Mau'izhatul Mu'minin min IHYA' ULUMIDDIN
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) ...


*  Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.

---------------------------------------------------------------

*BAHAGIAN KEDUA: MU'AMALAH BAHAYA YANG MENYENTUH ORANG PERSEORANGAN. *

Segala yang boleh mendatangkan kerugian kepada orang lain adalah
penganiayaan. Maka keadilan itu ialah tidak menimpakan kerugian ke atas
saudaranya yang Muslim. Sebagai pedoman yang harus dijaga ialah: Hendaklah
ia tiada menyukai bagi saudaranya melainkan apa yang disukai bagi dirinya.
Oleh itu segala perlakuan yang mungkin menyukarkan dirinya sndiri atau
memberatkan hatinya, maka janganlah dilakukannya terhadap saudaranya yang
Muslim. Yang wajar biarlah dipandang wangnya sama dengan wang saudaranya.
Ini sebagai kesimpulannya.



Adapun keterangan lanjutanya ada empat perkara iaitu:



(1)Janganlah hendaknya ia terlalu memuji-muja atas barang dagangannya secara
omong kosong, kerana yang demikian itu adalah suatu kebohonmgan. Kiranya si
pembeli terpengaruh dengan kata-kata puji itu lalu membelinya, maka itu
adalah suatu pengeliruan dan penganiayaan. Jika si pembeli terpengaruh
dengan kata-kata puji itu lalu membelinya, maknynya itu adalah suatu
pengeliruan dan penganiayaan. Jika si pembeli menolak maka ternyatalah
kerana adanya sikap kebohongan itu, dan jatuhlah warwahnya di hadapan si
pembeli tadi. Kalau hendak memuji barang dagangan itu, biarlah yang benar
dan betul-betul, tanpa berlebih-lebihan atau melampaui batas. Janganlah
sekali-seklai bersumpah kerananya, sebab jika sumpahnya itu palsu maka ia
telah membuat sumpah bohong, dan sifat ini termasuk perkara-perkara dosa
besar. Jika ia bersumpah benar, maka ia telah menjadikan nama Allah sebagi
bahan permainan dalam sumpah itu, dan ini termasuk sifat keji pula. Sebab
urusan keduniaan itu lebih rendah daripada seseorang berniat untuk
melariskan barang dagangannya dengan bersumpah dengan nama Allah, tapa perlu
bersumpah.

Dalam Hadis tersebut:

*"Neraka Wail bagi peniaga yang bersumpah: Demi Allah, Wallahi, tidak demi
Allah, dan Neraka Wail juga bagi pekerja yang suka membohongi janji: esok
atau lusa." *



Sabda Rasulullah yang lain:



*"Sumpah bohong untuk melariskan barang dagangan akan melenyapkan keberkatan
dalam perusahaan." *


(2) Hendaklah ia menjelaskan segala cacat-cacat barang dagangannya yang
terlihat ataupun tersembunyi. Tidak boleh disembunyikan tentang
cacat-cacatnya. Itu adalah wajib. Jika ia menyembunyikan juga kecacatan itu
menjadilah seorang penipu atau penganiaya, sedangkan penipuan itu adalah
hukumnya haram. Dengan itu juga ia telah tidak mengendahkan kebenaran dalam
perkara jual beli sedangkan sifat ini adalah wajib. Jika seseorang pedangan
menunjukkan bahagian yang baik dari baju yang dijualnya sedangkan bahagian
yang tak baik diselindungkan, maka ia telah menjadi seorang penipu. Begitu
juga ia mendedahkan pakaian yang diperdagangkan itu di tempat-tempat yang
gelap, ataupun menunjukkan pasangan kasut atau sepatu yang baik saja,
sedangkan yang tak baik tidak ditunjukkan, ini termasuk juga sebagai seorang
pedagang penipu.


Dalil yang menunjukkan pengharaman penipuan ialah riwayat berikut yang
menjelaskan: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berjalan ke tempat seorang
yang menjual makanan, terasa keinginan baginda kepada makanan itu, lalu
dicecahkanlah tangannya pada makanan itu dan didapatinya basah. Maka baginda
bertanya: Mengapa basah! Jawab penjual: Kerana terkena hujan. Maka baginda
bersabda pula: Mengapa makanan itu tidak engkau letakkan di atas meja supaya
dapat dilihat oleh orang. Siapa yang menipu kita (kaum Muslimin), maka dia
bukan termasuk golongan kita.



Dalil yang menunjukkan wajib berlaku jujur dengan menyatakan cacat-cara pada
barang dagangan ialah riwayat dari Rasulullah s.a.w. iaitu: Apabila
Rasulullah s.a.w. selesai menerima bai'at Jarir kerana memeluk Agama Islam,
Jarir pun ingin kembali, maka oleh Rasulullah ditariknya baju Jarir seraya
mensyaratkan atasnya supaya berlaku jujur terhadap setiap Muslim. Apabila
Jarir mengeluarkan barang dagangannya untuk dijual, ditelitinya terlebih
dahulu cacat-cacat barang itu, kemudian disuruh pembeli memilih, katanya:
Jika mahu ambillh, jika tak mahu tinggalkanlah disitu, Ada orang berkata
kapada Jarir: Wahai Jariri! Kalau engkau buat macan ini nanti tak laku semua
barang-barang engkau itu. Jarir menjawab: Kami semua telah membai'at
Rasulullah s.a.w untuk berlaku jujur terhadap setiap Muslim.



Cerita yang lain pula dari Watsilah Ibnul-Aqsa' yang pada suatu hari sedang
berdiri di suatu tempat. Pada ketika itu dilihatnya seorang menjual untanya
dengan harga 300 dirham. Watsilah lalai sehingga orang itu telah pergi dari
siti bersama unta yang dibelinya. Kemudian Watsilah menjerit-jerit mengejar
si pembeli itu seraya bertanya: Tuan beli unta itu untuk disembelih atau
untuk ditunggang? Jawab orang itu: Untuk ditunggang. Berkata Watsilah: Kalau
begitu saya patut memberitahu tuan, bahwa di kaki unta itu ada lubang yang
saya lihat dengan mata kepada saya sendiri, nanti tentutlah unta itu tak
kuat untuk berjalan terus-menerus. Maka si pembeli unta itu kembali semula
ingin mengembalikan unt atersebut kepada si penjual, sehingga penjualnya
bersetuju emngurangkan harganya sebanyak 100 dirham lagi. Penjual itu lalu
berkata kepada Watsilah: Moga-moga Tuhan merahmatimu, sebenarnya engkau
telah merosakkan penjualanku. Lalu dijawab oelh Watsilah: Bukankah kita
telah membai'at Rasulullah s.a.w. untuk berlaku jujur terhadap setiap
Muslim? Tidakkah engkau pernah mendengar sabda Rasulullah s.a.w:


*"Tiada halal bagi seseorang menjual sesuatu barang, melainkan ia
menerangkan kacacatannya, dan tiada halal bagi orang yang mengetahuinya,
melainkan mesti diterangkan kecacatan itu." ** *

Difahamkan dari perkataan berlaku jujur itu, ia tiada redha untuk
saudaranya, melainkan apa yang ia meredhakan untuk dirinya sendiri. Dan
sifat ini juga tiadalah dikira suatu keutamaan ataupun kelebihan martabat,
tetapi mereka meyakini bahwa yang demikian itu sebagai syarat-syarat
kesempurnaan Islam seseorang yang termasuk ke dalam bai'at (janji
persetiaan)


--
*  Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.

Kirim email ke