*Gaji siswazah tempatan lebih murah ?*
  Siswazah lulusan luar negara dibayar gaji lebih tinggi berbanding graduan
institusi pengajian tinggi tempatan, sehingga lebih 10 peratus purata
pendapatan dalam bidang utama.

Tinjauan terhadap 100,000 ahli agensi pencari kerja terkenal Jobstreet.com
mendapati graduan luar negara dibayar 12 peratus lebih tinggi daripada
siswazah tempatan.

Dalam tinjauan tahun ini, jurang gaji antara dua kumpulan ini menjadi lebih
ketara selepas lima tahun bekerja.

Lulusan luar negara mendapat gaji 20 peratus lebih banyak daripada lulusan
tempatan, kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Jurang pendapatan paling besar wujud dalam bidang berkaitan perniagaan
seperti pengurusan, ekonomi, kewangan dan pemasaran.

Dalam bidang-bidang ini, graduan luar negeri memperolehi purata gaji
kira-kira 15 peratus berbanding lulusan universiti tempatan.

Dalam bidang kejuruteraan dan perkomputeran pula, pendapatan  siswazah luar
negara 11 peratus lebih tinggi daripada graduan tempatan.

Bagaimanapun, kajian sama dalam kalangan 20,000 ahli agensi ini di Singapura
mendapati tiada perbezaan ketara purata gaji antara dua kumpulan yang
dibandingkan itu, walaupun selepas lima atau 10 tahun berkhidmat.

JobStreet.com merupakan agensi pencari kerja popular di rantau ini, termasuk
terlibat di Filipina, Indonesia, India, Bangladesh dan Jepun.

Syarikat yang disenaraikan dalam papan utama Bursa Sekuriti Malaysia
mempunyai lebih 50,000 pelanggan korporat dan lima juta pencari kerja.


*Ingin Menjadi Usahawan IKS,Sila Klik :***

*www.bio-asli.com/?id=apol*

* *

*Tak Cukup Duit Nak Kahwin?? Sila Klik:*

*http://www.maskahwin.com/index.php?ref=apol*

* *

*Ingin Tahu Rahsia Perniagaan Digital,Sila klik :***

*http://www1.bisnesdigital.com/index.php?ref=apol*

* *

*Cara2 Jimat Petrol Kereta Anda,Sila Klik:***

*http://www.JimatWang4u.com/apol <http://www.jimatwang4u.com/apol>*

* *

**

Kirim email ke