Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah seseorang dari kamu mengharapkan kematian. Jikalau dia seorang yang
dapat berbuat baik, mungkin kebaikannya itu dapat ditambahkan olehnya dan jika
dia seorang yang berbuat keburukan, maka mungkin dia bertaubat kepada Allah."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Anas r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah seseorang daripada kamu semua mengharapkan kematian kerana adanya
bahaya yang menimpa dirinya. Jikalau dia terpaksa harus berbuat demikian, maka
hendaklah ia mengucapkan: "Ya Allah, hidupkanlah aku terus, selama hidup itu
menjadi kebaikan untukku dan matikanlah saya jikalau mati itu adalah lebih
untukku."
(Muttafaq 'alaih)
Subscribe to [EMAIL PROTECTED]