*Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda?**
*oleh Zamri Nanyan

Selepas terbitnya artikel mengenai masalah persaraan
di kalangan rakyat Malaysia di dalam akhbar The Star
baru-baru ini, diharapkan makin ramai di antara kita
menjadi semakin peka untuk membuat perancangan dan
bertindak untuk mengatasi masalah yang bakal menimpa
ini.

Masalah kekurangan dana untuk persaraan bukannya masalah
kepada golongan yang hampir kepada persaraan sahaja,
namun ianya juga berkaitan dengan anda yang mungkin
berumur dua puluhan atau tiga puluhan.

Ini disebabkan masalahnya akan timbul sekiranya kesedaran
tidak dipupuk pada awal-awal lagi.

Pada pendapat peribadi, saya tidak berstuju dengan
pendapat pakar mengatakan yang kita perlu melanjutkan
umur persaraan kepada 60 tahun supaya golongan yang
akan bersara ini akan mempunyai lebihan tahun untuk
bekerja sebelum bersara.

Jadi, jika 60 tahun tidak cukup nanti, perlukah kita
lanjutkan sehingga ke umur seterusnya? Maaflah jika
apa yang saya nyatakan ini menyinggung sesiapa. Niat
saya adalah ikhlas untuk membantu.

Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep
"multiple streams of income" atau mata pencarian yang
melebihi daripada satu pendapatan.

Pakar filosofi perniagaan terkenal di Amerika Syarikat,
Jim Rohn, berkata "bina perniagaan secara part-time
disamping bekerja secara full-time sehinggalah
perniagaan anda maju dan dapat memberikan pulangan
yang lumayan, sehinggalah anda mampu berhenti bekerja
dengan orang lain".

Dan kita juga tahu yang 90% rezeki itu datangnya
daripada perniagaan.

Ayuh! Mari kita mulakannya! Usah tunggu lagi.

Ya, saya juga mendengar rintihan yang perniagaan
adalah sukar dan memerlukan usaha yang kuat.

Baiklah, anda cuma ada dua pilihan.

1. Teruskan dengan hidup anda sekarang tanpa usaha
untuk merubah kehidupan kepada yang lebih sempurna.

2. Bertindak dengan melakukan sedikit perubahan untuk
masa depan anda dan keluarga anda supaya ianya lebih
terjamin.

Jika peluang perniagaan dikatakan kurang, lihatlah
di sekeliling anda. Perhatikan peluang yang ada dengan
teliti. Mintalah bantuan daripada mereka yang telah
berjaya.

Memang benar! Hidup bukannya sentiasa mudah. Kejayaan
tidak akan datang bergolek tetapi kekesalan pada masa
akan datang disebabkan anda tidak mengambil tindakan
untuk memajukan diri anda sendiri adalah lebih perit
daripada kesusahan yang anda lalui semasa memperbaiki
diri anda sekarang.

================================================
Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah penulis buku "The Ultimate
Blueprint of Internet MLM Success" dan beliau
mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang
pembangunan diri. Lawati laman web beliau
untuk mendekati beliau http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=apol
dengan lebih rapat.
================================================


*Ingin Menjadi Usahawan IKS,Sila Klik :***

*www.bio-asli.com/?id=apol*

* *

*Tak Cukup Duit Nak Kahwin?? Sila Klik:*

*http://www.maskahwin.com/index.php?ref=apol*

* *

*Ingin Tahu Rahsia Perniagaan Digital,Sila klik :*

*http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=apol*<http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=apol>

Kirim email ke