Suatu masalah sosio kultural praktis yang harus kita benahi sebelum kita 
dapat menyusun political consensus itu adalah bagaimana cara `dan apa forum 
yang akan kita gunakan, oleh karena dari segi kultur dan struktur Minangkabau 
tersebut terfragmentasi dalam kl 600 nagari
   
  Pak Saaf,
   
  Idzinkan saya memberi pandangan tentang “bagaimana cara dan apa forum yang 
akan kita gunakan”. Pandangan ini sudah jelas mencerminkan keterbatasan fahaman 
saya tentang sejarah dan budaya Minangkabau. Ma’afkan saya sekiranya ada 
kecacatan dalam mengemukan pandangan ini. Maklumlah saya baru mengenal 
Minangkabau. Pembetulan fakta sangat sangat saya alu alukan. 
   
  Saya mulai memahami satu kenyataan politik Minangkabau. Fahaman 
kenegaraan/nationhood yang saperti kita semua mengerti dengan kehadiran dan 
kewujudan suatu political central authority/state authority terutama dalam 
konteks sistem rupa bangsa/nation state system sebenarnya tidak ada dalam kamus 
kultur-politik Minangkabau. Yang hanya ada adalah enam ratus wilayah adat yang 
bernama nagari, Kini, saya juga baru mengerti dengan pandangan A.A. Navis yang 
menyatakan Minangkabau itu lebeh dikenali sebagai bentuk kebudayaan dan payah 
sekali di sebut sebagai satu buah negara atau kerajaan dalam pengertaian 
kerajaan atau negara yang berlansung dalam sejarah. Nagari adalah segala 
galanya di Alam Minangkabau. Nagari berfungsi sebagai unit asas struktur 
politik dan pentadbiran Alam Minangkabau. . 
   
  Nagari adalah satu social and political construct hasilan pemikiran kultur 
khusus Minangkabau. Very peculiarly and uniquely Minangkabau. Keunikan 
pemikiran Minangkabau ini ialah mentiadakan atau tidak membenarkan dan ini di 
lakukan, mungkin, dengan sengaja, satu ide dan lembaga superstructure yang kita 
sebut sebagai negara atau kerajaan yang mempunyai kekuasaan pusat. Pusat 
kekuasaan/locus of power terletak di nagari. Nampaknya Imam Bonjol dan pemuka 
ugama juga mengerti dan faham nagari sebagai tiang serinya Alam Minangkabau. 
Tujuan utama beliau dan penyokongnya melancarkan perang paderi bukan membentuk 
satu kekuasaan pusat berlandaskan superstructure negara Minangkabau. Perkiraan 
pejuang pejuang Islam Minangkabau ini lebeh ditujukan untuk memperkukuhkan 
keislaman  adat dahulu. Pemurnian nilai nilai dan amalan amalan Islam mesti di 
lakukan. Pembetulan semula ajaran Islam tidak boleh di tunda tunda. Oleh kerana 
adat adalah segala galanya di Alam Minangkabau, dan legitimasi
 pentadbiran dan penguatkusaan adat terletak di pangkuan negari, maka 
pengislaman adat boleh diandaikan jalan terbaik meletakkan Islam sebagai Addin 
ul Islam di Alam Minangkabau baru. Kata kata ABS-SBK ini penyimpulan politis 
dan kultur baru/a political and cultural binding mechanism antara adat dan 
nagari. Dengan pengikatan ini sekurang kurang nya enam ratus nagari itu di 
“satukan” dalam bentuk commonwealth. Pengikatan ini dimeterikan di Bukit 
Marapalam. Legitimasinya di perkukuhkan dengan persetujuan para pemuka Ugama 
dan pemuka adat. 
   
  Pendekatan Imam Bonjol ini satu ijtihad politik yang berani dan tepat. pada 
masa itu. Beliau tidak mendekati ide penubuhan state authority Minangkabau. 
Beliau memahami konsep negara Islam tetapi bukan dalam pengertian nation state. 
Dalam pengertian nation state sudah pasti central power disamakan dengan 
negara. Negara meng-diktatkan kesemua hal pentadbiran: a top down and top to 
bottom paradigm of regulation and regimentation. Oleh kerana struktur Alam 
Minangkabau itu dari down up dan bottom and upward, bukan dalam bentuk pyramid, 
maka dalam pemikiran Imam Bonjol meletakkan pengislaman dan keislaman adat 
sekali gus mengukuhkan nagari. Down up dan bottom and upward ini selari dan 
serasi dengan sejarah shari’ah dalam membangun masyarakat. Pembangunan 
infrastruktur kemasyarakatan Islam samaada diperingkat awal maupun di zaman 
Khulafa al Rashidun dan setrusnya, bermula dan berakhir di Syari’ah. Syari’ah 
lebeh berkemampuan dan bukan nya negara, dalam mengatur dan menta’rifkan
 sifat dan watak masyarakat. Tidak berlebehan kalau saya menyatakan bahwa 
pendekatan Imam Bonjol ini cukup strategic dan jitu. Mengapakah kesempatan yang 
ada tidak digunakan sepenuh penuhnya oleh Imam Bonjol untuk, sekurang kurang 
nya, membuat beberapa perumusan yang agak terperinci, masih menjadi satu tanda 
tanya pada saya.  
   
  Military defeat perang Paderi ditangan penjajah Belanda banyak menjejas 
pelaksanaan dan penguat-kuasaan ABS-SBK di nagari. Banyak kelompok, didalam dan 
diluar Alam Minangkabau, mengambil kesempatan dari kekalahan perang Paderi ini 
samaada melunakkan asas keislaman yang ada dalam ABS-SBK atau mentiadakan usaha 
usaha lanjutan memperkukuhkan dan memperincikan ABS-SBK. Selama 170 tahun 
ABS-SBK lebeh bersifat slogan. Usaha yang bermakna/substantive dan resmi 
nampaknya tidak begitu di ambil perhatian. Policy formulation untuk perincian 
ABS-SBK tidak mendapat sambutan dari pemuka adat. ABS-SBK hanya wujud dalam 
wacana dalam penulisan penulisan ulamak. Ada semacam suasana gencatan senjata 
atau stalemate di antara pehak ulamak dan pemuka adat. Hinggakan sekarang.
   
  Di pasca perang Paderi, penjajah Belanda mentadbir wilayah Minangkabau secara 
tidak lansung/indirect administration. Sefaham saya Belanda pun tidak mahu 
mengwujudkan superstructure negara yang secara lansung mengikat dan mentadbir 
enam ratus nagari. Saya masih belum mempunyai bahan yang menyatakan ada semacam 
satu kesadaran dikalangan pejuang dan pemikir Minangkabau semenjak 170 tahun 
dahulu, terutama dalam membuat perlawanan terhadap penjajahan Belanda, atas 
keperluan/necessity mengwujudkan superstructure negara mentadbir wilayah 
Minangkabau. Keperluan ini, diantara lainnya, bertujuan membenteng pertahanan 
wilayah Minangkabau.
   
  Satu satu sa’at nya lembaga superstructure dalam pengertian negara menyatukan 
wilayah Minangkabau mungkin terwujud apabila Minangkabau menyertai Republik 
Indonesia. Propinsi Sumatra Tengah diciptakan, kemudian menyusul yang lebeh 
kecil yang di namakan Propinsi Sumatra Barat. Kesemua lembaga yang berhubungan 
dengan Propinsi di kuat-kuasakan dan diterapkan di wilayah Minang. 
   
  Sekarang ini masyarakat Minang di Ranah berhadapan dengan dualisme 
pentadbiran menguat-kuasakan hukum hakam dan nilai dikalangan mereka. Di satu 
pehak struktur Propinsi yang berasaskan amalan amalan electoral democracy dan 
di satu pehak yang lain struktur nagari yang lebeh mengarah ke culture centric. 
Pengikatan Islam dalam struktur Propinsi tidak sekukuh yang ada dalam nagari 
yang sayugia nya tertakluk kepada ABS-SBK. Landasan Propinsi lebeh kepada 
pentadbiran warga Sumatra Barat dimana warga Minangkabau mempunyai suara 
terbanyak/majority, manakala landasan nagari ke warga Minangkabau dan yang 
mengiktiraf amalan adat.
   
  Persoalan kini ialah adakah mahu diteruskan dualisme pentadbiran ini atau 
lambat laun akan ada satu penyelesaian muktamat tentang dualisme ini. Yang 
jelas sekali, kalau di teruskan dualisme ini ianya akan menjemput persaingan 
yang bernatijahkan yang kurang sehat dan akan unnecessarily melelahkan. Kalau 
bersetuju dengan penerusannya, masyarakat Minangkabau akan membentuk dan 
merumuskan satu rangka yang dapat mengakomodasikan unsur unsur yang terdapat 
dalam struktur Propinsi dan nagari. Bagaimana bentuk jalan menengah ini adalah 
hak politis mencerminkan struktur etnis Minangkabau.    
   
  Kompilasi ABS-SBK nanti, dalam pandangan saya, wajar sekali memecahkan 
persoalan dualisme pentadbiran ini. Disini, tidak lah berlebihan kalau kita 
menyatakan bahwa pemecahan persoalan ini adalah hak kewajiban masyarakat 
Minangkabau. Adakah pemecahan persoalan ini satu yang mustahak dan tanpanya 
akan menggangu penyempurnaan kompilsasi ABS-SBK, wallah hu alam, saya tidak 
tahu.      
   
  Kalau lah dualisme pentadbiran ini diteruskan, maka payah sekali Minangkabau 
kini mendapatkan satu political consensus yang mencerminkan kesefakatan seluruh 
masyarakat Minang dalam merestui ABS-SBK baru. 
   
  Saya setuju dengan memulakan kompilasi ABS-SBK. Saya sangat bersetuju 
diwujudkan satu tim kearah mengkompilasi ini. Insya’Allah, kita semua akan 
menyaksikan pembentangan draf nya. Mudah mudahan Allah SWT memberi kekuatan 
kepada drafting team dan kita semua. Amin, amin ya Rabb ul ‘Alamin.  
      
   
  

"Dr.Saafroedin BAHAR" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Pak Chaidir dan Sanak 
Jamaluddin Mohyidin,


    
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
Website: http://www.rantaunet.org
===============================================================
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Selalu mematuhi Peraturan Palanta RantauNet lihat di 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-palanta-rantaunet
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku.
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
===============================================================
Berhenti, kirim email kosong ke:
[EMAIL PROTECTED]

Webmail Mailing List dan Konfigurasi teima email, lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di
https://www.google.com/accounts/NewAccount

-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke