Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya, "Ada tujuh macam orang
yang akan diberi naungan oleh Allah dalam naungannya pada hari tiada naungan
melainkan naungan Allah itu sendiri, iaitu"
1. imam yang adil,
2. pemuda yang tumbuh (sejak kecil) beribadat kepada Allah 'Azza wa jalla,
3. seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid
4. dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas
keadaan yang sedemikian serta berpisah pun atas keadaan yang sedemikian
5. seseorang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta
kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,"
(ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang lelaki),
6. seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya
itu (tidak menampak-nampakkannya), sehingga dapat dikatakan bahawa tangan
kirinya tidak mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh tangan kanannya
7. seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehlah
airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)
Subscribe to [EMAIL PROTECTED]