Assalamu alaikum warahmatulLahi wabarokatuh, 
Bung Nofrins, Bang Edy Utama dan dunsanak yang di hormati sekalian, 
Saya akan mencuba serengkas mungkin membicara dan sekaligus menafsir 
perancangan dasar/policy planning membangun semula kehidupan dan penghayatan 
kesenian di Malaysia. Semenjak merdeka 1957, Malaysia giat sekali dalam usaha 
pembangunan ekonomi sebagai usaha tuntutan mengisi kemerdekaan. Muafakat 
siyasah memusat kepada perancangan pembangunan ekonomi Negara. Pimpinan politik 
Negara berpendapat bahwa dengan membangun perekonomian negara mertabat tanah 
air dan saksiyyah rakyatnya terjamin. Di awal tahun 70an sudah ada kesedaran 
bahwa muafakat politik membangun negara atau mengisi kemerdekaan dengan 
bersandarkan dimensi perekonomian semata mata sahaja tidak menjamin keamanan 
dan keutuhan Negara. 
Memperlengkapkan kejayaan pembangunan perekonomian agar negara berdaulat aman 
damai, dimensi nonekonomi/noneconomic dimension dalam filsafah, perumusan dan 
perancangan pembangunan negara mesti mengambil kira noneconomic factors ini. 
Tanpanya, Malaysia kan terus menerima kerugian yang merosakkan ekoran dari 
dasar pembangunan yang tempang dan salah kaprah. Rusuhan 13 Mei 1969 telah 
menyadarkan elit dan masyarakatnya untuk mencari jalan keluar dari penerusan 
dasar pembangunan ekonomi yang tempang dan bercirikan neo-economic feudalism. 
Dasar yang membazirkan ini mesti diberhentikan atau diubahsuaikan dan diganti 
dengan satu dasar gantian/alternative policy yang akan memberi keamanan, 
kesejahteraan dan bermanfa’at kepada majoriti rakyat. 
Secara urutan dasar/policy wise, perancang negara berhadapan dengan satu 
dilemma perumusan dasar/policy formulation dilemma. Yang manakah diantara 
banyaknya dimensi nonekonomi dalam pembangunan negara yang patut di utamakan? 
Akhirnya, pemerintah dan elit negara memilih perkara penghayatan jati diri dan 
rasa kebangsaan/national identity adalah yang paling di utamakan dan tidak 
boleh dipandang remeh dan tidak boleh di tangguh tangguhkankan lagi 
pelaksanaannya. Hasilan dari muafakat siyasah/political will, kerangka dasar 
gantian/alternative policy framework telah mulai dirumusteliti dan dimasukkan 
kedalam pelan induk Dasar Ekonomi Baru(DEB). 
Secara urutan program/program wise,para perancang negara berhadapan dengan dua 
cara program penghayatan jati diri dan citarasa kebangsaan: melalui pendekatan  
kesokanan (di Indonesia dipanggil olahraga)atau pendekatan kesenian. 
Kalau pendekatan kesokanan, oriantasinya kehadapan, dan sudah jelas kebaratan 
dan ongkos agenda bertindaknya begitu besar. Kesokanan tidak asli/native atau 
tidak dari sini. Wal hal pendekatan seni lebeh serasi dan jelas ketimurannya. 
Dan, ianya telah berakar rumbi, sebati dan bukan satu tempelan dari luar. 
Kesimpulannya, kerajaan membulat azam menerima pendekatan seni. Muafakat 
siyasah inilah yang kemudian mendukung pendanaan dalam perancangan induk 
raksasa membangun semula kesenian rakyat Malaysia. Seni Melayu di jadikan teras 
seni negara sambil itu memberi luang dan ruang kepada seni kaum lainnya. 
Alhamdulil Lah, kemakmuran(ekonomi)negara telah di gunakan sebaik baiknya dalam 
pendanaan rancangan induk raksasa ini. Peruntukan kesenian dalam DEB di gunakan 
untuk memajukan kesemua aspek penghidupan dan penghayatan kesenian kerawitan 
setempat/local traditional arts di Malaysia. Tahap demi tahap sasaran 
pelaksanaan DEB dalam bahagian kesenian di pertingkatan dan semakan 
dasar/policy review di ikutsertakan untuk menjamin kejayaan penterapan sasaran 
di lapangan. 
Saperti yang kita semua tahu bahwa keragaman seni kerawitan di Malaysia 
berpunca dari bermukimnya ratusan suku dari segala pelosok Wilayah Nusantara. 
Selain dari ni’at peribadi berhijrah, perantau ini menghayati kedinamikaan 
Nusantara itu sendiri yang bertunjangkan amalan merantau dan berdagang. 
Pendatang kemudian menjadi pemukim bermastautin tetap di Semenanjung Tanah 
Melayu. Ramai diantaranya datang dibekali dengan seni kerawitan masing masing 
memperkaya kesenian setempat. Secara politis, warga ini orang Melayu dan 
berugama Islam. Telah di terima dan ditakrif sebagai Melayu, dan telah menjadi 
warga asli bukan berstatus pendatang lagi. Mereka telah menjadi bumiputra 
walaupun berlain suku. 
Kemaraan kemodenan (baca kebaratan)dan pelaksanaan dasar adu domba penjajah 
British telah dapat mempengaruhi proses pengabaian keatas penghayatan seni 
kerawitan tempatan. Lama kelamaan kegersangan amalan berseni kerawitan cukup 
amat dirasai oleh masyarakat Semenanjung. Menyonsang arus pengabaian 
penghayatan seni kerawitan hanya mampu di usahakan dan dibangunkan secara 
tersusunrapi dan berkesan hanya selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. 
Sekarang, pimpinan politik dan masyarakatnya bersefakat bahwa penyuburan seni 
kerawitan perlu di gandingkan dalam pembangunan Negara. Kerna, saperti yang 
telah saya jelaskan diatas, jati diri boleh di perjelaskan lagi dengan 
kehadiran unsur unsur seni. Ingin saya pertegaskan di sini bahwa sanya ugama 
juga patut diberi pertimbangan yang sewajarnya dalam pembaikan syaksiyyah 
manusia dan warga. Selain itu, perancang telah dapat membedakan antara faktor 
kebaratan dan kemodenan dalam membina mengembang semula penghayatan
 dan kehidupan seni kerawitan Melayu. 
Titik tolak pertimbangan ini, yakni, kearah kejelasan jati diri Malaysia dalam 
berseni kerawitan itu lah yang melayari perkembangan seni Malaysia sekarang 
ini. Dukungan politis, yakni, dari galakan dan pendanaan dari pemerintah, 
memang yang membelakangi gerakan berseni kerawitan. Sambutan rakyat cukup 
tinggi dan meriah. Saya tidak menafikan ada juga tandingan yang kurang sehat 
dengan kehadiran seni moden barat. Dan, sambutan anak muda Malaysia dengan 
selera serbamoden ini juga cukup hebat. Ini memang tidak dapat dielakkan. 
Kehadiran kedua dua amalan berseni kerawitan dan ala moden barat nampaknya 
beriringan. Tetapi satu hakikat patut direnungi bersama. Dilapangan sudah 
terwujud daya saingan yang tidak sehat dan berat sebelah menindih seni 
kerawitan. Daya magnet budaya serbabarat cukup kuat bagaikan badai perosak. 
Tanpa dukungan dan perancangan tersusunrapi dari kerajaan, tandingan dari 
kesenian serbamoden ini boleh menetralkan atau mengalah kesenian
 kerawitan. Maknanya, tanpa campurtangan pemerintah atau dibiarkan kepada pasar 
hiburan yang hanya mementingkan laba kebendaan bukannya nilai kemasyarakatan, 
maka kemungkinan tertewas daya saingan seni kerawitan cukup mencemaskan. 
Yang penting dan saya bersetuju dengan satu pandangan bahwa betapa 
mahapentingnya pendanaan dari pemerintah untuk menyediakan tapak landasan 
penyuburan dan penghayatan seni kerawitan. Penyuburannya dan pengukuhannya 
mesti dimulai dari awal awal lagi. Tempat terbaik menyalur ialah di sekolah 
sekolah. Tapak awal ini mesti diadakan untuk pengenalan atau pendedahan awal 
kepada pelajar pelajar. Dari kolam inilah nanti acuan acuan berseni dapat di 
bentuk dengan lebeh berkesan. 
Samaada pedekatan kesokanan atau kaedah seni, Malaysia telah bersiap sedia 
dengan pendanaan yang cukup lumayan. Segala aspek pengurusan moden yang 
bersangkutan dengan pendekatan seni di perkira dengan teliti. Sikap atau 
perkiraaan bernatijahkan barangkali/chance tidak dibenarkan. Nilai dan budaya 
perancangan/culture of planning(personal or national) dijadikan batu asas 
merancang dan merumus dasar pendekatan seni. 
Sasaran utama perancang boleh dikatakan berbentuk serampang dua mata, kedua dua 
nya berkaitan dan dilakukan serentak. Tumpuan terawal ialah alam persekolahan 
dari SD sampai univeriti. Mengwujudkan ko-kurikulam seni musik, lagu, tari dan 
yang mata pelajaran yang bersangkutan. Membina tapak sumberdaya manusia dalam 
bidang seni. Ramai pelajar pelajar di hantar keluar negeri mengambil kesemua 
jurusan yang beroriantasi seni, dari hal kepengurusan, pengelolaan dan 
penyeliaan, pemasaran, pengeluaran dan perdagangan, mempelajari metode terkini 
dalam mempelajari seni termasuk bermain alat alat musik dan dllnya, juga 
dibidang akademik seni sehinga ke S3. Maktab Maktab Perguruan menyediakan 
kuliah kuliah seni. Sekolah atau perguruan tinggi menyediakan jurusan akademik 
dalam bidang seni. Sebelum ini, ko-kurikulum seni belum wujud atau tidak pernah 
di utamakan. Sekarang calun calun guru di Maktab Maktab dan di sekolah tinggi 
di wajibkan belajar mata kuliah seni musik
 dan tari kerawitan. 
Serentak dengan tumpuan awal keatas sistem persekolahan, pendanaan dan 
peruntukan kewangan ditujukan membangun praktis berseni atau menyuburkan 
kegiatan berseni di kalangan masyarakat. Disini, peranan kerajaan negeri cukup 
membantu. Pertubuhan pertubuhan nirlaba dan sanggar seni tari, lagu dan musik 
di kembangkan. Galakan dari pehak swasta tidak kalah hebatnya dari galakan 
resmi. Pertandingan pertandingan seni senantiasa ada dengan bantuan penuh dari 
media aliran perdana apatah lagi dari pemerintah. Kumpulan kumpulan musik dan 
tari bercambah. Yang cukup menarik sekali ialah belajar seni dengan membaca 
nota musik bagi sipemusik, nota tari bagi si penari dan mengenal nota musik 
bagi sipenyanyi. 
Projek pelaksanaan pendekatan seni di Malaysia juga melibatkan sumbangan yang 
tidak kurang pentingnya dari abang dan kakak dari Indonesia. Ramai ahli 
kesenian dari Indonesia di jemput sebagai tanaga professional mengajar dan 
melatih meramaikan lagi bakal pelajar dan peminat seni musik dan tari. Dalam 
konteks inilah mengapa Universiti Utara Malaysia menjemput dan didatangkan 
khusus Pak Yusaf Rahman. Lantaran kehadiran beliaulah maka seni talempong telah 
menjadi salah satu mata kuliah seni yang wajib pada setiap calun guru. Jasa 
beliau begitu besar sekali memodenkan pendekatan pengajaran talempong siap 
dengan nota musiknya. Alat talempong telah menjadi sebahagian dari Simponi 
Orkestra di universiti tersebut. Gerakan seni Cak lempong di yang kini populer 
di Negri Sembilan dan di Semenanjung boleh di katakan dari usaha professional 
Pak Yusaf Rahman jua. 
Ramai pelajar pelajar Malaysia telah dan akan terus di hantar ke universiti dan 
akedemni seni di Indonesia. Ramai diantaranya telah pulang dan memberi khidmat 
bakti memperkayakan lagi seni kerawitan Malaysia. Malaysia tetapn mengenang 
khidmat bakti dan jasa Indonesia dengan kehadiran ahli ahli dan pelatih seni 
ini. Kehadiran mereka mereka ini sesungguhnya telah membantu menjayakan projek 
pendekat seni tersebut. 
Sayugianya di sebut disini bahwa Saudara Anwar Ibrahim tiada hentinya 
memberitahu rakyat di kedua pehak akan sumbangan, khidmat bakti dan jasa dari 
jiran tetangga Malaysia ini. Beliau selalu mengingati pimpinan Malaysia agar 
menjaga jalinan siraturrahim dan jalinan mesra kejiranan dalam konteks hubungan 
duahala Malaysia-Indonesia. Rakyat Malaysia masih ingat dan menjunjung tinggi 
bantuan keakraban persaudaraan yang dihulurkan oleh masyarakat dan Negara 
Indonesia di tahun 60an dan juga 70an dimana mendaulatkan penggunaan Bahasa 
Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam sistem 
pendidikan persekolahan dan univeristi.  Dimana, ketika itu, penggunaan Bahasa 
Melayu sebagai bahasa pengantar ilmiyyah di sistem pendidikan begitu lemah. 
Dengan bantuan tenaga pengajar dan instruktur ilmiyyah dari Indonesia maka 
telah berjaya meletakkan sistem pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai 
Bahasa pengantar ilmiyyah di puncak persada
 pendidikan nasional. Khutub khanah telah di penuhi dengan buku buku terbitan 
Indoneisa. 
Ada satu perkara yang ingin saya nukilkan untuk pemahaman bersama. Gerakan 
panggung bangsawan telah bermula sebelum Semenanjung di jajah Jepun. Ramai dari 
penggerak dan pelakun panggung bangsawan datang anak Melayu yang berketurunan 
dari Seberang. Penglibatan seniman dari Seberang juga adalah diantara penyebab 
menjayakan seni panggung bangsawan. Selepas penjajahan militer Jepun, ramai 
dari mereka ini berhijrah ke Singapura. Saudagar filem dari Hong Kong, Runme 
Shaw telah melabur wangnya membuka studio perfileman di Pulau tersebut. Wang 
modalnya dari Cina Hong Kong membiayai bisnis perfileman untuk hiburan orang 
Melayu. Apabila Singapura merdeka, maka timbul isu siapa yang memegang hakcipta 
terpelihara/copy rights keatas filem filem terbitan Studio Filem jalan Ampas, 
Singapura. Pemerintah Malaysia terpaksa menerima kenyataan bahwa Runme Shaw lah 
yang mememang haknya. Cuba bayangkan saorang asing memegang hakcipta filem 
Melayu yang di hasilkan oleh
 pengarah filem anak tempatan. Untuk mendapatkan semula pemulangan hakcipta 
keatas filem filem dan termasuk hakcipta lagu dan sebagainya kepangkuan 
masyarakat Melayu, kerajaan Malaysia terpaksa berunding dengan Runme Shaw. 
Tukarannya cukup mahal. Akhirnya, Malaysia dapat hakcipta dan Runme Shaw dapat 
jaminan hakmilik kesemua panggung wayang kepunyaian beliau di Semenanjung dan 
diidzinkan penerusan hak perdagangan nya menayang filem keluaranya di Hong 
Kong. 
Sekarang hasil seni filem dan lagu Almarhum P. Ramlee dan yang lainnya adalah 
kepunyaan hakmilik bersama orang Melayu. Boleh lah kami dan anak cucu meni’mati 
hasil seni anak bangsanya. Episod ini telah memberi satu i’tibar yang cukup 
mahal nilainya kepada masyarakat dan pemimpin negara. 
Dengan bersenjatakan alat peralatan moden, kita kini mampu perkayakan seni 
kerawitan tanah air. Kalau dahulu peralatan moden(baca barat) telah membawa 
perubahan yang kurang enak kita untuk kita terus menikmati, kini senjata yang 
sama bisa di ketengahkan untuk maksuq murni kami.       
________________________________________________________________         Bung 
Nofrins trims responnya terhadap pernyataan saya dan teman budayawan ylainnya 
yg dimuat di Kompas.com. Ada banyak masalah yg memang harus kita selesaikan 
dalam kehidupan seni budaya kita. Persoalan pertama adalah soal persepsi kita 
thdp seni budaya yg pemahamannya menurut saya campur aduk. Kalau kita bicara 
seni budaya tradisi, ini adalah media yg penting dalm sistem sosial masyarakat. 
Ini menyangkut dengn sistem nilai dan melekat dng struktur sosial masyarakat 
pendukungnya. Kalau kita mau mengembangkannya, ini tidak bisa dilakukan dgn 
pendekatan pragmatisme pasar atau kekuasaan. Ia memilik sistem dan mekanisme 
tersendiri, yang menjadi acuan bersma masyarakat pendukungnya. Seni budaya 
tradisi seperti ini antar lain bertungsi sbg media pendidikan budaya, media 
mengembangkan solidaritas dan silaturahmi diantar masyarakat pendukung, di 
samping tetap memiliki aspek
 hiburannya.
Sedangkan kalau kita bicara soal sanggar atau seniman, spt sanggar syofyani dll 
serta eli kasim, ini kan produk dr masyarakat urban, dan bisa dikelola dng 
pendekatan pragmatisme. Artinya bisa disesuaikan dgn kebutuhan pasar. Mgkn grup 
saya "Talag Buni" mencoba mengisu ruang yang lain, yakni mencoba menafsirkan 
kembali prinsip musikal yg ada dlm musik tradisi Minang, dgn kesadaran tidak 
tergelincir mjd musik pop yg menjamur skrg ini. Menurut pengetahuan dan riset 
saya dan teman2 di talago buni, ada banyak perbedaan yg prinsipil atr musik pop 
yg bersunber dr Barat dng musik tradisi yg ada dalam budaya Minang. Misalnya 
soal sistem harmoni dan tangga nada. Terus terang grup musik spt talago tidak 
bgt laku dalam masyarakat kita yg sudah dilanda budaya pop ini. Grup spt 
ini   daya hidup dan pendanaanya didukung lembaga2 festival baik yg ada di 
dalam maupun luar negeri, cukup banyak grup yg spt ini di Indoesia, yg 
dikategorikan sbg nusik kontemporer berbasis
 budaya etnik, atau sering juga disebut world musik. Ketiga pengelompokan ini 
memiliki petsoalan yg berbeda, dan masalah yg paling krusial adalah di kelompok 
seni budaya tradisi. 
Dari pengalaman 30 tahun berkecimpung dlm budaya tradisi Minang pendakatn yg 
mungkin kit kembangkan adalah pendekatan kultural. Itu kenapa salah satu 
pernyataan saya di kompas saya menganggap penting mendorong¤unculnya kantong2 
seni budaya tradisi. Saya telah mencoba beberapa kali mendorong tumbuhnya 
kantong2 budaya tradisi ini dng menggunakan pendekatan Alek Nagari, ternyata 
bisa jalan dng dukungan semangat dr masyarakat. 
Nah kantong2 seni budaya tradisi inilah yg mungkin perlu kita support, dan 
berharap pemerintah daerah bisa melihat hal ini sebagai sebuah alternaif. Dan 
jika kantong2 ini bisa tumbuh agak 10 buah saja di Sumbar, mgkin para perantau 
yg pulang kampung  jg punya pihan lain menghayati budaya di tingkat akar 
rumput, krn atmosfirnya pasti berbeda jika dihayati di hotel atau gedung 
pertunjukan. "Sakali2 kaki dunsanak di rantau baluluak atau kanai angin malam 
di  kaki gunuang marapi, untuk mancaliak budaya. Minang, mungkin lain pulo 
seronyo"". Salam Edy Utama
Powered by Telkomsel BlackBerry®

-----Original Message-----
From: "Y. Napilus" <ynapi...@yahoo.com>

Assalamualaikum ww
Adi Dunsanak,
Saya ikut mendukung pernyataan para budayawan ini. Kalau hanya dilepas 
sepenuhnya ke Masyarakat, tidak mungkin seni budaya ini bisa bertahan apalagi 
berkembang. Dalam hal ini, peran Pemerintah dituntut untuk membantu mendorong 
mereka bertahan dan bertumbuh kembang dg fasilitas yang memadai. Apalagi Seni 
Tradisi, kita tahu semua siapa yg punya keahlian ini dan bagaimana kondisi 
ekonomi mereka...
Adanya Taman Budaya sih sudah bagus. Tapi itu lebih buat orang sekelas Edi 
Utama, Sofyani, Elly Kasim dan bbrp, yg telah mampu menghidupi Group nya. 
Walaupun tidak mudah dan harus total. Tetapi bgmn dg group-group kecil seni 
tradisi masyarakat lainnya? Gak mungkin tanggungjawab tsb diserahkan semua dan 
gak mungkin semua seni tradisi tsb dibebankan ke Edi Utama, Sofyani, Elly Kasim 
saja. 
Contoh yang cukup baik sebetulnya ada di Bukittinggi. Tapi baru satu itu 
doang...! Yaitu Tempat pertunjukkan Kesenian di Gedung Medan Nan Bapaneh, 
dibawah Jam Gadang, sebelah Hotel Jogja. Disubsidi sedikit oleh Pemko. Tiap 
malam dulu selalu ada penampilan Kesenian disana. Setiap malam, selalu group 
yang tampil bergantian, agar kebagian juga yg lain. Mulai dari Pasambahan 
sampai Tarian diatas kaca, dll. Cukup mewakili sebagian kesenian tradisi 
Minang. Setiap saya mampir kesana ngajak kawan2 fotografer yg berbeda, selalu 
mereka sangat senang sekali. Sehingga setiap ke Bukittinggi sudah ada aktifitas 
untuk malam hari yang berbobot dan menarik utk dinikmati. 
Kalau kita menginap di Padang...? Tak satupun tempat yang berani menyajikan 
kesenian tradisional ini. Kenapa Pemerintah tidak mengeluarkan regulasi agar 
Hotel2 berbintang bersedia menampilkan kesenian kita...? Minimal sekali 
seminggu. Maaf buat kawan2 PHRI. Anda tinggal tambahin aja ke harga kamar 
nanti. Tapi harus bersama-sama melakukannya. Ini akan menambah nilai jual Hotel 
juga. Malu dong kita, kalau tamu-tamu datang ke Ranah Minang lalu disuguhkan 
ORGAN TUNGGAL...! Seronok pula lagi. Seolah-olah kita gak punya budaya lokal 
yang bisa dibanggakan...
Kita beraharap, hal-hal seperti ini juga dikembangkan di kota-kota lainnya. Dan 
pasti bukan Edi Utama atau Sofyani yang harus membuat fasilitas dan mensubsidi 
ini... Jadi siapa dong...? Kalau begitu apakah masyarakat bisa dikatakan 
bersalah tidak mengapresiasi seni budaya sendiri..? Kalau untuk bertahan hidup 
aja sudah susah, bgmn mereka bisa menampilkan seni budaya tsb? Udah basi lah 
kalau alasannya gak ada dana. Kenapa dana tsb tidak direncanakan dan 
diajukan...? Kalau memang mau serius... 
Sekarang coba kita tanya saudara-saudara sedarah kita di Malaysia. Dunsanak 
kandung kita di Malaysia. Siapa yang mempromotori dan memfasilitasi seni budaya 
disana? Apakah hanya masyarakat saja atau dukungan kuat berupa fasilitas dari 
Pemerintah...? Mohon kita tidak terjebak dg diskusi soal paten mematen. Tolong 
lihat esensi diskusi kita ini. Krn cukup banyak dunsanak kita dari Malaysia 
yang ada di milis ini dan di west-sumatra.com yang membantu secara intensif 
promosi Pariwisata Ranah Minang. Justru kita perlu bantuan dunsanak-dunsanak 
kita yang telah bergabung dg kita ini utk mengangkat citra Ranah kita. 
Skl lg, mohon maaf sebelumnya. Ini pendapat pribadi saya yang hanya melihat 
dari luar arena saja. Saya yakin banyak masalah internal yang jauh lebih besar 
dari ini yg harus diselesaikan, mungkin... Belum isu Mentawai lagi...:) Maklum, 
penonton selalu merasa lebih tahu dari pemain. Terima kasih.
Wassalam,Nofrinswww.blakitan.west-sumatra.com (foto2 karya Sekretaris 
MENRISTEK, Prof.DR.Ir. Benyamin Lakitan, MSc., asli dr Sum-Sel)

--- On Fri, 8/28/09, Nofend St. Mudo <nof...@rantaunet.org> wrote:


--- On Sat, 8/29/09, Y. Napilus <ynapi...@yahoo.com> wrote:


 


      
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
.
Posting yg berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan ditempat 
lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet 
http://groups.google.com/group/RantauNet/~
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
- DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. One Liner.
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi pada setiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama 
===========================================================
Berhenti, kirim email kosong ke: rantaunet-unsubscr...@googlegroups.com 
Untuk melakukan konfigurasi keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke