Assalamu'alaikum Wr.Wb,
*****************************
"Apa makna Tasawuf "
******************************
Ramai orang membicarakan
yakni cuba mentelaahkan " apa makna tasawuf ".
Didalam kajian tasawuf ilmu mengenal diri yang
dipandukan Ilham kitaballah Kitabal Akhbar,
dikhabarkan iaitu, makna 'tasawuf' ialah 'orang
yang mengenal diri'.
Kenapa sedemikian? jika
dirujuk akan firman Allah SWT didalam Al-Quran,
iaitu:
Wahai umat
manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu
Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari
Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada
kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk
keselamatan, serta membawa rahmat bagi
orang-orang yang beriman. (Q.S.10:57)
Didalam firman tersebut memberitahu akan
'penyakit2 batin yang ada didalam dada kamu '.
Ini jelas bagi kefahaman kita semua
sesungguhnya, hal itu ditujukan pada setiap
manusia. Manakala bila dikhususkan bagi ummat
islam, ianya akan lebih dipersoalkan dengan ,
kenapakah penyakit tersebut boleh terjadi.
Walhal telah diturunkan Al-Quran yang menjadi
nasihat pengajaran dari Tuhan, dan yang menjadi
penawar bagi gejala penyakit batin pada diri
manusia.
Sedangkan rata2 ummat islam berpandukan dengan
kitab Al-Quran sebagai sumber rujukkan. Malahan
terdapat Kitab2 Hadiths juga. Tidakkah ummat2
islam memperolehi ' penawarnya'? sebagaimana
yang telah dijanjikan Allah bagi ummat manusia?
Untuk mengintai akan jawabannya, perlulah
diselidiki didalam diri manusia itu sendiri.
Setelah diambilnya Kitab Al-Quran dan Kitab
Hadiths sebagai panduan, hal2 yang sering
dilupakan manusia adalah, kerana tidak mahu
mencari kefahaman pada diri masing2. Lantas
inilah suatu hal yang amat merugikan, khususnya
bagi ummat islam itu sendiri.
Jadinya, kata khabar dari Ilham Kitaballah
Kitabal Akhbar iaitu; makna Tasawuf iailah;
'orang yang mengenal diri ' sangat2lah menepati
akan penjelasan2 apa jua yang telah difirmankan
Allah didalam Al-Quran. Coba renungkan sebentar
akan kata2 khabar berikut;
12.2.1968
...aku mahu tengok kuatnya
siAdam, kuatnya siSyaitan didalam ! dunia
ini. Kekuatan saudara , kekuatan fiqehkah,
kekuatan tasawuf. Kekuatan tasawuf ,ilmu
mengenal diri. Saudara akan beruntung besar.
Kalau mengikut jalan saya ini. Kalau saudara2
mahu dengar saya punya cakap.....
Wassalam.
*********************************