*Ancaman aedes <http://www.biovco.com/?ref=yg>*
*LAIN-LAIN INFO - KLIK DISNI* <http://www.biovco.com/ref=yg> PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 2.5 bilion atau dua perlima penduduk dunia berisiko tinggi menghidap demam denggi. Badan antarabangsa itu menganggarkan, terdapat kira-kira 50 juta kes jangkitan denggi dilaporkan berlaku di seluruh dunia pada setiap tahun. Malaysia tidak terkecuali daripada wabak penyakit yang mampu meragut nyawa itu. Menurut laporan Kementerian Kesihatan baru-baru ini, Malaysia mengalami peningkatan 71 peratus kematian akibat denggi dan 55 peratus jangkitan penyakit itu daripada bilangan kes pada tahun 2006. Antara 1 Januari dan 26 Mei 2007, sejumlah 20,658 kes demam denggi dan 48 kematian disebabkan denggi telah dilaporkan di negara ini. Selain Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand juga mengalami peningkatan kadar jangkitan denggi yang signifikan. Memetik sebuah laporan akhbar tempatan, akibat perubahan iklim WHO mendapati, 60 peratus penduduk dunia terdedah kepada risiko demam denggi yang boleh menyebabkan kematian menjelang tahun 2085. Demam denggi dipindahkan melalui gigitan nyamuk aedes yang dijangkiti dengan salah satu daripada empat virus denggi. Ia berlaku di kawasan-kawasan tropika dan sub-tropika dunia dengan simptom biasanya kelihatan antara tiga hingga 14 hari selepas digigit. Demam denggi menyerang setiap lapisan usia - baik bayi, kanak-kanak, remaja mahupun golongan dewasa. Simptom penyakit ini adalah pelbagai, daripada demam biasa sehingga demam panas yang menyebabkan ketidakupayaan, sakit kepala yang teruk, sakit di bahagian belakang mata, otot, sendi dan ruam. Demam denggi berdarah yang menunjukkan simptom-simptom demam panas, kesakitan di bahagian abdomen, muntah-muntah dan pendarahan, adalah komplikasi demam denggi yang berpotensi menyebabkan kematian. Diagnosis klinikal awal dan pengurusan perubatan yang teratur oleh pakar-pakar perubatan dan jururawat meningkatkan survival pesakit. Mengambil langkah mudah seperti menjaga kebersihan kawasan sekeliling, menukar air dalam bekas dan pasu atau menterbalikkan bekas-bekas yang menadah air mampu memberikan perubahan yang signifikan. "Jika boleh, gunakan ubat nyamuk di bilik tidur. Kita harus ingat bahawa pencegahan lebih baik daripada rawatan," kata Adil memaklumkan bahawa pihaknya akan mempertimbangkan program kesedaran di peringkat sekolah sempena dengan kempen tersebut. *LAIN-LAIN INFO - KLIK DISNI <http://www.biovco.com/ref=yg>*
