Mau'izhatul Mu'minin min IHYA' ULUMIDDIN
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) ...

--
*  Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.


-----------------

*Jenis-Jenis yang halal. *

Ketahuilah bahwa keterangan yang halal dan yang haram itu dapat dipelajari
perinciannya di dalam kitab-kitan fiqh. Seorang murid tidak perlu lagi
kepada huraian yang lebih lengkap, sebab di situ telah pun diterangkan
mana-mana makanan yang telah difatwakan hukumnya sebagai yang halal, dan ia
tidak lagi perlu mencari makanan selain dari yang telah ditentukan itu.
Tetapi bagi orang yang memang sikapnya suka memakan bermacam-macam makanan,
maka sudah tentulah ia memerlukan untuk mendalam ilmu agama yang menentukan
mana yang dikatakan halal, dan mana pula dikatakan haram.

Kini kita suka menunjukkan satu kesimpulan dalam pokok pembahagiannya; iaitu
sesuatu benda itu menjadi haram kerana keadaan zat benda itu sendiri,
ataupun kerana sesuatu punca dalam cara memperolehinya.

*Bahagian pertama*: Adapun yang dikatakan haram kerana sesuatu sifat pada
zatnya ialah seperti arak, daging babi dan lainnya. Dan keterangan
selanjutnya, bahwasanya semua benda-benda yang dimakan yang terdapat di atas
muka bumi ini tidak terkeluar dari tiga bahagian:

(1)              Merupakan benda galian (ma'din) seperti garam dan tanah
atau sebagainya.

(2)              Benda tumbuh-tumbuhan (nabati)

(3)              Binatang



*BENDA GALIAN: *

Adapun benda galian itu daripada berbagai-bagai bahagian bumi dan segala
yang keluar dari bumi, maka hukumnya tidak haram memakannya, kecuali jika ia
mendatangkan mudharat bagi orang yang memakannya atau kerana pada
sebahagiannya terdapat bahan-bahan yang sama seperti racun. Pendekkata, jika
roti sekalipun bila memudharatkan orang yang memakannya tetap haram
hukumnya. Begitu juga dengan tanah, jika ada orang yang biasa memakannya
tidak haram hukum memakannya, hanya diharamkan kerana ia boleh memudharatkan
pemakanannya saja.



*TUMBUH-TUMBUHAN: *

Segala tumbuh-tumbuhan tidak haram hukum memakannya, melainkan yang
mempunyai unseur-unsur yang boleh merosakkan akal fikiran ataupun yang boleh
memusnahkan kehidupan, atau menganggu kesihatan. Adapun yang boleh
merosakkan akal fikiran itu seperti ganja, arak dan segala benda-benda yang
boleh memabukkan. Yang memusnahkan kehidupan pula ialah segala jenis racun.
Dan yang mengganggu kesihatan ialah memakan ubat bukan pada masa-masa yang
ditentukan. Pokok pengharaman yang disebutkan ini ialah disebabkan ia
mendatangkan kemudharatan kepada diri, kecuali arak dan benda-benda lain
yang memabukkan, maka hukumnya tetap haram sama ada ia diminum sedikit saja,
atau pun memang orang yang meminumnya itu biasanya tidak mabuk.



*BINATANG*

Manakala binatang pula, maka is terbahagi kepada yang boleh dimakan dan yang
tak boleh dimakan. Keterangan lanjut mengenai binatang-binatang ini ada
disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh, sila rujuk kepadanya. Hanya yang
dikatakan binatang yang boleh dimakan itu, bila ia disembelih dengan
sembelihan yang ditunjuk oleh syariat, dengan syarat-syaratnya yang
ditentukan ke atas penyembelih, alat penyembelihan dan tempat-tempat
penyembelihan yang disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh. Binatang yang bukan
disembelih menurut syarat-syarat syariat, ataupun yang mati begiti saja,
adalah haram memakannya dan dikira seperti bangkai, sedangkan memakan
bangkai itu, tidak halal, kecuali bangkai ikan dan belalang saja.

*Bahagian kedua:* Adapun yang dikatakan haram kerana punca meletakkan tangan
ke atasnya, yakni memperolehinya, terbahagi kepada dua bahagian lagi:

(1) Sesuatu yang diperolehi tanpa ada pemiliknya, seperti memperolehi galian
dari tanah atau menghidupkan tanah yang mati, memburu, mengutip kayu-kayan,
mengambl air dari sungai dan memotong rumput, maka semua ini adalah halal
dengan syarat segala yang diperolehi dari benda-benda yang tersebut tadi
tidak terkhusus kepunyaan seseorang, tegasnya tidak ada pemiliknya yang sah.

(2)  Sesuatu yang diperolehi secara paksa dari orang-orang yang tiada
dilindungi oelh hukum agama, seperti fai; iaitu harta pampasan dalam
peperangan atau, ghanimah; iaitu pembahagian harta yang diperolehi dalam
peperangan. Begitu juga dengan harta kekayaan orang-orang kafir yang masuk
berperang dengan kaum Muslimin. Maka harta benda-harta benda seumpama itu
semuanya halal bagi kaum Muslimin, setelah dikeluarkan daripadanya seperlima
bahagian sebagai zakatnya, kemudian boleh dibahagikan-dibahagikannya kepada
orang-orang yang berhak secara adil dan jujur. Harta benda yang dirampas
dari orang-orang kafir yang telah dilindungi oleh Pemerintah Islam, atau
yang telah diberikan keamanan dan perjanjian oleh Pemerintah Islam, tidak
halal untuk dimiliki, melainkan harus dikembalikan kepada yang mempunyainya.

(3) Sesuatu yang diperolehi dengan jalan tukar-menukar dengan syarat
masing-masing, maka hukumnya halal juga dengan syarat harta warisna yang
akan diwarisi itu didapati dengan cara yang halal (bukan haram). Harta
warisan itu hanya boleh dibahagi-bahagikan, setelah ditunaikan segala
piutang si mati, dan sesudah djalankan wasiat yang ditinggalkannya terlebih
dulu. Manakala pembahagiannya kepada ahli waris pula, mestilah dijalankan
dengan adil menurut syariat; iaitu sesudah dikeluarkan hak-ahak atas si
mati, seperti haji yang wajib, zakat yang belum dikeluarkan atas hartanya
dan kaffarah (denda yang mesti dfibayar) dan sebagainya.

Masih ada lagi bahagian-bahagian yang lain, tetapii memadailah di sini kami
terangkan pokok-pokok yang penting saja. Walau bagaimanapun, perlu bagi
setiap murid mengetahui, bahwa segala yang dimakannya itu benar-benar dari
jurusan-jurusan yang diredhai Allah. Kalau tidak, maka sewajarnya dia
menanyakan seorang alim yang mengetahui tentang perkara itu. Awas jangan
sekali-sekali memberanikan diri membuat sesuatu dengan kajahilan, sebab
sebagaimana orang alim itu akan disoal: Mengapa engkau telah menyalahi
ilmumu bila melakukan sesuatu, maka orang jahil juga akan disoal: Mengapa
engkau tetap dalam kejahilanmu dan tidak mahu belajar, sesudah engkau
mengetahui bahawasanya: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim.



*Tingkatan halal dan haram *



Ketahuilah, bahawasanya yang haram itu semuanya jelek, tetapi setengahnya
lebih jelek dari setengah yang lain. Begitu juga keadaannya dengan yang
halal semuanya baik, tetapi setengahnya lebih baik dari yang setengah,
bahkan lebih suci dari setengah pula. Sebab itulah maka darjat kewara'an
orang yang menjauhkan diri dari yang haram itu bertingkat-tingkat pula
keadaannya. Ada empat tingkatan, iaitu:



(1) Wara' dengan menjauhkan diri dari segala perkara haram yang difatwakan
oleh para fuqaha.

(2) Wara' dengan menghidarkan diri dari perkara yang syubhat kerana takut
kemungkinannya berasal dari yang haram.

(3)Wara' terhadap perkara yang tiada samar lagi tentang penghalalannya,
tetapi dikhuatiri akan menarik kepada yang haram; iaitu seperti meninggalkan
perkara yang harus dilakukan.

(4)Wara' melakukan sesuatu yang sememangnya tidak ada apa-apa yang
menghalangnya atau tidak berdosa, akan tetapi dilakukannya atau
diperolehinya bukan kerana Allah dan tidak pula atas niat bertaqwa kepada
Allah, atau menguatkan diri untuk beribadat kepadaNya.

Diceritakan suatu peristiwa dari Ibnu Siri, bahwasanya ia telah menolak
untuk menerima dari kongsinya wang sebanyak 4,000 dirham, kerana terlintas
di dalam hatinya bahwa orang itu tidak bersih, meskipun para alim ulama
dalam zamannya telah bersepakat mengatakan bahwa tidak ada apa-apa yang
harus diragukan tentang wang tersebut.

Peristiwa yang lain diceritakan oleh setengah orang, bahwa seorang alhli
salaf harus menerime hutanganya sebanyak 100 dirham dari seseorang yang
berhutang. Apabila hutang itu mahu diselesaikan, dia hanya menerima 99
dirham saja, dibiarkan satu dirham yang baiki pada si putang, kerana
dikhuatiri barangkali dengan menerima secukupnya 100 dirham itu nanti
terdapat kelebihan dari hak yang mesti diterimanya.

Ada setengah mereka pula, bila dalam perniagaan, mereka sentiasa menerima
kurang sebutir dalam timbangan dan bila menjual mereka sentiasa melebihkan
sebutir pula.

Di antaranya ada pula yang menjaga betul-betul tentang berang-barang atau
relakan oleh orang, sama ada yang berupakan kelebihan atau kekurangan,
kerana jika telah direlakan memanglah halal hukumnya. Tetapi dikhuatiri cara
begitu akan membuka pintu, atau menjadi tabiat baginya untuk membuat perkara
yang serupa kepada orang lain, sehingga tabiat itu menjadi biasa pula; iaitu
bila memberi suka mengurangkan dan bila menerima suka dilebihkan. Dengan
begitu, tak dapat tidak jiwanya akan jauh dari bersifat wara'.

Membicarakan tentang kewara'an lagi, ada setengah orang sampai enggan
mengambil debu dari tembok rumahnya sendiri, bila rumah itu sewaan, kerana
dikhuartiri dia tiada berhak di atas debu itu.

Pernah diceritakan dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada suatu masa ketika
beliau menyukat minyak wangi bagi kaum Muslimin, beliau menutup hidung
supaya tidak tercium baunya. Setelah selesai menyukat, beliau lalu berujar
kepada orang ramai di situ: Ya bukankah minyak wangi itu tidak ada
manfaatnya selain dari baunya saja.

Cerita yang lain tentang kewara'an ialah ada seorang yang sedang menunggu
orang yang sakit tenat, lalu pesakit itu pun meninggal duni pada malamnya.
Maka berkatalah orang yang menunggu itu tadi: Kini matikanlah lampu-lampu
yang ada, kerana lampu-lampu dan minyaknya sekarang telah berpindah milik
kepada para waris.

Yang lain lagi ialah mengenai peristiwa al-Hasa bin Ali r.a. ketika masih
kecil, telah memakan sebiji kurma sedekah, maka Rasulullah s.a.w. pun
mengorek mulutnya seraya berkata: Kakh…Kakh, yakni keluarkan ia… keluarkan
ia!

Pernah diceritakan sebelum ini bahwa Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq telah
memuntahkan susu yang diberi minum oleh hamba sahayanya, semata-mata kerana
ia hasil upah dari ramalan yang dibuatnya oleh hamba sahayanya itu. Beliau
telah melakukan itu kerana takut perutnya dimasuki sesuatu yang haram,
ataupun yang haram itu akan menambah kekuatan dalam badannya, padahal bila
meneguknya beliau tiada mengetahui sumber minuman itu dari mana, dan menurut
hukum tidak wajib memuntahkannya semula. Akan tetapi membersihkan perut dari
segala yang jelek itu adalah suatu sifat wara' para siddiqin.

Sebagai kesimpulan mengenai perkara yang dibicarakan ini maka setiap kali
seseorang hamba itu menjaga diri dengan tegas dari yang diragukan
kebersihannya, setiap itulah bebanannya akan menjadi ringan kelak di Hari
Kiamat, dan ia akan terjauh dari neraca kejelekan, manakala neraca
kebajikannya akan menjadi lebih berata pula.

Kini andan telah mengetahui kedudukan yang sebenarnya, maka terserahlah
kepada anda untuk membuat pilihan. Anda boleh mengambil sikap berhati-hati
dan memelihara diri, ataupun boleh juga mengambil sikap mempermudah dan
meringankan. Tetapi sebaliknya hendaklah anda berjaga-jaga kalau perkara itu
bagi kepentingan diri sendiri dan tak mengapalah dipermudahkan kalau perkara
itu menyentuh kepentingan orang lain.

Kirim email ke