LANJUT - SILA KLIK DISINI* <http://biovco.com/>

Kirim email ke