para dunsana terutama kaula muda

Rasanya ini topik menarik untuk tidak hanya SATO SAKAKI dibicarakan Menghadapi 
KENYTAAN diatas apa  saja yang paralu dilakukan Ada pikiran pikiran yang 
sasarannya mengangkat HARKAT atau LAPANGAN KERJA dan tidak terjerumus Tapi 
belum ada yang jalan 
Ada pemikiran mendidik PERAWAT atau TENAGA TRAMPIL dalam negri Tenaga pra medis 
dibutuhkan oleh banyak negara Menurut pak Pak Fasli Malahan Amerika sangat 
membutuhkan Kalau tukang ya yang ada serifikatnya Apa saja yang dapat dilakukan 
di Ranah Disinilah antara lain ambo melihat aspek positif PERTUKARAN PELAJAR  
lebih 70% alumni Youth Exchange nan kami lakukan melanjutkan kembali ke luar 
negri Karena anak Indonesia khususnya anak Minang pandai membaewakan diri 
banyak yang kembali ke orang tua asuhnya Ini kan SATU aspek 
Moga moga atas laporan Othman Mamat ini tidak ada suara mineur melihat aspek 
negatifnya pula
Ambo melihat perhatian yang besar dari perantau luar negri dapat kita 
manfaatkan 
Chaidir N Latief   



----- Original Message ----
From: syaukani yusup <[EMAIL PROTECTED]>
To: RantauNet@googlegroups.com
Sent: Monday, October 8, 2007 9:36:17 PM
Subject: [EMAIL PROTECTED] Sindiket perdangan Manusia antar Indonesia Malaysia.

Harian Metro 08-09-2007
Laporan Othman Mamat


TANJUNG PINANG (Riau, Indonesia): Ribuan, malah puluhan ribu rakyat Indonesia 
menjadi hamba zaman moden apabila secara sukarela atau paksa, merentasi 
sempadan ke Malaysia setiap tahun untuk mencari pekerjaan. 

‘Budak’ (istilah hamba di Indonesia) terbabit kebanyakannya wanita dan gadis, 
termasuk remaja bawah umur menjadi mangsa sindiket penyeludupan yang menjadikan 
manusia sebagai barang dagangan. 

Selepas digula-gulakan dengan pelbagai janji termasuk tawaran kerja bergaji 
lumayan, pekerja tanpa izin terbabit dijual kepada pihak ketiga sejurus 
melangkah masuk ke sempadan negara jiran. 

Pada awalnya mereka dijanjikan pekerjaan di hotel, restoran, gedung perniagaan 
dan kompleks beli-belah, namun sebaik jatuh ke tangan pihak ketiga, pekerja 
terbabit dipaksa melakukan pelbagai kerja lain termasuk melayan nafsu lelaki 
hidung belang. 




Kegiatan ‘orang jual orang’ ini didedahkan Ketua Komisi II, Dewan Perwakilan 
Rakyat Daerah (DPRD) Provinsi Kepulauan Riau (Kepri), Andi Anhar Chalid, kepada 
Harian Metro dalam pertemuan eksklusif di sini, baru-baru ini. 




Beliau yang bimbang kes perhambaan moden akan terus berleluasa di Indonesia, 
juga kecewa kerana Kepri, yang merangkumi Pekanbaru, Batam, Tanjung Pinang 
sehingga ke Pulau Natuna, terus menjadi pusat penampungan pekerja tanpa izin 
yang dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia. 

“Sindiket yang mengatur perjalanan pekerja ke Malaysia melalui saluran tidak 
sah itu kini semakin licik menggunakan kaedah baru memperdagangkan manusia. 

“Antaranya, mereka menghantar wanita dan gadis termasuk pelajar kolej ke 
Malaysia kononnya untuk menjalani latihan pekerjaan di sana. 

“Nah, sesampai di sana, wanita dan gadis terbabit diserahkan kepada tekong yang 
sedia menunggu sebelum ditempatkan di pusat perniagaan, restoran, hotel dan 
gedung beli-belah. 

“Secara pandangan kasar, mereka (pekerja Indonesia) memasuki Malaysia secara 
sah kerana memiliki pasport, namun sesampai di sana, dokumen itu dipegang 
tekong sebagai jaminan mereka tidak melarikan diri.

“Pekerja terbabit nyata tidak mempunyai permit kerja dan apabila ditahan pihak 
berkuasa, mereka dianggap pekerja tanpa izin dan dihantar pulang ke Indonesia,” 
katanya dalam pertemuan eksklusif dengan Harian Metro, di sini. Lebih 
merunsingkan pihaknya, kata Andi Anhar, daerah Kepri terutama Tanjung Pinang 
dan Batam sering dijadikan pusat persinggahan sebelum pekerja tanpa izin itu 
dihantar pulang ke kampung halaman mereka. 

Dia yang mengetuai Fraksi Partai Patriot di DPRD berkata, secara tidak 
disedari, langkah itu mencetuskan beberapa masalah baru kepada penduduk dan 
pentadbir daerah apabila pekerja yang dihantar pulang itu terpaksa melakukan 
kerja yang tidak sepatutnya, termasuk melacurkan diri, demi mencari sesuap 
nasi. 

“Mereka tiba di sini dengan tangan kosong. Untuk pulang terus ke kampung 
halaman, tentu mereka malu kerana sebelum berangkat dulu, segala harta sudah 
dijual untuk membiayai ongkos dan penyediaan pasport.

“Kebanyakan korban (mangsa) perdagangan manusia ini berasal dari Pulau Jawa, 
Sumatera, Sulawesi dan beberapa daerah lain. Warga asal daerah ini (Kepri) 
sendiri tiada yang menjadi korban setakat ini,” katanya..

Andi Anhar berkata, pihaknya difahamkan, selain ‘job training’ sebahagian 
mangsa perdagangan manusia atau trafiking mengikut istilah Indonesia, terutama 
gadis bawah umur, dijual kepada sindiket pelacuran di Malaysia. 

Katanya, taktik yang biasa digunakan tekong darat untuk menjerat mangsa ialah 
mengumpan mereka dengan peluang kerja bergaji lumayan sehingga empat angka di 
negara jiran. 

Menurutnya, sebaik berjaya memujuk mangsa, penduduk yang tertarik dengan 
peluang kerja itu hanya diminta menyediakan pasport manakala dokumen lain 
diuruskan tekong dan ejen mereka. 

“Sebahagian korban terpaksa menjual harta benda termasuk tanah dan barang kemas 
untuk mendapatkan wang membiayai pembikinan pasport, manakala yang tidak 
mempunyai harta terpaksa meminjam daripada tetangga. 

“Korban kemudian dibawa ke Jakarta atau Batam dan ditempatkan di penampungan 
(pusat transit) sementara menunggu masa yang sesuai untuk berangkat ke Malaysia 
dan biasanya selepas beberapa minggu atau bulan barulah mereka dibawa masuk ke 
negara jiran,” katanya. 

Andi Anhar berkata, sindiket terbabit dipercayai mempunyai rangkaian di 
Malaysia yang menunggu ketibaan mangsa sebelum menjual mereka kepada pihak 
ketiga. 

“Trafiking ini adalah akibat sistem yang tidak benar. Begitu mudah calon TKI 
(tenaga kerja Indonesia) mendapatkan pasport, saya percaya ada kerjasama dengan 
aparat (petugas) yang disogok. 

“Dan kita juga tahu, di Malaysia juga ada ‘permainan’ di kalangan aparat 
imigrasi (imigresen),” katanya.

Ditanya bilangan sebenar mangsa trafiking atau pekerja tanpa izin Indonesia di 
Malaysia, Andi Anhar berkata, pemerintah sendiri tidak pasti jumlahnya kerana 
tiada data keberangkatan mereka.



Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today!


      
____________________________________________________________________________________
Check out the hottest 2008 models today at Yahoo! Autos.
http://autos.yahoo.com/new_cars.html
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
Website: http://www.rantaunet.org
===============================================================
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku.
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
===============================================================
Berhenti (unsubscribe), kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED]

Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di:
https://www.google.com/accounts/NewAccount
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke