SEJARAH LUAK ULU MUAR

 

Ikatan tali perdaudaraan antara Penghulu Luak Ulu Muar dengan kerabat DiRaja Seri Menanti sudah bermula sejak Rja Melewar berkahwin dengan Sani anak perempuan Penghulu Naam, Penghulu Luak yang pertama. Gabungan kekeluargaan itu kekal hingga sekarang. Hubungan tersebut dijelaskan dalam perbilangan:

Darah setitik dari keadilan
Tanah sekepal dari air kaki

Gelaran penyandang pesaka Penghulu Luak Ulu Muar ialah Dato' Bentara Setia Maharaja, Setia Lela Pahlawan. Pesaka ini diwarisi oleh suku Biduanda yang menguatkan anggapan bahawa emaknya adalah daripada waris Biduanda berketuruna Orang Asli. Proses perlantikan Penghulu Luak Ulu Muar berlaku apabila Dato' Penghulu Luak meninggal dunia atau meletakkan jawatan:

a) Meninggal dunia :

Pesaka akan digantikan oleh Dato' Perdana. Pesaka Dato' Perdana pula diambil alih oleh Dato' Purba. Dengan ini pesaka yang kosong yang perlu dibuat perlantikan baru ialah Dato' Purba. Gelaran Dato' Perdana dan Purba ini jelasdiambil sempena dengan tokoh yang datang bersama Mogek Si Ramo mudik Sungai Ulu Muar itu. Kekosongan pesaka Dato' Purba itu digantikan oleh perut daripada waris Dato' Penghulu yang meninggal dunia. Sekiranya Dato' Perdana atau Dato' Purba pula yang meninggal dunia, penggantinya diambil dariperut masing-masingbagi menjamin proses pemilihan Dato' Penghulu tidak terganggu mengikut aturan dan giliran masing-masing.

b) Meletakkan jawatan: 

Proses perlantikan apabila berlakunya perletakan jawatan(pesaka) tidak banyak mengubah aturan giliran. Kedudukan Daro' Perdana dan Dato' Purba tidak berubah. Pengganti Dato' Penghulu mestilah daripada perut yang terdekat dengan penghulu berkenaan.

Lima orang penghulu terawal menyandang pesaka tidak diketahui dari pada perut mana. Tetapi selepas penghulu yang keenam ditetapkan tiga perut berhak secara bergilir-gilir menjadi Penghulu Luak Ulu Muar. Dato' Perdan dan Dato' Purba. Perut berkenaan terdiri daripada:

1. Perut Pasir Panjang
2. Perut Gementir
3. Perut Kayu Ara

Di samping Dato' Perdana dan Dato' Purba, seorang lagi tokoh daripada suku Seri Lemak Pahang bergelar Dato' Baginda Maharaja merangkap "Haluan Sembah" kepada Penghulu Luak. Pesaka ini bermula daripada Khatib Akhir atau nama sebenarnya Haji Salleh iaitu ayah kepada Penghulu Naam. Ketika menjadi penghulu Dato' Naam hanya berumur enam tahun. Dalam tempoh inilah ayahnya Haji Khatib(Khatib Akhir) membantu Penghulu Luak dalam pengurusan adat istiadat. Apabila Dato' Naam dewasa dia telah menganugerahkan gelaran pesaka Dato' Baginda Maharaja sebagai seorang Orang Besar Luak bertaraf  lembaga. Semasa istiadat mengadap di Istana Seri Menanti, Dato' Baginda maharaja mendahului Dato'-dato' Lembaga di Tanah Mengandung mengadap sebagai serampu Lembaga.

 

SENARAI NAMA DAN GELARAN BAGI PENGHULU, ORANG BESAR DAN LEMBAGA LUAK ULU MUAR, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

NAMA GELARAN PESAKA NAMA SUKU
1. YM Dato' Hj. Abu Zarim  b. Sulaiman DNS, PPS(Sel) Dato' Bendahara Setia        Maharaja                      Dato' Setia Maharaja        Lela Pahlawan                 Penghulu Luak Ulu Muar Biduanda Waris (Kayu Ara)
2. YM Dato' Sahari b. Dato' Jaalam Dato' Perdana             Bakal Penghulu Luak Biduanda Waris (Pasir Panjang)
3. YM Dato' Mohd Azim Al-Ain Dato' Purba                 Bakal Penghulu Luak Biduanda Waris  (Gemetir)
4. YM Dato' Mohd Rosli b. Hj. Abd. Rahman Dato' Syahbandar       Orang Besar Luak Biduanda Waris (Kayu Ara)
5. YM Dato' Mohd Zain b. Ujud Dato' Baginda Maharaja Haluan Sembah Selemak Pahang
6. YM Dato' Hj. Abu Hassan b. Sulaiman Dato' Paduka Besar     Tiang Balai / Lembaga Yang Empat Tanah Datar 48
7. YM Dato' Hj. Pilus b. Maaris PMC Dato' Senara Muda      Tiang Balai / Lembaga Yang Empat Selemak Minangkabau
8. YM Dato' Kalid b. Bonget PJK, PK Dato' Seri Maharaja     Tiang Balai / Lembaga Yang Empat Mungkal
9. YM Dato' Mansor b. Sahmen Dato' Orang Kaya Bongsu    Tiang Balai / Lembaga Yang Empat Seri Melenggang
10. YM Dato' Hj. Brahan b. Sulaiman Dato' Peda Maharaja Tiga Batu
11. YM Dato' Hj. Idris b. Tain Dato' Senara Kaya Paya Kumbuh
12. YM Dato' Hj. Mansor b. Manaf Dato' Senara Angsa Batu Belang
13. YM Dato' Hj. Yaakub b. Adi Dato' Orang Kaya Kecil Anak Acheh
14. YM Dato' Sulaiman b. Kasan Dato' Maharaja Batu Hampar
15. YM Mej.(B) Dato' Mohd Diah b. Hj. Udin Dato' Bangsa Balang Selemak Pahang
16. YM Dato' Mohd Nor b. Yusof Dato' Baginda Raja Biduanda Sg. Ujong
17. YM Dato' Hj. Adnan b. Hj. Mohd Sharif Dato' Maharaja Lela Tiga Nenek
18. YM Dato' Hj. Husin b. Amin Dato' Perdana Tanah Datar 80
19. YM Dato' Mohd Zali B. Kasim Dato' Penghulu Dagang Biduanda Jawa
20. YM Dato' Ali b. Muda Dato' Orang Kaya Muda Selemak Minangkabau
21. YM Dato' Hj. Ibrahim b. Salleh Dato' Semaharaja Mungkal



Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com.
RantauNet http://www.rantaunet.com Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3 =============================================== Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di http://www.rantaunet.com/subscribe.php3 ATAU Kirimkan email Ke/To: [EMAIL PROTECTED] Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama: -mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda] -berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda] Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung ===============================================

Kirim email ke