Aroma Rasa: Kerabu Tauge Chef Zam
01-08-2007 05:06:37 PM 

Oleh DALILAH IBRAHIM 

Kerabu tauge sentuhan Chef Zam
(Foto mStar oleh Dalilah Ibrahim)


PELBAGAI jenis kerabu boleh didapati di negara kita, malah ianya menjadi 
pembuka selera yang sangat ideal untuk jamuan-jamuan tengahari dan makan malam.


Pembaca Aroma Rasa boleh mencuba resipi yang digubah oleh Chef Zam - hos 
rancangan Serimas Selera Dunia sewaktu beliau menjelajah ke Hong Kong.


KERABU TAUGE CHEF ZAM
Bahan-bahan: 

300gm tauge (dibuang ekor)
4 batang daun kucai (dipotong pendek-pendek) 
100gm udang sederhana (dibuang kepala dan kulit)
4 biji bawang merah (dihiris halus)
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan putih
5 biji cili padi (dipotong mengikut citarasa sendiri)
Jus limau nipis 
Gula dan garam secukupnya 


Cara-caranya: 

1) Goreng udang dengan sedikit mentega dan asingkan.
2) Tumiskan kerisik, udang kering dan hirisan bawang merah.
3) Gaul sebati udang, tauge, kucai dan cili padi dengan bahan-bahan tumisan di 
dalam mangkuk salad.
5) Masukkan santan, jus limau, gula dan garam secukup rasa.
6) Hidangkan sebagai pembuka selera.


Nota: Menurut Chef Zam, tauge tidak perlu dicelur kerana haba dari bahan 
tumisan akan melayukan tauge setelah digaul.


. 



       
____________________________________________________________________________________
Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.
http://farechase.yahoo.com/

Kirim email ke