Allah
merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauhmanakita melaksanakan
amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan
sedalammana
pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasaingatkan
mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanyadengan lebih
jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapatkeredhaan Allah. Manusia
begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunyadiperhatikan oleh Allah SWT.
Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawabdan amanah yang dipikul akan
ditanya satu persatu oleh Allah di akhiratkelak. Kesakitan bila nyawa dicabut
oleh malaikatul maut tidak dapatdibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun
Nabi ada bersabda,
maksudnya:
"Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya maka sabda
Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."
Bayangkanlah
jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan
mahupunbesi
bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkankesakitannya.
Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan. Bayangkanlahsendiri. Cuba
kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan.
Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup,dahaga yang amat sangat sehingga
air lautan di dunia ini tidak
mampu
menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari
perbandingan
kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.Oleh
itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka
digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya:-
Sebelum tidur:
1)
Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2)
Selawat ke atas Nabi
3)
Membaca tasbih
Amalan
harian:
1)
Sentiasa membaca Al-Quran
2)
Memelihara solat terutama solat fardu
3)
Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4)
Membaca tasbih
5)
Membanyakkan sedekah
6)
Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan
yang perlu dijauhi:
1)
Dusta
2)
Khianat
3)
Mengadu domba
4)
Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Bersuci
kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya
kebanyakkan
seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."
Pada
suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi
Idris
as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya
dan
kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini
dilakukan
untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih
mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul
maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga.
Malaikatul
maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia
(Allah)
menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah didapati
Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku,
bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris:
"Sesungguhnya
ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan
hidup-hidup,
maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya."Kata
malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya akukan
khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku akukan terhadap seseorang
pun." Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa
orang yang telah mati dengan keizinan Allah.
Maka
sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah
menghidupkan
orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum
benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti
zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?"
Mereka
berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin
Nuh)."Maka
Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua
rakaat
dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut
dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata
Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat
telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti
ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa
tahun kau meninggal dunia?"
Kata
Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari
sakaratul
maut."
Semoga
kita dapat amal dan sampaikan. InsyaAllah