Assalamu alaikum warahmatulLahi wabarokatuh, Saya ingin berbicara setakat untuk memudahkan fahaman sausra/i keadaan politik semasa di Malaysia enam bulan kebelakangan ini. Pilihan raya tiga bulan dahulu, tiga gabungan partai politik Chinese-based Democratic Action Party(DAP), Islamic Malay-based Partai Islam Se Malaysia(PAS) dan political centrist Partai Keadialn Rakyat yang di pelopori dan di asaskan oleh Saudara Anwar Ibrahim telah berjaya mendapat 82 kerusi Parliman Malaysia dari jumlah 199 kerusi , dan sekali gus berjaya mengambil alih pentadbiran empat negari yaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta mempertahankan pentadbiran negeri Kelantan. 70% jumlah pelaburan asing tertumpu di lima buah negeri ini. Ma’nanya jumlah terbesar GDP Malaysia boleh di tafsirkan dating dari lima wilayah negeri tadbiran Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim ini. Semenjak peristiwa political tsunami tiga bulan lalu partai yang memerintah, Barisan Nasional, telah tidak mampu mempertahankan two thirds majority rule di parlimen. Sdr. Anwar terus menerus berkempen menyatakan bahwa beliau telah pun mendapat sekurang kurannya 30 wakil rakyat dari barisan Nasional vrossing over ke Pakatan Rakyat. Berdasarkan jaminan ini beliau terus berkempen dan memberitahu /(mendidik) rakyat yang pakatan Rakyat berhasrat mengambil alih teraju pemerintahan pusat. Untuk mempusatkan perhatian rakyat secara saikologi dan bersungguh sungguh memberi komitmen kepada rakyat beliau mengumumkan tarikh peralihan kuasa akan berlaku pad 16 hb. September/hari kemerdekaan Malaysia . Pakatan Rakyat akan melakukan peralihan kuasa ini secara demokratis, berdasarkan perlembagaan dan tidak akan menggangu atau menyusahkan rakyat biasa. Teralihan kuasa ini akan begitu tertib dan penuh sofan. Langkah pertama politis beliau ialah memperkutakan barisan Pakatan rakyat di peringkat negeri terutama di kelima lima negeri tadbiran Pakatan Rakyat. Keduanya beliau menjadi wakil rakyat melalui pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Pulau Pinang serentak itu menjadi Ketua Pembangkang/Mr. Parliamentary Opposition. Kawasan Parlimen Permatang Pauh ialah kawasan Parlimen beliau sebelum di “terajang kelaur” oleh Dr. Mahathir sepuluh tahun dahulu. Isteri beliau Doctor mata Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Anwar di Permatang Pauh. Dr. Wan Azizah meletakkan jawatan wakil rakyat Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Sdr. Anwar secara resmi memasuki kembali politik resmi. Selama tiga bulan ini beliau telah dapat memberi keyakinan kepada pelabur pelabur asing akan kestabilan politik Malaysia terutama di kelima lima negeri pakatan Rakyat. Sambutan pelabur asing sunguh mengghairahkan. Selain itu Sdr. Anwar telah di tuduh melakukan hubungan liwat. Beliau metros menafikan tuduhan ini. Melebihi 70% rakyat tidak percaya akan tuduhan ini dan bagi rakyat telah meyakinkan tidak bersalah. Rakyat telah melihat kesemua angkara durjana ini adalah pakatan jahat Ketua Pokis Negara, Attorney General Malaysia dan Pernama Menteri dan Timbalan nya juga terlibat dalam nonspirasi ini. Untuk lebeh mengetahui dan memantau lebeh lanjut lagi sila ke halaman Anwar Ibrahim Blog di http://anwaribrahimblog.com/2008/09/16/malaysias-anwar-says-he-will-soon-seize-power/ Atau Malaysia-Today di http://mt.m2day.org/2008/ Walaupun telah dan sudah mendapat dukungan paling minima 30 anggota wakil rakyat dari Barisan Nasional, Anwar Ibrahim masih berbicara secara santun dan dengan pengertian dan semangat demokrasi ala alam Melayu. Hari ini beliau dengan pimpinan Pakatan Rakyat akan berbicara terus dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi dan topic perbicaraan ialah peralihan kuasa. Sdr. Anwar Ibrahim telah menyatakan kepada khalayak ramai bahwa dateline 16 hb. Sept. itu ultimatum pakatan rakyat yakni tarikh peralihan kuasa yang bisa di dilakukan dengan mengajukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di parlimen boleh di longgarkan atau di tundakan semingu atau dua untuk memberi peluang atau kesempatan kepada Perdana Menteri untuk bersiap mengundurkan diri secara terhormat. Sementara itu sila membaca petikan di bawah yang saya dapatkan dari Anwaribrahimblog. Pakatan Rakyat Sedia Mengambil Alih 16 hb. September 2008 Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat. Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini. Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini. Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam. Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu. Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan. Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut : 1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan. 2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu. 3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa. 4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya. Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman. Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan. Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong. ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar: Lebih 31 MP BN sertai Pakatan 17hb. September 2008 Dari Malaysiakini Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa. Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak di pejabat PKR di Tropicana pada jam 2 petang tadi. Beliau bagaimanapun tidak mendedah sebarang nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan. “Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat,” katanya. Kerana itulah, tegas mantan timbalan perdana menteri itu, pihaknya mengambil pilihan yang lembut. “Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya,” katanya. Semalam, Pakatan Pakatan yang diketuai Anwar telah menghantar surat kepada Abdullah semalam untuk mengadakan pertemuan. Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat. “Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok,” katanya sambil menambah bahawa Abdullah kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting. “Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak,” katanya. Pakatan mempunyai 81 daripada 222 kerusi parlimen. Anwar berusaha supaya ahli-ahli parlimen BN melompat menyertai Pakatan untuk mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat. “Ia mungkin berlaku beberapa hari lagi (peralihan kuasa dalam kerajaan),” katanya. Menurut Anwar, pertemuan telah tertunda beberapa hari untuk memberi ruang kepada perdana menteri menyelesaikan beberapa perkara. “Jika perdana menteri menolak sekarang, kita akan memberi sedikit ruang kerana beliau ada masalah parti, kita beri ruang untuk kepentingan nasional,” katanya. Anwar berkata, dalam keadaan sekarang, perdana menteri tidak perlu risau untuk mengadakan rundingan. Katanya, tindakan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Teresa Kok adalah untuk menyekat perubahan rakyat. “Saya minta kerajaan tidak halang termasuk mengadakan sekatan jalan raya dan sekatan-sekatan lain untuk bergerak ke Parlimen dalam tempoh ketika yang ditetapkan. “Sebaik selesai mesyuarat dengan perdana menteri, kita akan patuh perlembagaan termasuk mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan ,” katanya. Ketika ditanya mengapa enggan memberikan nama-nama ahli parlimen BN yang menteri Pakatan, Anwar berkata, jika nama tersebut diberikan, mereka akan ditahan serta merta. Beliau berkata, nama-nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan akan diberikan dalam pertemuan dengan perdana menteri. “Saya sudah mempunyai jumlah yang cukup, untuk mendapatkan tandatangan mereka bukan satu masalah,” katanya. Anwar berkata, ramai orang tidak percaya, sama dengan yang mereka kata mustahil Pakatan menang di Pulau Pinang , Selangor dan Perak. Katanya, seperti mereka kata mustahil, beliau boleh menambah majoriti di Permatang Pauh. --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ =============================================================== UNTUK DIPERHATIKAN: - Wajib mematuhi Peraturan Palanta RantauNet, mohon dibaca & dipahami! Lihat di http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet - Tulis Nama, Umur & Lokasi anda pada setiap posting - Dilarang mengirim email attachment! Tawarkan kepada yg berminat & kirim melalui jalur pribadi - Dilarang posting email besar dari >200KB. Jika melanggar akan dimoderasi atau dibanned - Hapus footer & bagian tdk perlu dalam melakukan reply - Jangan menggunakan reply utk topik/subjek baru =============================================================== Berhenti, kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] Daftarkan email anda yg terdaftar pada Google Account di: https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id Untuk dpt melakukan konfigurasi keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe =============================================================== -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---