Al Fatihah: Pelakon Izi Yahya meninggal dunia    
Monday, 25 June 2007 

Izi Yahya

PELAKON dan dramatis Izi Yahya yang cukup terkenal dengan lakonannya yang 
berani dan mengesankan telah meninggal dunia pada hari ini di Hospital Johor 
Bahru pada jam 10.30 pagi  kerana sakit jantung. 
Pelakon yang berusia dalam lingkungan 40an itu cukup sinonim dengan watak-watak 
negatif dan antagonis.

Lakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana Allahyarham merupakan antara 
pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis 
seperti Salleh Kamil dan A.Rahim.
  
Watak negatif yang ditangani arwah Izi Yahya mampu melakari sejarah perfileman 
dan akan meninggalkan impak dalam perkembangan industri filem Melayu.
   
Izi pernah menggegarkan industri perfileman kerana aksi beraninya melakonkan 
watak tenteta Jepun bernama Lieutenant Akaishi yang cuba memperkosa Embun (Umi 
Aida) dalam filem Embun pada tahun 2002. 

Gara-gara aksi panasnya itu, Izi pernah mengundang kontroversi pada tahun yang 
sama. Filem Embun berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Skrin ke 
6 pada tahun 2003.
   
Pelakon berbakat besar itu telah berlakon dalam puluhan drama dan yang terbaru 
adalah Rahsia Sebua Pengorbanan dan  Kalau Kasih Masih Ada. Mstar


 
____________________________________________________________________________________
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives.
http://tools.search.yahoo.com/toolbar/features/mail/

Kirim email ke