*Mau'izhatul Mu'minin min IHYA' ULUMIDDIN
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) ...*
**
*
*  Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.
*

*---------------------------------------------------------------*
**
**
*Kesepuluh*: Dalam adab-adab bersetubuh. Sunnat dimulakan dengan
perbualan-perbualan manis dan bercumbu-cumbun, manakala suami menutup
kapalanya dan suaranya direndahkan seolah-olah, dia sedang berbisik-bisik.
Apabila telah memuncak keinginannya, hendaklah ia menunggu seketika sehingga
isteri pula datang nafsunya. Hendaklah suami jangan mendatangi isteri
sewaktu haidh bahkan hendaklah ia menunggu seketika sehingga ia bersih dari
haidh, tetapi bolehlah ia bersenang-senang dengan seluruh tubuh badannya,
melainkan bersetubuh saja yang dilarang.



Janganlah pula ia cuba mendatangi isteri yang dalam haidh itu pada jalan
lain yang telah ditentukan. Perbuatan yang demikian itu adalah ditegah
dengan keras, kerana dikhuatiri akan berlaku sesuatu bahaya atau penyakit.
Ketahuilah bahawa bahaya dan penyakit itu sentiasa ada, sebab itu ia menjadi
lebih keras haramnya daripada bersetubuh dengan isteri yang sedang haidh.
Allah telah berfirman:



*"Hendaklah kamu mendatangi ladangmu (isterimu) sebagaimana yang kamu
ingini."*
                                   (al-Baqarah: 223)



Maksud dari ayat sebagaimana yang kamu ingin ialah pada bila-bila masa yang
kamu merasa berkeinginan.



Sewaktu isteri masih dalam haidh, tiada tegahan bagi suami untuk beristimna'
(mengusahakan keluarnya air mani) dengan membiarkan tangan isteri
bermain-main pada seluruh tubuh badan suami, begitu pula boleh juga suami
meraba-raba bahagian-bahagian yang di dalam kain isteri sehingga naik
syahwatnya, hanya yang dilarang ialah bersetubuh saja. Malah tiada larangan
seseorang suami mengajak isteri yang dalam haidh makan bersama-sama
dengannya, atau baring bersama-sama, atau melakukan perbuatan-perbuatan yang
seumpama itu.



Di antara adab-adab bersetubuh lagi, janganlah ia ber'azal (menumpahkan air
mani di luar kemaluan wanita), sebab tidak ada suatu yang bernyawa yang
telah ditakdirkan Allah wujudnya melainkan ia tetap akan wujud bagaimana
sekalipun diusahakan untuk mengelakkannya.



Mengenai perbuatan 'azal itu, ada berbagai-bagai pendapat ulama. Ada yang
mengharuskan, dan ada pula yang menghalalkan dengan syarat keredhaan isteri.
Jika isteri tidak redha maka dihukumkan haram supaya isteri tidak teraniaya.
Tetapi pendapat yang betul ialah pendapat yang pertama, iaitu harus
hukumnya.



Tersebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim sebuah Hadis dari Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. katanya; *Kita pernah melakukan 'azal
dalam zaman Rasulullah s.a.w. padahal al-Quran masih turun ke atas baginda.
Dengan lafaz yang lain: Kita pernah melakukan 'azal, maka berrita itu telah
sampai ke pengetahuan Nabi Allah s.a.w tetapi baginda tiada melarang kami.*



Barangkali faedah melakukan 'azal' ini kerana hendak memelihar kecantikan
isteri dan kesihatannya supaya sering dapat bersenang-senang dengannya.
Ataupun untuk mengekalkan perkongsian hidup dengannya supaya terjatuh dari
bahaya talaq. Ataupun kerana sebab-sebab yang lain, seperti tidak suka
banyak anak sehingga menyebabkan kesukaran untuk mencari nafkah, atau untuk
memelihara diri dari keperluan bekerja terus-menerus untuk mencari kelebihan
rezekir, dan melakukan kerja-kerja yan tak baik atau lain-lain lagi. Sebab
kurangnya kesukaran dalam kehidupan akan menolong kepada menegakkan agama.



Kesebelas: Dalam adab-adab melahirkan anak, ada lima perkara:



(1)                Jangan sampai terlalu gembira bila menerima anak lelaki,
atau terlalu dukacita bila mendapat anak perempuan, kerana dia tidak
mengetahui di mana letaknya tuah di antara keduanya. Betapa banyaknya orang
yang dianugerahi anak lelaki merasa kesal di kemudian hari, dan bercit-cita
kalaulah anak itu tiada dilahirkan sama sekali. Yang lain pula mengharapkan
anak itu, kalau boleh menjadi perempuan saja. Bahkan pada menerima anak
perempuan itu, ada kalanya lebih besar pahalanya.



Berkata Anas meriwayatkan Hadis dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:
Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, ataupun dua orang
saudara perempuan, lalu ia membuat baik kepada keduanya selama ia
berdampingan dengan mereka, nanti kelak di dalam syurga saya dan dia seperti
dua jari ini.



(2)                Hendaklah diazankan di telinga bayi sebaik-baik saja ia
lahir dari perut ibunya.



(3)                Hendaklah bayi itu dinamakan dengan nama yang baik.
Sesiapa yang telah diberikan nama yang tak baik, sunnat diubah nama itu
dengan yang lain.



(4)                Sunnat dibuatkan aqiqah iaitu menyembelih dua ekor
kambing bagi anak lelaki atau seekor bagi anak perempuan. Kemudian sunnat
pula disedekahkan emas atau perak seberat rambutnya yang dipotong pada hari
ketujuh.



(5)                Hendaklah diamanahkan ke dalam mulutnya dengan sebutir
kurma atau lain-lain manisan, kerana yang demikian itu dari amalan
Rasulullah s.a.w



Kedua belas: Dalam perkara talaq yang mana is merupakan perkara harus yang
amat dibenci di sisi Allah Ta'ala. Talaq itu dihukumkan harus, apabila ia
tiada disertai dengan penganiyaan dengan jalan yang salah. Namun demikian
apabila seseorang telah mentalaq isterinya, maka tentulah ia telah menyakiti
hatinya, sedangkan menganiaya atau menyakiti orang lain tiada dibenarkan
oleh agama melainkan jika berlaku kesalahan dari pihak isteri, ataupun
timbulnya suatu dharurat dari pihak lelaki. Allah telah berfirman:



*"Jika isteri-isteri itu mentaati kamu, janganlah kamu mencari-cari jalan
untuk menganiayai mereka." (an-Nisa': 34)*



Yakni, maksud janganlah pula kamu mencari jalan untuk mentalaqkan mere itu.
Tetapi jika ayah si suami tiada senang dengan isteri anaknya, bukan kerana
sesuatu sebab yang tak baik, maka hendaklah is mentalaqkan isteri sebagai
tanda ketaatan kepada ayah.



Dalam hal isteri menyakiti suami, ataupun berlaku buruk terhadap keluarga
suami, maka is dikira bersalah. Begitu pula, jika isteri itu buruk
perilakunay ataupun rosak agamanya. Tetapi jika penganiyaan berlaku dari
suami terhadpnya, maka ada jalan bagi isteri untuk menebus dirinya dari
suami yang zalim itu dengan membayar wang. Dalam hal ini, makruh bagi lelaki
untuk menuntut tebusan wang lebih daripada kerugiannya, kerana yang demikian
itu adalah semacam tekanan atau bebanan untuk memberati isteri. Bahkan ini
berarti seolah-olah sebagai memperniagakan kemaluan wanita.



Allah telah berfirman:



*"Tidak mengapa atas keduanya pada apa yang dibayar oleh perempuan untuk
menebus dirinya." *(al-Baqarah: 229)



Jadi pengambilan apa yang telah diambil dari suami itu adalah hak untuk
dijadiukan tebusan diri siteri dari suami. Adapun isteri yang meminta talaq
apa-apa sebab, maka ia berdosa besar sekali.

Seorang suami yang ingn mentalaqkan isterinya, hendaklah memerhatikan empat
perkara berikut, iaitu:



1.      Hendaklah ia mentalaqkan isterinya dalam keadaan suci dari haidh
yang belum ia bersatu dengannya. Sebab talaq dalam waktu haidh ataupun dalam
masa suci yang ia telah bersatu dengannya adalah seperkara did'ah yang
haram, sekalipun memang ia sengaja melakukan perbuatan itu menjadikan masa
iddahnya lebih panjang. Sekiranya ia telah melakukan itu, maka hendaklah ia
merujuk isterinya semula. Kemudian ia tunggu pula hingga ia suci sekali
lagi, kemudian haidh, kemudian suci lagi, dan pada masa itu terserahlah
kepadanya, kalau mahu ditalaqkannya ataupun dibiarkan saja dalam aqadnya.



2.      Hendaklah ia menjatuhkan talaq satu, kerana dengan talaq satu pun
sudah terhasil meksudnya. Kemudian faedah dari talaq satu, suami boleh rujuk
semual sewaktu dalam iddah, jika ia merasa sesal dengan keputusannya yang
mula-mula. Jika ia menjatuhkan talaq tiga sekaligus, barangkali ia akan
menyesal, maka ketika itu ia tidak boleh kembali lagi kepada isterinya
melainkan dengan jalan muhallil; iaitu isterinya dinikaki oleh orang lain
lebih dulu sekadar pelepasan nafsunya, kemudian diceraikan dan barulah boleh
berkahwin semula dengannya. Aqad nikah muhallil ini ditegah dan dalam hal
ini dialah yang menjadi penyebab aqad muhallil itu.



3.      Hendaklah ketika menyebutkan talaq itu dengan suara lemah-lembut dan
menerangkan sebab mengapa ia terpaksa mentalaqnya tanpa kekerasan. Dalam
pada itu hendaklah is menyabarkan dan menggembirakan hati isteri yang
ditalaqnya itu dengan sesuatu hadiah, sebagai penutup sakit hatinya
dikeranakan berita talaq yang disampaikan kepadanya.



Allah telah berfirman:



"Dan berikanlah (isteri-isteri yang diceraikan itu) pemberian," (al-Baqarah:
236)



Al-Hasan bin Ali r.a. pernah menyampaikan perkata talaq dua orang isterinya
kepada para sahabatnya dengan meminta mereka menyebutkan tentang talaq itu
kepada dua isteri tersebut. Kemudian beliau telah membayar kepada setiap
isteri sepuluh ribu dirham.



4.      Janganlah sampai suami membocorkan rahsia isteri, sama ada sewaktu
talaq ataupun sewaktu menikah, sebab ada tegahan keras yang melarang
membocorkan rahsia kaum wanita dengan ancaman yang paling berat.





*Hak-hak suami atas isteri*



Isteri wajib mentaati suami pada segala yang dikehendaki oleh suami daripada
perkara-perkara yang tiada maksiat padanya. Di sana terdapat banyak hadis
yang diriwayatkan dalam menentukan hak suami atas isteri.



Rasulullah s.a.w telah bersabda:

* *

*"Mana saja wanita yang meninggal dunia, sedangkan suaminya redha
terhadapnya maka ia akan masuk syurga."*



"Sabdanya lagi:



*"Apabila seorang wanita bersembahyang lima waktunya, berpuasa sebulannya,
memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya nescaya ia akan masuk syurga
uang disediakn oleh Tuhannya."*



Berkata Ibnu Abbas: Telah datang seorang wanita dari Khats'am kepada
Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Saya ini seorang wanita yang janda dan saya
akan berkahwin. Apakah haknya suami? Baginda menerangkan: Di antara hak
suami atas isteri, ialah apabila ia mengingininya serta memujuknya supaya
menyerahkan diri sedang isteri suci dari haidh, janganlah menolaknya.



Hak-hak yang lain ialah: Istero tidak boleh memberi apa-apa yang ada di
dalam rumah kepada orang lain, melainkan dengan izin suami. Jika ia
melanggar juga maka berdosalah isteri itu manakala suami mendapat pahala
dari pemberian itu. Isteri tidak boleh berpuasa secara sukarela, melainkan
dengan izin suami, jika isteri melanggar juga, nescaya jadilah puasanya itu
lapar dan dahaga semata-mata, tanpa mendapat apa-apa balasan dari Allah.
Jika isteri keluar dari rumah tanpa izin suami, nescaya Malaikat akan
melaknatinya sehingga ia kembali ataupun bertaubat.



Kesimpulannya, hak-hak suami atas isteri itu ada banyak, tetapi yang
terpenting sekali ialh dua perkara:



(1)                                        Memelihara diri dan menutup
rahsia

(2)                                        Tidak terlampau menuntut
perkara-perkara yang tidak diperlukan, dan menjaga agar usahanya tidak
termasuk perkara yang haram.



Hak puteri atas kedua ibu-bapa ialah:



Mendidiknya cara pergaulan yang baik dan adab-adab percampuran dengan suami
sebagaimana yang diriwayatkan dari Asmak binti Kharijah al-Fizari, katanya
kepada puterinya ketika hari perlangsungan puterinya itu: Kini engkau telah
keluar dari sangkar yang di dalamnya engkau telah dibesarkan, berpindah ke
tempat tinggal yang engkau belum pernah mengenalinya lagi, dan kepada
seorang teman hidup yang engkau belum biasa dengannya. Maka umpamakanlah
dirimu itu sebagai sekeping tanah, nescaya ia akan menjadi tiangnya. Kalau
engkau menganggap dirimu sebagai jariah, tentulah ia akan menganggap dirinya
hamba sahaya. Jangan membebaninya agar ia tiada meningalkanmu. Jangan
menjauhinya agar ia tiada melupaimu. Jika ia mendekatimu setapak, datangilah
ia dua tapak. Jika ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik. Jagalah
hidungnya, telinganya dan matanya, sehingga ia tiada meencium sesuatu
melainkan yang baik-baik, tiada mendengar sesuatu melainkan yang indah-indah
dan tiada melihat sesuatu melainkan yang cantik-molek.



Kesimpulan dari kata-kata yang berkaitan dengan adab-adab kaum wanita tanpa
banyak bicara ialah:



Hendaklah ia merupakan sendi utama di dala rumahtangganya. Sentiasa melazimi
jahitan dan tenunannya. Tidak banyak naik-turunnya. Sedikit bicaranya dengan
tetangga, ia tida mendatangi tetangganya melainkan jika ada perkara yang
perlu yang mendorongnya ke sana. Memelihara hak suaminya ketika ia ada di
rumah ataupun tiada di rumah. Sentiasa menimbulkan kegembiraan hati suami
pada segala kelakuannya. Tiada mengkhianati dirinya terhadap suami dan
hartanya. Tiada keluar dari rumah melainkan dengan izin suami. Dan jika
diizinkan ia keluar, hendaklah dalam keadaan tertutup. Memilih jalan-jalan
yang sepi dari orang ramai, tidak memilih jalan raya atau pasar. Memelihara
suaranya supaya tidak terdengar oleh orang-orang asing atau dikenali
peribadinya oleh mereka itu. Tidak memperkenalkan dirinya kepada rakan-rakan
suaminya dalam menunaikan segala keperluan, tetapi handaklah ia berpura-pura
terhadap sesiapa yang disangka mengenalinya ataupun memang dia mengenalinya.



Tugas utama kaum wanita ialah memperbaiki urusannya sendiri dan urusan
rumahtangganya, tetap menunaikan semua sembahyang dan puasa. Jika rakan
suaminya meminta izin masuk ke dalam rumahnya sedang suami tiada di rumah,
maka tidak boleh diizinkan masuk dan tiada boleh banyak berbicara dengannya,
sebagai menunjukkan tanda cemburu atas dirinya sendiri dan suaminya.
Hendaklah isteri sentiasa merasa puas dengan segala yang diberikan oleh
suaminya, sebagai rezeki dari Allah ta'ala. Ia harus selalu mengutamakan hak
suami atas dirinya sendiri, begitu pula atas segala hak kaum kerabatnya.
Sering membersihkan dirinya sendiri, serta bersedia, pada bila-bila masa
untuk menerima keinginan suami. Hendaklah ia sentiasa bersifat belas kasihan
terhadap anak-anaknya, memelihara dan melindungi mereka dari segala yang
tidak baik, tidak mengeluarkan caci-maki terhadap anak-anak dan tiada
menggunakan lidahnya hanya untuk menjawab dan menentang suami.



Di antara adab-adabnya pula ialah: isteri tiada terlalu bermegah-megah
dengan kecantikan dirinya, dan tiada pula mengeji suaminya kerana
keburukannaya. Adab yang lain lagi ialah: Hendaklah isteri sentiasa
melazimkan dirinya dalam kebaikan dan memelihara dirinya pada masa ketiadaan
suaminya. Apabila suami kembali bergembiralah ia bersenang-hatilah ia semula
bersamanya.



Di antara yang wajib atas isteri dari hak-hak perkahwinan, apabila suaminya
meninggal dunia, ia tidak berkabung kerana berdukacita lebih dari empat
bulan sepuluh hari. Wajib meninggalkan memakai air wangi, tidak menghiaskan
diri dalam masa perkabungan itu.



Rasulullah s.a.w. telah bersabda:



*"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan Hari
Kemudian berkabung atas seorang yang mati lebih dari tiga hari, melainkan
atas suami iaitu empat bulan dan sepuluh hari."*

* *

Wajib atas isteri juga tinggal di dalam rumah suaminya yang meninggal dunia
itu sehingga iddahnya, tidak boleh berpindah ke rumah keluarganya dan tidak
boleh keluar rumah, melainkan kerana sesuatu dharurat saja.



Di antara adabnya lagi, hendaklah ia menjalankan perkhidmatannya yang ia
mampu melakukan di dalam rumah, sebagaimana biasanya isteri-isteri para
sahabat melakukan, moga-moga Allah redha atas mereka sekalian.


--
*  Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.

Kirim email ke