Karaoke 50 jam tanpa henti
Kementerian Pelancongan Malaysia menganjurkan Majlis Citrarasa 2007 mulai 8 Jun
ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Berbagai aktiviti diaturkan termasuk persembahan kesenian, pertunjukan bunga
api dan persembahan artis popular. Menganggarkan lebih 100,000 orang akan
mengunjungi majlis itu, pihak penganjur turut menyediakan gerai-gerai jualan
makanan.
Menurut Ketua Unit Acara Kementerian Pelancongan Malaysia, Datin Zaiton Mohd.
Ali, “Kami juga merancangkan aktiviti berkaraoke selama 50 jam sepanjang tiga
hari tanpa henti. Ia akan bermula pada 8 Jun pukul 3 petang dan berakhir pada
10 Jun.
“Kalau program ini berjaya dilaksanakan, ia akan dicatatkan dalam Malaysia Book
of Records sebagai program karaoke terlama,” kata Zaiton.
Untuk itu, katanya pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai.
Mereka yang berminat menjayakan program tersebut boleh hubungi Romli Bidin di
talian 017-3101288.
Selain itu, pertandingan karaoke yang menjanjikan hadiah lumayan juga diadakan
pada majlis yang sama. Untuk menyertainya, khalayak boleh hubungi Inet di
talian 019-2484545.
Sementara itu, bagi pengunjung yang ingin menyaksikan penampilan artis popular,
satu persembahan nyanyian akan diadakan pada 9 Jun pukul 8 malam di tempat yang
sama.
Gandingan penyanyi-penyanyi lama dan baru pada malam itu dijangka akan dapat
mencipta kenangan indah kepada pengunjung Majlis Citrarasa 2007.
Kumpulan Ruffedge misalnya akan mempersembahkan lagu-lagu popularnya seperti
Lemas, Da Bomb, Bila Rindu dan Secebis Kepercayaan. Sementara Sasi The Don
dengan lagunya Hey General, Anbe, Giving Thanks To Jah dan Suatu Impian,
Aspalela Abdullah (Pengodaan, Ibunda Tercinta, Joget Memujuk dan Bunga Hati),
Amylea AF3 (Joget Sayang, Andai, If I Ain’t Got You dan Ku Berserah).
Selain itu Farhan AF3 juga akan diundang menyampaikan lagu Still got The Blues,
Route 66, Aku Saja Yang Tahu dan Dia, Kelvin Lau (Shanghai Beach, Sonata Musim
Salju, Kau Ilhamku dan Pencinta Wanita), J.Sham (Suratku Untukmu, Resam Dunia,
Ku Akan Pulang dan Di Pinggir Kali) dan L.Ramlee (Ayahku Kahwin Lagi, Dara
Pujaan, Siapa Bilang Aku Tak Sayang dan Joget Baju Kurung).
Persembahan artis pada malam itu akan diacarakan oleh pelakon kacak, Fahrin
Ahmad.
___________________________________________________________________________________
You snooze, you lose. Get messages ASAP with AutoCheck
in the all-new Yahoo! Mail Beta.
http://advision.webevents.yahoo.com/mailbeta/newmail_html.html