Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dikumpulkanlah sekalian manusia di padang mahsyar pada hari kiamat dengan telanjang kaki, telanjang tubuh dan tidak berkhitan kemaluannya." Saya bertanya: "Ya Rasulullah, kalau begitu kaum wanita dan kaum lelaki semuanya dapat melihat antara yang sebahagian dengan sebahagian yang lainnya." Beliau s.a.w. menjawab: "Hai Aisyah, peristiwa pada hari itu lebih penting untuk menjadi perhatian mereka daripada memerhatikan orang lain." -- * Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat dan jangan lupa sertakan sekali maklumat sumber, melainkan anda ingin bertanggungjawab ke atas apa yang disebarkan.
