Dari Aisyah r.a., katanya: "Sesungguhnya sengaja Rasulullah s.a.w. itu meninggalkan ( tidak melakukan ) suatu amalan, sedangkan beliau amat suka mengerjakan amalan itu dan ditinggalkannya tadi adalah kerana takut kalau orang-orang akan mengamalkan, sehingga akan menyebabkan diwajibkannya amalan tersebut atas mereka."
(Muttafaq 'alaih) * Banyak amalan yang ditinggalkan oleh beliau s.a.w kerana ingin mengelakkan para sahabat dari meniru amalan-amalan tersebut. Beliau s.a.w takut wahyu turun dan mewajibkan amalan-amalan itu, lalu membebankan umat. Ini merupakan antara sebab mengapa Nabi s.a.w berhenti mengerjakan beberapa amalan seperti solat terawih berjemaah pada waktu Ramadhan kerana takut wahyu turun dan memerintahkan perkara itu menjadi wajib ke atas umat. Mampukah kita ? Namun, wujud golongan anti-anti hadith yang menggunakan hadith tersebut (hadith nabi menghalang orang berjemaah solat terawih) untuk mempersendakan umat Islam hari ini apabila ramai-ramai berjemaah bersolat terawih ketika Ramadhan. Sedangkan wahyu tidak lagi turun selepas wafat nabi s.a.w. Wallahualam. -- * Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke atas apa yang disebarkan.
