>From: "Zuraifah Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [best kawe] (unknown)
>Date: Tue, 04 Jun 2002 16:26:36 +0800
>
> >Assalamualaikum,
> >
> >Utk renungan semua.....
> >
> >Puteri Khalifah menulis...
> >
> >Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
> >menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
> >keluarga mahupun untuk dijual.
> >
> >Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di
> >masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
> >untuk membantu isterinya di dapur.
> >
> >Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu
> >membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
> >berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai
> >sembahyang."
> >
> >Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu
> >itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah
> >pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
> >"Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk
> >Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
> >
> >Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
> >Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari
> >ini" ,tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
> >
> >Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul
> >isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas
> >soalan itu dijawab dengan agak gementar,"Isteriku sangat keras kepala.
> >Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
> >
> >"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa
> >engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
> >
> >Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan
> >lemah lembut terhadap isterinya."
> >
> >Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga
> >langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
> >
> >Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,
> >pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar
> >sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada
> >tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar
> >yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
> >selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
> >menanggung penderitaan yang amat berat,tuan sakitkah ya Rasulullah?"
> >
> >"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
> >
> >"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
> >mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
> >sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
> >
> >Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
> >baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
> >kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
> >bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah!
> >Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan
> >mendapatkannya buat tuan?"
> >
> >Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
> >pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
> >hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
> >umatnya?"
> >
> >"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak
> >ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
> >Akhirat kelak."
> >
> >Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua
> >yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain
> >ridanya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah
> >di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang
> >dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan
> >itu.
> >
> >Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH SWT dan rasa kehambaan yang sudah
> >sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
> >
> >Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab
> >untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam
> >keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
> >baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
> >terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
> >sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan
> >jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina Aisyah, "Ya Rasulullah,
> >bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah
> >begini?"
> >
> >Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
> >hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang
> >bersyukur."
> >
> >Rasulullah SAW bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG."
> >
> >MOHD HILMI HASAN
> >IT/IS Department,
> >Universiti Teknologi PETRONAS,
> >Tronoh, Perak.
> >Tel:05-3721137
> >
>
>
>_________________________________________________________________
>Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com
>


Chat with friends online, try MSN Messenger: Click Here
RantauNet http://www.rantaunet.com Isikan data keanggotaan anda di http://www.rantaunet.com/register.php3 =============================================== Mendaftar atau berhenti menerima RantauNet Mailing List di: http://www.rantaunet.com/subscribe.php3 ATAU Kirimkan email Ke/To: [EMAIL PROTECTED] Isi email/Messages, ketik pada baris/kolom pertama: -mendaftar--> subscribe rantau-net [email_anda] -berhenti----> unsubscribe rantau-net [email_anda] Keterangan: [email_anda] = isikan alamat email anda tanpa tanda kurung ===============================================

Kirim email ke