KELEBIHAN SHOLAT SUNAT TARAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., tentang
fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 -       keluar dosa-dosa orang mukmin pada dalam pertama sepertimana
ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 -       diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih
serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 -       berseru Malaikat di bawah 'Arash supaya kami meneruskan
sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 -       memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang
membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 -       Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di
Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 -       Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat
yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa
orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 -       Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong
Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 -       Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9 -       Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 -      Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.

Malam 11 -      Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti
ia baru dilahirkan.

Malam 12 -      Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya).

Malam 13 -      Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 -      Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta
Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 -      Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan
mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 -      Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 -      Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam
ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam  18 -     Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 -      Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 -      Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 -      Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 -      Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita
dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 -      Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada Nur.

Malam 24 -      Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 -      Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 -      Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam
ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 -      Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam
ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat
menyambar.

Malam 28 -      Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 -      Allah swt  kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

Malam 30 -      Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada
malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:


        "Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini
hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang
bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan
kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".




RantauNet http://www.rantaunet.com

Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3
===============================================
Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di
http://www.rantaunet.com/subscribe.php3

ATAU Kirimkan email
Ke/To: [EMAIL PROTECTED]
Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama:
-mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda]
-berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda]
Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung
===============================================

Kirim email ke