Dari Malik bin Rabi'ah as-Sa'idi r.a., katanya: "Pada suatu ketika kita
semua duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang lelaki
dari Bani Salamah. Orang itu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah masih ada
sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua
orang tua setelah keduanya meninggal dunia?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya,
masih ada. Iaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan
pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya,
mengeratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan
adanya kedua orang tua itu serta memuliakan sahabatnya." (Riwayat Abu Dawud)


--
*  Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa
sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke
atas apa yang disebarkan.

Kirim email ke