Dr. Siddiq Fadhil adalah mantan Presiden ABIM selapas Sdr. Anwar Ibrahim 
memasuki UMNO. Periode kepresidenan Siddiq Fadhil telah mampu meletak dan 
mengekal tapak harakiah nya ABIM setanding dengan harakah Islamiah di dunia. 
ABIM dibawah pimpinan Siddiq Fadhil mengajak ABIM, perlahan lahan, meninggalkan 
fiqh harakah dan menggunakan fiqh hadarah-yang pelopori oleh Sheikh Yusuf Al 
Qaradawi. Penganjakan paradigma dari fiqh hadarah ke fiqh hadarah membuat ABIM 
lebeh kedalam, kebawah dan berpendekatan civilizational dalam da'wahnya. Asas 
Tafsiran Maudhu'iyy nya Siddiq Fadhil selalunya kearah pendedahan dan 
penggunaan fiqh hadari ini. Saya difahami bahwa tafsir Maudhu'iyy juga mendapat 
sambutan di Indonesia. Begitu juga penggunaan fiqh Hadarah. 

Walaupun di kenali sebagai pemikir dan ilmiawan islami yang bertaraf 
antarabangsa nampak sekali kesederhanaan dalam watak dan keperibadiannya. 
Melihat kesederhanaan beliau ini mengingatkan saya Pak Mohammad Natsir tokoh 
Masyumi yang bertaraf antarabangsa. Dr. Siddiq Fadhil juga mendapat didikan 
ilmiahnya dengan Prof. Dr. Syed Naquib Alatas. Beliau adalah seangkatan dengan 
Sdr. Anwar Ibrahim dalam menegak kebenaran dan keadilan. Dr. Siddiq Fadhil dan 
Sdr. Anwar Ibrahim adalah diantara ekumpulan pemuda yang bernasib baik 
berkenalan dan menimba ilmu dan pengalaman Pak Muhammad Natsir. 

Saya berterima kasih kepada Sdr. Arnoldison memposting siri Tafsir Maudhu'iyy 
Dr. Siddiq Fadhil ini. 
 
Arnoldison <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
Siri Tafsir Maudhu'iyy
                     BANGSA YANG HILANG DI DUNIA:
              PEMERIAN AL-QURAN TENTANG FAKTOR-FAKTORNYA

Tidak   ada   jaminan  sesuatu  bangsa  dapat  mengekalkan  kuasa  dan
kedaulatannya  jika  asasnya  hanya kerana mereka adalah peribumi yang
menempati  tanah  pusaka  nenek-moyang. Sudah banyak umat yang terusir
dari  tanahair,  malah  tidak sedikit yang telah hilang di dunia. Yang
berhak  mewarisi bumi pusaka tidak semestinya bumiputera, tetapi siapa
sahaja  yang  salih, layak (memiliki sejumlah sifat keunggulan menurut
piawai   ketuhanan.   Pewaris   yang  mendapat  jaminan  Tuhan  adalah
Al-Salihun,  iaitu  mereka  yang menggabungkan iman dengan amal salih.
Begitulah  ketetapan  Ilahi  sejarah  - kelmarin, kini dan kelak; "Dan
sesungguhnya  telah  Kami  tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis di
dalam)  Lawh  Al-Mahfuz,  bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu
yang salih" (Al-Anbiya: 105).

Sejarah   sebagai   aktualisasi   sunnatu'Llah   yang   tidak  berubah
membuktikan  hakikat  bahawa  unggul  atau  hancurnya  sesuatu  bangsa
tergantung  pada perilaku moral serta tingkah dan olah mereka sendiri.
Penentu  nasib sesuatu bangsa adalah kudrat dan iradat Tuhan Yang Maha
Berkuasa.  Tuhanlah  yang  menyelamatkannya  dan  Tuhan  jugalah  yang
meghancurkan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya apabila kebejatan
mereka telah sampai ke puncaknya. Demikianlah yang terjadi kepada kaum
Lut,  penduduk  Madyan,  kaum  'Ad, dan kaum Thamud, Firaun, Qarun dan
Haman.

 
Maka  tiap-tiap  (mereka  itu)  Kami siksa disebabkan dosanya, maka di
antara  mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan
di  antara  mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguruh, dan di
antara  mereka  ada  yang  Kami  benamkan ke dalam bumi, dan di antara
mereka  ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak
menganiayai  mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka
sendiri.

Al-Ankabut: 40

Demikianlah  empat  jenis  contoh  azab  yang ditimpakan Allah ke atas
bangsa-bangsa yang tadinya "gagah perkasa" sehingga tiba-tiba, sekelip
mata  hilang  di dunia. Pembinasaan itu sekali-kali bukan penganiayaan
Tuhan  ke  atas  manusia,  tetapi  akibat  dosa-dosa  kezaliman mereka
sendiri.   Dengan  kata  lain,  apabila  mereka  berleluasa  melakukan
kekufuran  dan  kezaliman bererti mereka telah menzalimi diri sendiri,
menempah kehancuran diri. Demikianlah hakikatnya, dosa membawa binasa.
Apabila  Tuhan  mengatakan,  "Maka  tiap-tiap  (mereka itu) Kami siksa
disebabkan  dosa-dosanya..."  maka  dapatlah  dibayangkan nasib bangsa
yang  telah  kehilangan  kesedaran  tentang  dosa yang ditandai gejala
meluasnya  budaya  kesewenang-wenangan  melakukan kezaliman, penipuan,
pembaziran, pembolotan dan pelbagai penjarahan lainnya.

Tentu  ada sebabnya apabila Al-Quran berulang-ulang menegaskan hakikat
bahawa dosa membawa binasa seperti dalam ayat:

 
Apakah  mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah
Kami  binasakan  sebelum  mereka,  padahal  (generasi  itu) telah Kami
teguhkan  kedudukan  mereka  di  muka bumi, iaitu keteguhan yang belum
pernah  Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas
mereka  dan  Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka,
kemudian  Kami  binasakan  mereka  kerana dosa mereka sendiri dan Kami
ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.

Al-An'am: 6


Demikianlah  untuk  kesekian  kalinya  Tuhan  menyebutkan  lagi, "....
kemudian  Kami  binasakan  mereka,  kerana  dosa  mereka sendiri ...".
Kekuatan  dan  kegagahan,  kekuasaan  dan kestabilan sama sekali bukan
jaminan  untuk  terus  kekal  dan  unggul.  Bagi  Tuhan  terlalu mudah
membinasakannya apabila Ia menghendakinya. Malah terlalu remeh di mata
dunia  yang  tidak  pernah  merasa kehilangan dengan ketiadaan mereka.
Hancurnya  kaum  'Ad  dan  kaum  Thamud,  karamnya  Firaun  dan Haman.
Tenggelamnya  Qarun  ditelan bumi tidak pernah ditangisi sebagai suatu
tragedi.  Satu  bangsa  boleh ada dan boleh tiada, satu generasi boleh
datang  dan  boleh  pergi.  Dunia tidak pernah rugi. Setiap yang pergi
akan segera ada pengganti yang lebih berkualiti.

Namun  manusia  selalu lupa apabila mendapat kuasa. Mereka lupa bahawa
kuasa  adalah  milik  Allah.  Dialah  yang  sebenarnya Malika 'l-mulk.
Manusia hanya pemegang amanah yang membawa implikasi ujian sama ada ia
mematuhi  syarat  dan  mandat  pemiliknya,  atau  ia mernperlakukannya
sebagai  hak  dan  miliknya  sendiri,  lalu bertindak sewenang-wenang,
merajalela  seolah-olah  negara dan segala khazanahnya dia yang punya,
sementara seluruh rakyat adalah hamba dan abdinya.

Manusia  yang  terpedaya  dengan  kuasa  itulah yang dibinasakan Tuhan
dengan  cara-cara  yang  dikendaki-Nya:  ada yang dihancurkan menerusi
bencana  yang  menimpa  secara  tiba-tiba  ada yang dibinasakan dengan
adu-domba sesama mereka, ada yang dihabisi melalui proses yang memakan
masa  seperti  serangan  wabak, kegawatan ekonomi, krisis alam sekitar
dan  sebagainya lagi. Demikianlah hakikatnya, namun ramai manusia yang
tertipu    apabila   menyaksikan   fenomenon   yang   rnernperlihatkan
seolah-olah  pengkhianat  yang  banyak  mendapat1  petualang yang yang
sentiasa  menang,  pembodek  yang  selalu  naik.  Segala  gejala  yang
disaksikan  itu  sebenarnya  belum  sampai kepada kesudahan. Ia adalah
permulaan atau pertengahan suatu perjalanan yang panjang, belum sampai
ke penghujungnya.

Kalimat  dosa  yang  membawa  binasa  itu kadang-kadang bertukar ganti
dengan kalimat kezaliman. Maksudnya, Tuhan membinasakan sesuatu bangsa
apabila  mereka  berleluasa  melakukan  kezaliman seperti mendusta dan
rnenganiaya  para  rasul  serta  orang-orang yang beriman, mempersenda
ayat-ayat  serta  hukum-hakam  Tuhan  dan lain-lain yang dicakupi oleh
istilah zalim dalam erti luas (al-Qasas:59, al-Kahf:59).

Memang  sudah  menjadi  sunnatu'Llah, generasi bangsa yang sudah tidak
dapat diharapkan lalu dibinasakan Allah, mereka segera digantikan oleh
generasi lain, yang benar-benar lain watak dan kualitinya seperti yang
disebut  pada  penghujung ayat 6 surah al-An'am tersebut (... dan Kami
ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.). Penggantian generasi itu
berlaku  kerana  sebab-sebab  tertentu,  terutama apabila mereka telah
mengalami  keadaan mabuk harta dan kehidupan dunia lalu nenjadi rakus,
bakhil  dan  mernentingkan diri. Hakikat inilah yang diungkapkan dalam
ayat-ayat:

 
Sesungguhnya  kehidupan  dunia  itu  tidak  adalah permainan dan senda
gurau  belaka. Dan jika kamu beriman dan bertaqwa, nescaya Dia berikan
pahala-pahala kamu dan tidaklah meminta harta-harta kamu.

Jikalau  Dia  meminta  kepada  kamu  dan  mendesak  kamu, nescaya akan
bakhillah kamu dan akan diperlihatkanlah keburukan kamu.

Itulah  kamu!  Kamu  semuanya! Telah diseru karnu untuk rnembelanjakan
hartamu  pada  jalan  Allah.  Maka  setengah  daripada  karnu ada yang
bakhil.  Maka  barangsiapa  yang bakhil, sesunqguhnya ia bakhil kepada
dirinya sendiri. Dan Allah adalah Maha Kaya, sedang kamu adalah sangat
faqir. Dan jika kamu berpaling, nescaya akan Dia gantikan karnu dengan
kaum  yang  lain  dan  mereka  (yang lain itu) tidak akan sarna dengan
kamu.

Muhammad: 36-38.

Ayat-ayat  petikan  dan  surah  Muhammad  di  atas memberikan gambaran
tentang  kehidupan  yang tidak pernah serius, terlalu banyak sandiwara
yang  serba  pura-pura.  Mereka  yang tenggelarn dalarn pola kehidupan
seperti  itulah  yang diperingatkan agar rnenyedari bahawa hidup harus
diisi  dengan  iman  dan taqwa, bukan sandiwara. Iman dan taqwa itulah
akhirnya  yang  akan  memberi  rnakna  kehadirannya.  Tetapi  ia harus
dibuktikan  dengan  kesanggupan  berkorban,  membelanjakan  harta pada
jalan  Allah  dengan  penuh keinsafan bahawa segala harta kekayaan itu
sebenarnya   bukan  miliknya,  tetapi  milik  Allah.  Apabila  sesuatu
generasi  bangsa  sudah  membelakangkan  sikap dan kesedaran tersebut,
tamatlah riwayat mereka, dan akan menyusullah generasi lain yang punya
sikap  yang  sihat  dan  persepsi  yang benar. Dalarn kaitan ini Hamka
dalam Tafsir Al-Azharnya mengulas,

Akhirnya  sebagai  penutup  ayat, atau penutup surat, Tuhan berfirman:
"Dan  jika  kamu berpaling", ertinya kamu berpaling kerana telah karnu
tinggalkan  pendirian  yang  asli  itu, iaitu mendahulukan kepentingan
bersama  daripada  kepentingan  diri sendiri, mengingat bahawa manusia
sebagai  peribadi  tidak mempunyai apa-apa dan tidak dipunyai apa-apa,
kalau  pendirian  ini  telah  ditinggalkan, "nescaya Dia akan gantikan
kamu  dengan  kaum  yang  lain", kaum yang lain itu ialah yang sanggup
memegang  teguh amanat Allah, yang sanggup mewarisi kekayaan itu; "Dan
mereka tidaklah akan menyerupai kamu.' (Hujung ayat 38)

Mereka  pengganti  itu ialah yang lebih mementingkan keperluan bersama
daripada  kepentingan  peribadi.  Yang  mendahulukan  kekayaan  negara
daripada  kegemukan  diri sendiri. Yang insaf bahawa negara ini adalah
amanat  Allah  yang  diserahkan ke tangannya, bukan harta pusaka nenek
moyangnya yang akan dipeluk dipagut sampai mati.

Mereka  itu  pulalah  yang  akan menyambut tugas yang suci ini. Sesuai
dengan firman Tuhan pada ayat 105 surah Al-Anbiya', "Sesungguhnya bumi
akan rnewarisinya ialah hamba-harnba-Ku yang salih".

Kalau  kesalihan tidak ada lagi, jangan hairan kalau hancur semua. Dan
sebelum  hancur  janganlah  hairan  jika  Allah  menyerahkannya kepada
tangan lain yang sanggup memimpinnya.

Isu  penggantian suatu kaum dengan kaum yang lain itu disebut berulang
kali  dalam al-Qur'an. Misalnya dalarn ayat 38 dan 39 surah al-Tawbah,
Tuhan   memberikan   amaran  kepada  mereka  yang  kehilangan  ghairah
perjuangan, mereka yang rnulai mabuk dengan kesenangan hidup al-hayatu
'd-dunya,  terpedaya  dengan  kehidupan dunia yang sementara dan tidak
seberapa,  lupa dengan habuan ukhrawi yang berganda-ganda. Demikianlah
hakikatnya,  kesenangan dan kemewahan duniawi dapat membunuh idealisme
dan  melumpuhkan  daya  juang.  Bangsa yang telah hanyut dalarn obsesi
kebendaan   yang   secara  konsekuensial  membawa  kematian  idealisme
perjuangan,  adalah bangsa yang segera akan hilang di dunia. Ini bukan
gertak  kosong,  tetapi amaran Tuhan, "Jika kamu tidak berangkat untuk
berperang,  nescaya  Allah  rnenyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan
ditukarnya (kamu) dengan kaum yang lain,..."(al-Tawbah:39).

Kesimpulannya,  nasib  sesuatu bangsa sangat bergantung kepada kualiti
diri  yang  dicirikan  oleh  khidmat dan manfaat. Sesuatu bangsa layak
untuk  terus  hadir  di  dunia  selama  kehadirannya bermanfaat kepada
kemanusiaan  sejagat. Hakikat inilah yang tersirat di sebalik ungkapan
simbolik,  "...Adapun buih itu, akan hilang sebagai (bahan) yang tidak
ada  harganya,  adapun  yang  memberi  manfaat kepada manusia, maka ia
tetap  di  bumi.  Demikianlah  Allah  membuat perumpamaan-perumpamaan.
(a1-Ra'd:  17).  Kalirnat  al-zabad  (buih) adalah simbol bangsa tanpa
kualiti,  tanpa  substance, tanpa isi. Yang ada hanya gelembong kosong
yang  serba  rapuh,  sewaktu-waktu  boleh  pecah  dan rnenghilang dari
dunia.  Apalah  yang  dapat  disumbangkan  oleh  buih, berapalah harga
segunung buih. Untuk terus hadir di pentas dunia, sesuatu bangsa harus
mampu  menyumbang,  harus punya mesej dan misi, idealisme dan iltizam.
Tetapi  bangsa  buih  yang  jiwa dan mindanya kosong melompong, hilang
arah  dan  tujuan, hanyut dilambung ombak, tidak akan punya masa depan
selain "hilang di dunia"

 Source:
 
 Artikel ABIM Malaysia

 http://www.abim.org.my/http%3A//http%3A//http%3A//www.abim.org.my






 
       
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search that gives answers, not web links. 
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
Website: http://www.rantaunet.org 
=============================================================== 
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN: 
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. 
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku. 
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
=============================================================== 
Berhenti (unsubscribe), kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] 

Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe 
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount 
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke