Daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat
Nabi s.a.w. diberitahu dalam impian mengenai tibanya lailatul-qadri iaitu dalam
tujuh yang terakhir (yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke
28.) Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Saya melihat impian-impianmu semua itu
sesuai iaitu pada tujuh yang terakhir. Maka barangsiapa hendak mencari
lailatul-qadri itu, hendaklah mencari-nya pada tujuh yang terakhir itu juga."
(Muttafaq 'alaih)
Subscribe to [EMAIL PROTECTED]