Assalamu'alaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuhu
Iko harago bensin di Malaysia nan masih lo dimintak masyarakaikno diturunan. 
RON 95 ko samo jo Pertamax Plus di awak. RM 1 diambiak rato-rato sajo samo jo 
Rp 3550. Pamarintah awak manurunan baliak harago premium (RON 88) jadi Rp 7600, 
dan mangecekan masih maagiah subsidi. 
Aa nan ka disabuik......

Barita dari Malaysia Kini
‘RON95, diesel sepatutnya kurang dari RM1.90 (=Rp 6745)’

 106 0 0
MP PKR, Rafizi Ramli mendakwa pengguna sepatutnya membayar kurang daripada 
harga RM1.90  (=Rp 6745) untuk petrol RON95 dan diesel.

Beliau mengulas pengumuman Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semalam 
bahawa harga kedua-dua bahan api tersebut akan diletakkan di antara RM1.90 (Rp 
6745) dan RM1.95 (Rp 6923) bermula Januari.

Rafizi berkata, harga RON95 sepatutnya ditetapkan pada kadar RM1.75 (Rp 6212) 
dan RM1.79 (Rp 6355).

Katanya, kadar itu termasuk margin keuntungan dan bayaran balik kos yang 
dijanjikan oleh kerajaan kepada syarikat pengeluar minyak, sebanyak 32 sen 
seliter untuk RON95 dan 23 sen seliter untuk diesel.

Beliau memberi alasan, harga pasaran RON95 dan diesel masing-masing sudahpun 
turun ke paras RM1.43 dan RM1.56 pada 30 Disember.

Rafizi seterusnya mendakwa, kerajaan mengaut keuntungan tambahan daripada cukai 
petrol secara senyap-senyap kerana harga tersebut sudahpun turun seawal 1 
Disember lalu.

Naib presiden PKR itu turut mengemukakan carta yang menunjukkan bahawa harga 
RON95 dan diesel termasuk keuntungan masing-masing adalah RM2.05 dan RM2.10 
sejak awal bulan ini, dan terus menurun dengan sekata sehinggalah ke paras 
harga 30 Disember.

“Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga 
pasaran (walaupun tanpa subsidi), BN mendapat durian runtuh dengan mengutip 
cukai petrol tanpa diumumkan kepada rakyat.
 
“...Jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi Disember 
2014 ialah RM633 juta tanpa diketahui oleh rakyat,” katanya dalam satu 
kenyataan.

Rafizi seterusnya menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan 
perbelanjaan yang dibuat daripada kutipan cukai tersebut.

Beliau turut mengulangi gesaannya agar subsidi bahan api diperkenalkan semula 
agar harga RON95 dan diesel di pam masing-masing boleh dikurangkan kepada 
RM1.61 dan RM1.64.
  Wassalamu'alaikum, 
 Muhammad Dafiq Saib Sutan Lembang Alam
Suku : Koto, Nagari asal : Koto Tuo - Balai Gurah, Bukit Tinggi
Lahir : Zulqaidah 1370H, 
Jatibening - Bekasi

-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ 
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
* DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. Email One Liner.
* Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta 
mengirimkan biodata!
* Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
* Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
* Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/
--- 
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "RantauNet" dari Google 
Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke rantaunet+unsubscr...@googlegroups.com.
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.

Reply via email to