*Kesan Kenaikan Harga Minyak Terhadap Perniagaan Internet* Sejak pengumuman kenaikan harga minyak, ramai peniaga-peniaga kedai*(terutama peniaga kedai runcit)* yang mengeluh hasil jualan mereka terjejas teruk. Jika dulu, hasil jualan boleh mencecah Rm1,000 sehari, tapi kini hendak cecah RM400 sehari pun agak sukar.
Sememangnya, kenaikan harga minyak memberikan impak yang sangat besar kepada kuasa membeli masyarakat. Masyarakat kini lebih berhati-hati apabila ingin berbelanja. Itu cerita perniagaan offline, bagaimana pula dengan perniagaan online dan kuasa membeli masyarakat di internet? Adakah ia memberikan sebarang kesan? Buat masa ini, saya tidak menjumpai lagi sebarang kajian dibuat terhadap perkara ini di Malaysia, namun begitu, di US, pihak JupiterResearch dengan kerjasama LinkShare telah menjalankan satu survey untuk melihat kesan kemerosatan ekonomi terhadap tabiat membeli rakyat mereka. Berikut adalah hasil survey yang dijalankan terhadap 1234 orang pengguna internet di US : 1. Secara keseluruhannya, pembeli di internet menjangkakan mereka akan mengurangkan lebih banyak pembelian secara offline berbanding membeli secara online. 2. Perbelanjaan Offline dijangkakan akan menurun sebanyak 6.3% berbanding online sebanyak 4.2% . 3. Ramai pengguna online (81%) percaya mereka sedang mengalami kegawatan ekonomi. 4. 56% bakal pembeli lebih cenderung untuk membuat kajian secara online terlebih dahulu mengenai sesuatu produk dan harga. Ini kerana, mereka ingin memastikan, mereka mendapat harga yang terbaik sewaktu kegawatan ekonomi ini. (Berita lanjut mengenai survey boleh dibaca disini..)<http://www.vizioninteractive.com/new-survey-says-consumers-turning-to-internet-because-of-economy/> Pada pendapat saya, jika kajian yang sama dilakukan di Malaysia, keputusannya juga pasti tidak akan jauh berbeza. Disebabkan kenaikan harga minyak ini, sememangnya, orang ramai akan lebih berhati-hati untuk membeli sesuatu barang. Mereka akan membuat kajian (survey) terlebih dahulu.. dan cara yang paling mudah untuk membuat survey.. adalah dengan menggunakan internet!. Selepas itu, jika mereka menjumpai produk tersebut ada dijual di internet, mereka akan terus membelinya di internet, itu lebih mudah dan menjimatkan, berbanding jika mereka ingin membelinya di kedai, sudahlah harga produk tersebut selalunya akan lebih "mahal" di kedai, kemudian mereka kena keluar duit minyak lagi untuk pergi ke kedai tersebut. Itupun kalau di kedai tersebut ada menjual model produk yang diinginkan, kalau tiada, kena pergi kedai lain pula.. duit minyak lagi. Jadi.. saya kira, inilah waktunya untuk para usahawan-usahawan internet mempergiatkan lagi usaha mereka di dalam menjalankan perniagaan di internet. Bagi yang belum memulakan perniagaan di internet, inilah waktu yang sesuai untuk anda memulakan perniagaan di internet. Selamat berniaga! *Ingin jimat minyak & tambah income?* *Eco Power Compressor (EPC) <http://www.eco2u.biz/?x=jutawan08>* http://www.eco2u.biz/?x=jutawan08 http://www.eco2u.biz/?x=jutawan08 * *
