...sentimentil urang malaysia terhadap indonesia....

http://www.harianmalaysia.my/wawancara/selamat-datang-ke-malaysia-wilayah-ke-34-indonesia/

Selamat datang ke Malaysia, wilayah ke-34 Indonesia


Oleh MARIAM MOKHTAR
SEKIRANYA ‘Projek N’ Perdana Menteri yang merupakan sambungan kepada projek 
bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad ‘Projek M’ dilaksanakan, 
Lembaga Pelancongan Malaysia tidak perlu menggunakan sloganya yang tidak 
berguna  ‘Malaysia, Truly Asia’ lagi.
Sebaliknya ia perlu menggunakan ‘Malaysia, Truly Indonesia’.
Dengan pelbagai dakwaan bahawa tiga juta rakyat Indonesia telah menjadi warga 
Malaysia dengan hak bumiputra sepenuhnya, mungkin Malaysia, kecuali Sabah, 
tidak lama lagi akan dikenali sebagai wilayah ke-34 Indonesia.
Tidak akan ada persengkataan bersenjata untuk mendapat hak wilayah. Kita akan 
mengaku kalah, seperti mana lambaian yang mengalir menyebarangi Sungai Imjin.
Dari tahun 1999, Indonesia mewujuskan sembilan lagi wilayah: Aceh diperintah 
oleh Undang-Undang Syariah, merupakan satu daripada lima wilayah yang menerima 
status istimewa.
Mungkin, wilayah ke-34 Indonesia ini akan juga menerima status istimewa kerana 
Malaysia yang dulunya sebuah negara merdeka, secara sukarela menerima warga 
Indonesia ketika ia menafikan hak rakyatnya, yang akhirnya dipaksa untuk 
berhijrah.
Sekiranya itu berlaku, ia adalah UMNO yang harus dipertanggungjawabkan 
menyediakan asas ‘Indonesia’ untuk memenuhi kehendak mereka.
Mungkin pemimpin UMNO melihat Melayu Malaysia tidak berguna. Pekerja asing 
Indonesia yang kuat berkerja, sama ada yang sah atau tidak, telah diberikan 
anugerah kepada sumbangannya kepada ekonomi dengan status penduduk tetap dan 
kerakyatan Malaysia.
Bagaimanapun, pemimpin UMNO telah mengenepikan tindakbalas menipu rakyat biasa 
Malaysia.
Yang kehilangannya segalanya sebenarnya ialah Melayu Malaysia. Selama berabad, 
mereka telah diberi hadiah oleh UMNO tanpa menilai kerja kuat dan menghormati 
diri sendiri.
Pemimpin UMNO mendapati bahawa warga Indonesia lebih berbaloi diberi perhatian. 
Jejak ‘Identiti Melayu’ akan dihapuskan dan pejuang Ketuanan Melayu tidak 
ada apa yang hendak diperjuangkan.
Bagi Melayu Malaysia ‘tulen’ kini hak Bumiputra terpaksa dikongsi dengan 
jumlah ‘Bumiputra Tidak Tulen dan Tulen’ yang lebih ramai dan kedudukan 
pegawai awam di dalam kerajaan juga akan menyaksikan perebutan yang sengit 
kerana terlalu ramai  ‘Bumiputra Tidak Tulen’.
Mengapa MCA dan MIC berdiam diri dalam hal ini?  Dakwaan tiga juta warga 
Indonesia (dan 1.75 juta warga Filipina di Sabah), jumlah ini mengalahkan 1.9 
juta penduduk India Malaysia, yang kebanyakannya tidak mempunyai kad pengenalan 
biru sejak lahir walaupun mereka merupakan generasi ketiga India Malaysia.
Warga Indonesia meninggalkan zon selesa mereka dan berhijrah beribu kilometer 
untuk mencari sesuap nasi. Mereka meninggalkan keluarga dan isteri 
bertahun-tahun untuk bekerja bagi mendapatkan rezeki.
Disebalik kesusahan dan peminggiran, ramai yang telah berjaya, sehingga seorang 
daripadanya dijadikan Menteri Besar. Kalau ada sesiapa yang sangsi etika kerja 
warga Indonesia, kita hanya perlu memerhatikan keluarga  yang mempunyai 
pembantu rumah. Gerai-gerai makan tidak akan beroperasi sekiranya tanpa pekerja 
Indonesia melayan kita.
Dikedai atau di pasar, warga Indonesia kini menguasainya. Tapak pembinaan, 
kilang, ladang dan stesen minyak mempunyai warga Indonesia sebagai mandor 
mereka. Apa akan terjadi tanpa mereka? Kita terlalu bangga untuk mengisi 
pekerjaan tersebut yang kita anggap tidak layak untuk kita. Tetapi kita juga 
melayan warga Indonesia dengan tidak baik.
Rakyat Malaysia dan barat yang tinggal di Indonesia berkata, tidak banyak kes 
dalam soal agama di Indonesia,  yang mempunyai penduduk 238 juta orang. Benar, 
terdapat kes ektrimist tetapi setiap negara mempunyai masalah tersebut.
Walaupun warga Indonesia merupakan rakyat yang setia, mereka melihat diri 
mereka Indonesia pertama, sebelum melihat diri dari sudut keturunan, agama dan 
identiti etnik. Warga Indonesia dan medianya, tidak jumud terhadap soal 
keturunan seperti kita.
Setiap hari,  orang Islam Indonesia akan duduk dan menikmati kopi di kedai 
tidak halal, sementara rakan bukan Islam minum beer. Orang Islam Indonesia 
tidak berbalah apabila daging babi ataupun barang tidak halal dijual di kedai. 
Orang Islam biasanya diambil bekerja di kedai yang menjual babi ataupun alkohol.
Seorang kawan yang membuat pemerhatian terhadap penduduk Islam Malaysia yang 
akan menggunakan plastik sebagai alas untuk mengangkat tin daging babi dan 
membuang  plastik itu kemudian. Kanak-kanak Islam dilarang memiliki tabung 
berbentuk ‘binatang babi’  ataupun  anak patung Miss Piggy.
Tetapi setengah orang Islam mengakui apabila mereka pergi ke Eropah, Amerika 
Syarikat dan Australia, mereka tidak pernah merungut membeli barang di kedai 
yang menjual barang halal dan tidak halal sebelah menyebelah. Adakah orang 
Islam Malaysia/Melayu hipokrasi atau budaya yang telah ditanamkan oleh 
pemimpin-pemimpin Melayu dan agama untuk mengawal kita.
Keadaan semakin buruk di Malaysia, Banyak orang Islam homoseksual tinggal 
dengan kekasih mereka yang merupakan warga Indonesia yang  liberal.
Semasa pemerintahannya, Mahathir menyedari bahawa satu-satu cara untuk beliau 
dan kuncu-kuncunya memerintah negara ini ialah untuk mengubah demografi Sabah 
dan sekaligus pengundi berdaftar di negara ini.
Bimbang kalah dalam pilihan raya, Mahathir mengetaui pojek yang dikenali 
sebagai ‘Projek M’, yang juga dikenali sebagai ‘Projek IC’, pada awal 
tahun 1990 di mana beratus-ratus pendatang tidak sah warga Filipina menjadi 
warganegara.
BN mengubah isu-isu sosial untuk menyebelahi mereka, dengan pengundi hantu, 
untuk memastikan kemenagan. Pemimpin UMNO masih lagi tidak bimbang dengan 
pendatang tidak sah.
Peliknya, apabila projek Iskandar Malaysia bernilai RM17.7 bilion dilancarkan 
pada tahun 2006, Mahathir marah.
Katanya: “Selepas tanah dijual, orang Melayu akan dihalau keluar dan tinggal 
di pinggir hutan ataupun di dalam hutan itu sendiri. Akhirnya, kawasan Iskandar 
Malaysia akan dipenuhi dengan warga Singapura dan yang hanya mempunyai 15 
peratus penduduk Melayuâ€.
Najib dalam pemikirannya, dia melakukan perkara  yang betul dengan memberikan 
kerakyatan kepada pendatang Indonesia.
Bagaimanapun, dia lupa bahawa ramai warga Indonesia mempunyai pengalaman rejim 
diktaktor Suharto. Mereka akan mengingati bagaimana masyarakat dan ekonomi 
Indonesia dirompak pada tahun 1990-an. Mereka akan mengingati bahawa Suharto 
memenuhkan Parlimen dan Kabinet dengan ahli keluarga dan kroni.
Ini menyebabkan ramai ahli politik dan generasi muda, terutama pelajar, 
mengadakan demonstrasi di seluruh negara menentang kronisma dan rasuah serta 
pemerintah kejam.
Siapa tahu? warga baru Indonesia yang Najib wujudkan akan mengetuai gerakan 
untuk reformasi, seperti mana mereka lakukan di Indonesia tidak lama dulu.
*Rencana ini dipetik dari Malaysiakini.

wassalam,
yansen/38/lk/kajang

>________________________________
>Dari: sjamsir_sjarif <hamboc...@yahoo.com>
>Kepada: rantaunet@googlegroups.com
>Dikirim: Kamis, 22 September 2011 13:01
>Judul: Re: [R@ntau-Net] Mengharmonisasi Hubungan Malaysia – Indonesia
>
>Atau tangguang-tangguan lai, caliak lo Siti Nurhaliza babaju kuruang bakuluak 
>tanduak si Gadih Minang:
>http://www.youtube.com/watch?v=FISpT3viG0U&feature=related
>-- MakNgah
>--- In rantau...@yahoogroups.com, "sjamsir_sjarif" <hambociek@...> wrote:
>>
>> Mungkin ka rancak pulo kok dibawonyo Datuk Siti Nurhaliza (walaupun kini 
>> alah agak baumua) ka Bukittinggi untuak malagukan lagu-lagu dan tarian 
>> lamonyo nan rancak isi liriknyo.
>> 
>> http://www.youtube.com/watch?v=-wyh032tMyQ&feature=related
>> http://www.youtube.com/watch?v=2JvLO_uIe9E
>> 
>
>
>
>

-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet 
http://groups.google.com/group/RantauNet/~
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
- DILARANG:
  1. E-mail besar dari 200KB;
  2. E-mail attachment, tawarkan di sini & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. One Liner.
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://forum.rantaunet.org/showthread.php?tid=1
- Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/

Kirim email ke