Daripada Aisyah r.a., katanya, "Tidak pernah sama sekali Rasulullah s.a.w. itu
diberi pemilihan antara dua macam perkara, melainkan beliau s.a.w. tentu
mengambil (memilih) yang termudah di antara keduanya itu, asalkan yang
dianggapnya termudah ini bukannya merupakan suatu hal yang dosa."
"Jikalau hal itu berupa suatu dosa, maka beliau s.a.w. adalah sejauh-jauh
manusia daripadanya. Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah sama sekali membalas
sesuatu yang ditujukan pada diri peribadinya, melainkan jikalau kehormatan
Allah itu dilanggar, maka beliau s.a.w. pasti membalasnya semata-mata kerana
mengharapkan keredhaan Allah belaka."
(Muttafaq 'alaih)
Subscribe to [EMAIL PROTECTED]