Wa'laikum salam wa rahmatullahi wa barakaatuhu, tarimo kasih sanak Chaniago atas saran2 ko sarato mak Sati, mak Aziz, sanak Riri, sanak Muhammad Syahreza, sanak Darul, sanak Novend, sanak Ahmad Riza. Ambo mohon maaf kalau ambo indak mamanggia gala sanak sadonyo. Walaupun kito alun panah batamu didarek, namun di dunia maya ko rasonyo ambo alah kenal jo mamak2, dunsanak2, uni2, uda2 jo adiak2 sadonyo. InshaAllah kalau ambo pulang kampuang summer nantik ko, ambo usahokan untuak batamu jo niniak mamak disitu. Nan ambo inginkan adolah untuak yad supayo kaluarga tsb diajak barundianglah dulu kalau pekarangan balakang rumahnyo kadipakai untuak baburu. Tapi satahu ambo indak ado kandiak dibalakang rumah tu doh, walaupun parnah dulu kecek urang2 disitu ado nampak saikua, tapi kan ko ndak bisa dijadikan ukuran bhw tampek tu banyak kandiaknyo. Disampiang tu tantu urang nan punyo rumah nan tahu kalau memang disitu banyak kandiaknyo, dan salamo ko kaluarga tu ndak parnah komplain doh tantang kandiak disitu. Akhirnyo manuruik ambo aktifitas PBB tu kan ndak masuak diaka tuh baburu dibalakang rumah urang nan indak ado kandiaknyo, kalaupun ado mungkin ciek atau duo ikua kandiak disitu. Akan tetapi apokah untuak mambunuh duo ikuak kandiak mambutuahkan banyak urang????? dan nyatonyo marusak pakarangan urang tu malah, bukan magiah manfaat ka kaluarga tu. Kato urang barat pulo: It doesn't make any sense karajo jadinyo.
Kaduo nan kaambo sampaikan nanti InshaAllah jo niniak mamak disitu adolah kalau masyarakaik disitu diinformasikan jauah2 hari, diajak barundiang tantang aktifitas pbb ko, jadwal2 bilo kadiadokan, ditampek ma, dlsbgnyo, supayo masyarakaik ikuik pulo mambantu palaksanaannyo dengan jalan maagiah aia minumlah sapanjang ndak malanggar tatertib tadi tu. Apolagi kito urang Islam harus hati2 jo aia liur anjiang, baitu juo jo babi, nan alah jaleh kaharamannyo, kalau anjiangnyo dimandikan dikolam rumah urang, tantu iko ndak bisa ditolerir kan. Ambo badoa sajo ka Allah SWT samoga urang2 nan talibat dalam perusakan rumah keluarga tsb ditunjuki kajalan nan luruih satiok saat inyo ndak malakukan kagiatan pbb tu dima sajo. Dan semoga Allah SWT sanantiasa melindungi keluarga tsb dan diberi ketenangan dalam dalam hidup handaknyo. Amiin. Ambo ndak malarang aktifitas tuh doh, Kagiatan pbb itu baiak disampiang salah satu kegiatan olah raga juo dlm rangka utk mambunuah kandiak nan ka marusak hasil ladang masyarakaik disitu, tapi iyo handaknyo mamatuhi aturan2lah sarato Adab2 baburu. Supayo kedamaian salalu terjaga satiok saat. Amiin Untuak maakhiri topik ko, dibawah ko ambo copykan satu artikel tentang "Hak Azazi Manusia dalam Islam" nan ado hubungannyo jo topik nan kito bahas diateh, Insha Allah Wassalam Aswita ====================== Hak Asasi Manusia Dijamin Oleh Islam Khutbah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam haji terakhir (Hajji Wada`) pada tahun 10H. di hadapan lebih kurang sejuta umat Islam sering kali dirujuk sebagai khutbah paling bermakna dan terpenting. Ia cukup penting kerana disampaikan pada penutup risalah Rasulullah SAW dan sarat berisi wasiat berhubung dengan hubungan manusia dengan Tuhan Maha Pencipta dan hubungannya dengan sesama manusia (*Hablun minnaallahi wa hablun minannaasi)* Menyentuh tentang hubungan dengan Allah SWT ** Rasulullah SAW menegaskan keesaan dan ketaqwaan kepada-Nya sementara hubungan dengan manusia pula, antara lain, Rasulullah SAW menekankan hak dan kedudukan wanita sebagai amanah selain penghapusan amalan riba daripada masyarakat Islam. Bahkan sama pentingnya juga, Rasulullah SAW mengungkap kesucian jiwa, kehormatan diri dan maruah dan keselamatan harta, iaitu, "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan kehormatan kamu adalah suci sebagaimana sucinya hari kamu ini, pada bulan kamu ini (Zulhijjah) dan di negeri kamu ini (Makkah)...." Penegasan Nabi Muhammad s.a.w. ini dikatakan merupakan pernyataan terulung berkenaan dengan hak asasi manusia yang berasaskan maqasid al-syari`ah. Lebih khusus lagi, jika dilihat dari segi pentadbiran kemasyarakatan dan pelaksanaan tatacara keadilan, Baginda telah juga meletakkan asas bagi sikap berhati-hati atau berjaga-jaga dan mengelakkan darar (kerosakan) daripada menimpa orang lain. Darar ini misalnya boleh ditafsirkan sebagai merujuk kepada kemudaratan atau kecelakaan yang menimpa seseorang dan menyebabkannya mengalami kerugian sama ada dari segi kewangan, kesusutan nilai atau faedahnya. Selain, kewangan, darar juga boleh menimpa tubuh badan seperti mengakibatkan kecederaan dan kehilangan manfaat tubuh badan. Setiap individu bertanggungjawab untuk berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan atau kemudaratan terhadap orang lain, sama ada secara sengaja mahupun tidak, atau secara langsung atau melalui perantaraan. Ini berdasarkan keterangan dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa`id al-Khudri, Ibn `Abbas dan `Ubadah ibn Samit r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya, "Janganlah kamu memudaratkan dan saling memudaratkan." Hadith ini menjadi asas perundangan bagi larangan menggugat kepentingan dan kedamaian dan ketenteraman hidup orang lain. Larangan dalam Hadith ini membawa maksud perbuatan memudaratkan atau menyusahkan orang lain adalah haram. Begitu juga dengan perbuatan saling balas-membalas kemudaratan antara satu sama lain. Kewajipan berjaga-jaga atau berhati-hati banyak disebut dalam kitab-kitab fiqh melalui pelbagai contoh tentang kehidupan harian. Contoh yang paling kerap dikemukakan ialah berkaitan dengan penggunaan jalan raya. Dalam konteks berhati-hati di jalan raya, al-Sarakhsi misalnya menjelaskan, iaitu "Adalah menjadi hak bagi setiap individu untuk menggunakan jalan raya dan hak bersama ini boleh diguna pakai oleh semua orang dengan syarat (mereka) mengutamakan keselamatan. Ini kerana, hak itu boleh dilaksanakan oleh semua pihak dan (tindakan) mengelakkan kemudaratan daripada menimpa orang lain adalah wajib." Penggunaan jalan raya secara tidak wajar seperti menjadikannya tempat berlomba atau menonton perlombaan haram dianggap sebagai perbuatan menyalahgunakan kegunaan jalan raya. Ini diistilahkan sebagai ta`adi, iaitu perbuatan melampau yang tidak harus atau tidak dibenarkan oleh syarak. Selain itu, al-Sarakhsi turut menjelaskan bahawa kewajipan berhati-hati hanya tertakluk pada keadaan yang mampu dijaga dan dijangka. Oleh yang demikian, sikap kurang berhati-hati sehingga berlaku kemalangan menjadi unsur penentu kewujudan tanggungan sekiranya seseorang tidak berusaha mengelakkan berlakunya sesuatu kemalangan, iaitu dalam keadaan sesuatu kemalangan boleh dijangka akan berlaku. Pada asasnya, pelanggaran terhadap kewajipan berjaga-jaga yang ditetapkan memberi maksud bahawa seseorang telah bertindak secara cuai dalam keadaan ia memiliki tanggungjawab - sama ada dari segi syarak atau juga berasaskan akad - untuk melaksanakan sesuatu atau juga untuk tidak mengakibatkan sebarang kerusakan atau kecederaan. Dengan yang demikian, kegagalan dalam melaksanakan kewajipan yang ditetapkan atau kegagalan mengambil langkah berjaga-jaga (kecuali) untuk mengelakkan berlakunya kerusakan akan menyebabkan pelakunya dikenakan tanggungan (sivil dan jinayah). Dalam suatu peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan `Umar r.a., seorang lelaki telah datang ke sebuah rumah dan meminta diberikan air tetapi penghuni rumah itu enggan memberikannya sebarang minuman. Kemudian lelaki tersebut meninggal dunia akibat dahaga. `Umar memerintahkan agar penghuni rumah tersebut membayar diyat kerana menyebabkan kematian. Peristiwa ini menunjukkan bahawa sesiapa yang mengabaikan urusan makan dan minum orang yang berada di sekelilingnya yang berada dalam kesusahan, sedangkan ia mampu berbuat demikian, maka ia mesti dipertanggungjawabkan kerana menjadi penyebab bagi kematian mangsa. Menurut pengarang kitab Mu`in al-Hukkam, hal yang sama turut terpakai terhadap seorang ibu, sekiranya ia meninggalkan bayinya bersendirian tanpa penjagaan dan berlaku kemalangan seperti terjatuh ke dalam api atau sebagainya, maka si ibu tetap boleh dipertanggungjawabkan atas kemalangan tersebut. Perlu ditekankan di sini bahawa memandangkan prinsip penentuan hukum Islam lebih menekankan soal niat pelaku dalam menentukan tanggungan yang akan dikenakan, maka adalah penting - dalam konteks pembuktian - untuk dipastikan sama ada seseorang telah melakukan sesuatu perbuatan secara sengaja, tidak sengaja, tersilap, cuai atau sebagainya. Implikasinya ialah walaupun kesan perbuatannya sama, namun hukumannya berbeza. Selain itu, dalam konteks darar (kerusakan), jelas bahawa tanggungan sivil dalam Islam berasaskan kerusakan sebenarnya (actual damage) dan ia bertentangan dengan prinsip tanggungan keras (strict liability) atau tanggungan tanpa sebab (liability without fault) yang menjadi sebahagian daripada intipati undang-undang tort moden. Ringkasnya dapat disimpulkan bahawa hak setiap individu untuk menikmati kehidupan tenteram, sejahtera dan selamat (jiwa atau nyawa, kehormatan serta harta), dijamin oleh dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Rujukan bagi dasar-dasar berkenaan pastinya terkandung dalam al-Qur'an serta Hadith; dua sumber yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah di Padang Arafah dalam haji terakhir Beliau itu sebagai panduan yang tidak akan menyebabkan umat Islam tersesat selagi berpegang teguh pada kedua-duanya. On Nov 30, 2007 12:59 AM, Z Chaniago <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Assalamu'alaikum Ww > > Rangkayo Aswita... > > Untuak palapeh uweh-uweh cubo pendekatan baiko : > Baok mamak tungganai untuak barundiang sudahtu baok ka Niniak-mamak dan > wali nagari setempat dan taruih cubo minta masukan ka Kapolsek > setempat....., bukan untuak mangadu mambuek surek laporan, tetapi maliek dan > mambari informasi.... > baraso ado event .... dek karano mungkin para 'pimpinan' awak tu mamakai > prinsip " No news is good news ".... > > Wassalam > > Z Chaniago - Palai Rinuak > > --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ =============================================================== Website: http://www.rantaunet.org =============================================================== UNTUK SELALU DIPERHATIKAN: - Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. - Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku. - Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui jalur pribadi. =============================================================== Berhenti, kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] Webmail Mailing List dan Konfigurasi teima email, lihat di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di https://www.google.com/accounts/NewAccount =============================================================== -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---