Sasek lai disapo, lupo lai diingek-an, lalok lai dijagokan, iko ambo
forwardkan ciek mail untuak kito basamo.
        Ambo CCkan ka konco angkatan 1980.


> Subject:      FW: baca deh bagus...
> 
>  Shalat Yuk Shalat !!!
> 
> Kisah ini diceritakan oleh seorang ustadz yang bertugas memandikan
> mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima
> panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,Selangor untuk
> menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar
> 
> bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya
> saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.
> Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya
> putih,badannya
> kecil dan berusia awal 20-an.
> >>
> Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiab saya lihat muka jenazah itu sedikit
> demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia
> sebagai aneh,namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula
> bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil
> di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi
> detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu,
> barulah ia berhenti bertukar warna.
> 
> Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna
> asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan
> dan
> duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai
> pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?
> Siapakah
> pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan
> muncul di fikiran saya. Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati
> ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan
> timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat
> pada
> pukul 4.00 pagi? Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian
> berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
> Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan
> sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya."
> Kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda
> tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut.
> Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat
> anak mak cik?" tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."
> "Mak cik lihatlah betul-betul." kata saya.
> 
> Selepas ditelitinya jenazah
> berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya.
> Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke
> dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya
> bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang
> berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.
> Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya
> ulangi
> pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan
> sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu
> uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya.
> Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.
> Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik,
> patuh
> dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat
> sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah
> sepatah pun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi
> "apabila mak cik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya,dia
> mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,
> dalam
> hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun
> sembahyang, anak mak cik ini akan terus naik angin.
> 
> Itulah yang mak cik kesalkan."
> kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya
> kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan
> ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah
> pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan
> dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita
> tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang
> dalam
> persekitaran yang gelap.
> Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
> 
> Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik
> secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di
> Masjid
> Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari
> kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi
> waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh
> Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak
> jauh
> pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,
> "Encik,kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang
> diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik
> yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
> Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?"
> katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk
> badannya, wajahnya, pertuturannya serta pakaiannya.
> "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya,
> tapi....
> emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang
> hendak dikatakan lagi.
> Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun
> wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang
> Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku
> hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.
> >>
> Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar
> dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,
> yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu
> waktu
> dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.
> Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat
> bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
> 
> 
> "Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min
> bahwa sesungguhnya bagi mereka karunia yang besar dari Allah."
> (QS. 33:47)
> 
> 

RantauNet http://www.rantaunet.com

Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3
===============================================
Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di
http://www.rantaunet.com/subscribe.php3

ATAU Kirimkan email
Ke/To: [EMAIL PROTECTED]
Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama:
-mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda]
-berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda]
Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung
===============================================

Kirim email ke