Mau'izhatul Mu'minin min IHYA' ULUMIDDIN
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) ...


=====================

*Kitab Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan*



*Keutamaan pergaulan dan persaudaraan*

Ketahuilah, bahwasanya pergaulan baik itu adalah buah daripada kemurniaan
budi pekerti, manakala perpecahan pula merupakan buah daripada kejelekan
budi pekerti. Maka kebaikan dan kemurniaan budi pekerti itu menelurkan sikap
saling cinta mencintai, bersatu-padu antara satu sama dengan yang lain dan
berhaluan satu, manakala kejelekan budi pekerti membuahkan sikap saling
benci-membenci, dengki antara satu dengan yang lain dan bermusuh-musuhan.



Mengenai kebaikan budi pekerti ini, sudah tidak sepi lagi keutamaannya dalam
agama sebab dengan sifat inilah Allah s.w.t. telah memuji NabiNya
alaihis-salam dalam firmanNya.



"Dan sesungguhnya engkau memiliki budi perkerti yang luhur."
(al-Qalam:
4)



Rasulullah s.a.w telah bersabda:


"Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada
Allah dan kebaikan budi pekerti."



Sabdanya lagi:

"Aku telah diutus untuk menyempurnakan kebaikan-kebaikan budi pekerti."



Dengan itu sudah jelaslah, bahwa buahnya budi pekerti yang baik menimbulkan
rasa perpaduan dan menghalang rasa kesepian jiwa. Dalam hal ini terdapat
banyak huraian yang menyimpulkan berbagai-bagai kepujian terhadap sikap
perpaduan itu, terutama sekali bila yang menyebabkan ikatan itu, ialah taqwa
atau agama ataupun cinta kepada Allah. Kepujian-kepujian itu ada yang
terdiri dari ayat-ayat al-Quran, Hadis-hadis Rasulullah s.a.w., atau atsar
para sahabat dan tabi'in, semuanya cukup dan lengkap.



Allah s.w.t. telah berfirman untuk memperlihatkan kebesaran kurniaNya ke
atas kaum Mu'minin, katanya:



"Maka kamu sekalian, dengan sebab kurniaNya itu menjadi saudara."
(ali-Imran: 103)



Maksud dari ayat tersebut ialah kurnia perpaduan antara satu dengan yang
lain.



Allah s.w.t. mencela perpecahan dan menegah dengan keras sikap itu dalam
firmanNya:



"Berpegang teguhlah dengan tali Allah bersama-sama, dan janganlah
berpecah-belah"        (ali-Imran: 102)



Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:



"Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepadaKu, ialah orang
yang paling terbaik budi pekertinya. Mereka yang bersikap merendah diri dan
senang bermesra dan dimesrai."




Sabdanya lagi:



"Seorang Mu'min ialah orang yang senang bermesra dan dimesrai dan tiada
gunanya pada orang yang tidak tahu bemersra dan tidak suka dimesrai.







Sabdanya lagi:



"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya
seorang teman yang saleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat
ditolong oleh teman itu."



Lagi sabdanya:



"Tiadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan
yang lebih dicintai oleh Allah itu, ialah orang yang lebih banyak cintanya
kepada rakannya."



Sabdanya lagi:



"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berkata: Sudah pastilah kecintaanKu itu
terhadap orang-orang yang ziarah-menziarahi keranaKu: Sudah pastilah
kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang cinta-mencintai keranaKu. Sudah
pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang bersusah payah keranaKu.
Dan sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang tolong-menolong
keranaKu."



Lagi sabdanya:



"Sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah, ialah orang yang senang
bermesra-mesra dan senang dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang amat dibenci
oleh Allah, ialah orang yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka
memecah-belahkan antara sesama saudara."



Dari atsar pula, apa yang diriwayatkan dari al-Fudhail rahimahullah Ta'ala,
katanya: Ah! Engkau ingin menetap dalam Syurga Firdhaus, serta harap
bertetangga dengan Allah di dalam rumahNya (Syurga) bersama-sama para Nabi
dan Siddiqin, Syuhada dan Salihin! Amalan apakah yang telah anda kerjakan?
Syahwat manakah yang telah anda tinggalkan? Kemarahan yang mana satukah
telah anda manahan diri? Keluarga yang mana satu telah anda perhubungkan?
Kikhilafan saudaramu, sudahkah anda maafkan? Orang dekat yang mana telah
anda jauhkan kerana mencari keredhaan Allah? Dan dengan orang jauh yang mana
telah anda dekatkan kerana mencari keredhaan Allah!



Dia berkata lagi: Seseorang yang mengamat-amati wajah saudaranya kerana
cinta dan rahmat adalah melakukan suatu ibadat.
bersambung ...

--
*  Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.

Kirim email ke