1609-1636
///di potong 

Tuhan seru alam sekalian dalam takhta kerajaan Aceh, Dar al-Salam, iaitu raja
yang netiasa mengucap puji-pujian akan Tuhan seru alam sekalian daripada
dilimpahkannya kelimpahan karunianya pada menyerahkan negeri daripada pihak
masyrak seperti Lubok dan Pedir dan Samarlanga dan Pasangan dan Pasai dan Perlak
dan Basitang dan Tamiyang dan Deli dan Asahan dan Tanjung dan Pani dan Rokan dan
Batu Sawar dan segala negeri yang takluk ke Batu Sawar dan Perak dan Pahang dan
Inderagiri, maka daripada pihak maghrib seperti negeri Calang dan Daya dan 
Barus 
dan
Pasaman dan Tiku dan Priaman dan Salida dan Inderapura dan Bengkulu dan Salibar 
dan
Palembang dan Jambi; datang kepada raja yang di negeri Inggeris yang bernama 
Raja
Yakub, yang mengampukan negeri Britani dan negeri Fransi dan negeri Irlandia.
Dikekalkan Tuhan seru alam sekalian jua kiranya kerajaannya, dan ditolonginya 
jua
kiranya ia daripada segala seterunya.

Setelah itu barang tahu kiranya raja bahawa hamba terlalu sukacita menengar 
bunyi
surat yang disuruh raja persembahkan kepada hamba itu. Maka ada tersebut 
dalamnya
bahawa raja mohonkan barang dapat orang Inggeris beniaga dalam negeri Tiku dan
Priaman, dan barang dapat orang itu duduk beniaga di sana, seperti pada zaman 
Paduka
Marhum Said al-Mukammal itu. Maka titah hamba bahawa orang Inggeris yang seperti
dikehendaki raja itu tiada dapat kita beri beniaga di negeri Tiku dan Priaman, 
dan tiada
dapat duduk beniaga di sana, kerana negeri itu negeri dusun, lagi jauh daripada 
kita.
Jika dianiaya orang Tiku atau orang Priaman akan orang itu, niscaya keji bunyi 
kita
kepada Raja Yakub itu. Dengan anugeraha Tuhan seru alam sekalian, jika hendak 
orang
Inggeris yang hamba pada raja itu beniaga, maka beniagalah ia dalam negeri 
Aceh; 
dan
jika ia hendak mengantarkan peturnya beniaga, dalam negeri Aceh dihantarkannya;
supaya barang siapa berbuat aniaya ke atasnya segera kita pereksai, dan kita 
hukumkan
dengan hukuman yang adil, daripada bahawa ia hamba pada raja yang 
berkirim-kirimkan
surat dengan kita itu. Disejahterakan Tuhan seru alam jua kiranya Raja Yakub 
dalam
tahta kerajaan Inggeris itu selama-lamanya.
Adapun surat ini disurat dalam negeri Aceh pada bilangan Islam seribu dua puluh
empat tahun.

// di potong

detail ada disini
http://www.scribd.com/doc/20926724/Royal-Letters-from-Aceh-in-the-17th-Century-Malay-Sumatra-British

 
Wassalam 
ZK

-- 
.
Posting yang berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan di tempat 
lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet 
http://groups.google.com/group/RantauNet/~
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
- DILARANG:
  1. E-mail besar dari 200KB;
  2. E-mail attachment, tawarkan di sini dan kirim melalui jalur pribadi; 
  3. One Liner.
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur dan Lokasi pada setiap posting
- Hapus footer dan seluruh bagian tidak perlu dalam melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat e-mail baru, tidak me-reply e-mail lama dan 
mengganti subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali serta ingin mengubah konfigurasi/setting-an 
keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe.

Kirim email ke