Daripada Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya, ada seorang lelaki berkata 
kepada Nabi s.a.w., "Ya Rasulullah, demi Allah, sesungguhnya saya ini nescaya 
cinta kepada Tuan." Beliau lalu bersabda: "Lihatlah baik-baik apa yang engkau 
ucapkan itu."

Orang itu berkata lagi, "Demi Allah, sesungguhnya saya ini nescayalah cinta 
kepada Tuan." Dia berkata demikian sampai tiga kali. 

Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Jikalau engkau mencintai saya, maka 
sediakanlah sebuah baju tijfaf untuk menempuh kefakiran, sebab sesungguhnya 
kefakiran itu lebih cepat mengenai orang yang mencintai saya daripada cepatnya 
air banjir sampai di tempat penghabisannya."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Attijfaf - iaitu sesuatu yang dikenakan pada kuda untuk menjaga dirinya dari 
bahaya - senjata dan lain-lain, dan kadang-kadang pakaian sedemikian itu juga 
dikenakan oleh manusia.





Subscribe to [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke