RAHASIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan sangat khusyuk
sholatnya. Namun, dia selalu khawatir kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk
memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam
dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya Tuan sholat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu zahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota
wudhu dengan air. Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku
bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah
kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku
seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirothol Mustaqim' dan aku menganggap
bahawa sholatku kali ini adalah sholat terakhirku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam sholat kupahami maknanya, kemudian aku ruku' dan
sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang
kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
---------------------------------
Get the free Yahoo! toolbar and rest assured with the added security of spyware
protection.