yahh.. teruslah memangkah BN.. umno terus mara untuk rakyat malaysia..
buat la lagiii .. aku nak tengok sampai org2 yang sayang gilos ngan umno nih
makan pasir..
masa tuh baru ko tauuu!!!
DATO' KAMAL AMIR MENULIS
UNTUK tahun ini sahaja Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan sebanyak
empat projek mega yang menelan lebih 500 bilion ringgit, merangkumi
pembangunan Wilayah Iskandar, Pembangunan Koridor Utara, Koridor Pantai
Timur dan jambatan kedua Pulau Pinang.
Kesemua projek tersebut cukup gah, cukup mempersonakan, malahan setiap
rakyat boleh teruja dengan pengumuman sedemikian. Tiada lagi jumlah
juta-juta, jauh sekali ratusan ribu ringgit, sebaliknya lagak orang kaya
bahru Abdullah menyebut angka bilion-bilion ringgit.
Dua tahun lalu pasca awal memegang teraju kepimpinan negara seringkali
dia mengatakan negara sudah kehabisan wang, banyak wang negara telah
lesap hinggakan keadaan ekonomi terjebak menjadi sebegitu sukar.
Hairannya selepas dua tahun, tanpa adanya petunjuk rangsangan
kemantapan ekonomi, kalaupun sekadar pengumuman Gabenor Bank Negara lima bulan
lalu dagangan negara mencecah angka trilion ringgit, tiba-tiba Abdullah mula
seronok mengumumkan pelaburan berbillion ringgit.
Era Dr. Mahathir yang digelar 'mahafiraun' dan 'mahazalim' sekadar
berbelanja sekitar 350 bilion untuk kos pembangunan sepanjang musim
pemerintahannya selama 22 tahun (sila lihat laporan kewangan negara),
tapi untuk kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh empat tahun
sudah riak mengumumkan kos pembangunan lebih lima ratus bilion. Itupun tidak
termasuk pembangunan "Penang Global Corridor City Centre" dijangka
menelan puluhan bilion ringgit.
Kesempatan berbuka puasa bersama Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah
kelmarin, penulis sekadar mengajukan persoalan sejauh mana kemampuan
negara berbelanja sebegitu besar, secara jujur bekas Menteri Kewangan
tersebut menyatakan rasa hairan bagaimana kerajaan mampu untuk
membiayai kos tersebut.
"Saya kira kos pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan pun tidak
sampai jumlah empat projek mega tersebut.. Malahan timbul pula tanda
tanya di hati kecil saya, datang dari mana wang sebanyak itu?
"Kini masanya bukan untuk berbelanja, himpitan kehidupan rakyat semakin
mencengkam, soal pengangguran puluhan ribu siswazah masih belum dapat
ditangani, bagaimana wang sebegitu besar boleh dibelanjakan? Apakah
melalui empat projek tersebut boleh menyelesakan masalah pengangguran
siswazah yang sudah mencapai tahap serius?
"Setiap tahun jumlah pelajar yang keluar dari pusat pengajian tinggi
berjumlah puluhan ribu, ertinya puluhan ribu warganegara memerlukan
sumber pendapatan.. Harga barang terus naik begitu mendadak, nilai
ringgit di pasaran semakin susut, lihat sahaja persoalan kenaikan
minyak dan barangan keperluan, semua ini memperlihatkan sejauh mana nilai
ringgit kita.
"Wang Petronas khabarnya berada di paras cukup genting, jika tidak
segera ditangani, saya khuatir negara boleh jadi muflis!" jelas Tengku
Razaleigh.
Sesungguhnya apabila mendengar kenyataan mantan Menteri Kewangan yang
cukup berpengalaman menjana ekonomi bangsa dan negara membuatkan hati
ini dijengah persoalan ke mana bangsaku mahu mengadu nasib di hari
mendatang jika kebobrokkan pemimpin sebegini tidak segera dihentikan.
Sebelum ini jarang sekali Tengku Razaleigh Hamzah mahu membuka mulut
berhubung soal masa depan ekonomi negara, namun kenyataan negara bakal
menjadi muflis dalam tempoh empat tahun dari sekarang jika tidak segera
dihentikan "pemborosan" pemimpin, membuatkan saya amat tersentak, seram
dan ngeri apakah begini nasibnya rakyat yang terus dibohongi oleh
Abdullah Ahmad Badawi bersama kaum kerabatnya untuk terus merompak satu
demi satu wang rakyat.
Dua minggu lalu Tan Sri Tengku Mahalel selaku Ketua Pegawai Eksekutif
Proton mendedahkan bagaimana wang syarikat kereta nasional sejumlah
lebih tiga bilion ringgit menjadi lesap dan lebur sebaik sahaja beliau
meninggalkan syarikat tersebut.
Kenyataan Tengku Mahalel bukan persoalan remeh, bukan cerita harga
kacang putih, jumlahnya besar sebanyak tiga bilion ringgit, malahan
lebih utama sekali ia memperlihatkan wibawa kepimpinan kerajaan
menguruskan syarikat kereta nasional. Bagaimana wang tersebut boleh
lesap hingga meletakkannya dalam keadaan nazak serta menjadi calon
pengemis untuk segera dilacurkan kepada syarikat dari luar Negara.
Begitu juga dengan kedudukan syarikat penerbangan Malaysia (MAS),
semasa Idris Jala menjadi ketua pentadbirnya banyak aset-aset telah dijual,
dan untuk tahun pertamanya beliau bangga mengumumkan keuntungan syarikat
tersebut hasil jualan aset sedia ada, tapi kini bagaimana pula
keadaannya?
Khabarnya MAS juga sudah mulai dijengah penyakit serba celaru dan tidak
menentu, kakitangannya diberitakan bakal menjadi calon penganggur, jika
tidak segera dipulihkan sudah pasti syarikat yang kita bebaskan dari
cengkaman Singapura atas gabungan MSA (Malaysia-Singapore Airline) satu ketika
dahulu bakal kembali
dicantumkan. Nauzubillah!
Dan kini Petronas pula dikhabarkan mulai dijengah gerhana untuk
terjebak menjadi tenat, seharusnya di saat harga minyak melonjak di pasaran
dunia, Petronas wajar mengumpul dana dalam tabungannya bagi kegunaan
musim kemarau.
Namun begitu, jika kerajaan Abdullah Ahmad Badawi terus leka untuk
meratah dan membaham harta rakyat, apakah kita masih reda untuk berdiam
diri? Bangsa kita adalah bangsa cinta damai yang merdeka dalam erti
kata merdeka sebenar-benarnya, kita adalah rakyat yang berhak secara mutlak
menentukan pemimpin.
Jawatan Perdana Menteri bukan tiket untuk membenarkan sesiapapun
merompak dan memperkosa ekonomi negara untuk akhirnya dilacurkan kepada
dunia luar, rakyat berhak untuk menghalangnya, suara rakyat adalah
suara keramat.
Dalam Negara yang mengamalkan demokrasi secara total kebobrokkan
pemimpin sebegini mesti segera dihentikan. Tidak perlu untuk kita
melakukan demonstrasi jalanan, keamanan jangan sekali-kali kita gugat,
ada banyak cara lain melalui lunas-lunas demokrasi.
Masanya untuk rakyat bangun memperlihatkan kuasa mereka sudah sampai.
Suara rakyat mesti dijelmakan dalam bentuk undi tidak percaya terhadap
kepimpinan sempang-peranang manusia bernama Abdullah Ahmad Badawi yang
menjual temberangnya melalui mazhab Islam Hadhari dan sajak awalnya
untuk tidak hidup berpoya-poya serta menimbun harta berjuta.
Bagaimana mampu Abdullah menafikan kehidupannya kini bukanlah dalam nur
kehidupan muslimin yang serba sederhana apabila hiburan irama jazz
sudah boleh dibawa masuk ke seri perdana dengan kos lebih satu juta ringgit.
Apakah dapat Abdullah membuktikan bahawa dia masih berpegang pada
prinsip Islam sebenar untuk bersederhana dengan tidak membazirkan wang
sebanyak itu? Sejak menikah dengan janda anak dua Jeanne Danker, sudah
dua kali Seri Perdana mengadakan konsert hiburan dalam acara
pesta-pestaan untuk kaum elit. Sedangkan sebelum ini empat Perdana
Menteri tidak pernah terdengar menganjurkan persembahan konsert di
kediaman rasmi.
Seingat kita sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn
hinggalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, persembahan hiburan bercorak
konsert perdana diadakan di Dewan Audiotrium Besar Angkasapuri serta disiarkan
secara langsung agar rakyat dapat menumpang sama mendengar persembahan
tersebut. Tetapi apa yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi ia
sekadar untuk dirinya bersama kaum kerabat dan diadakan di kediaman
rasmi....
Beberapa kalangan pembaca ada menghantar sms dan kritikan agar saya
tidak terus menulis persoalan sebegini terhadap Abdullah Ahmad Badawi.
Ada yang menyatakan cukup-cukuplah mengkritik Perdana Menteri kerana
kehidupan rakyat masih selesa, pusat membeli-belah masih penuh dengan
pelanggan, jalan raya tetap sesak dengan kenderaan mewah, gaji kakitangan
kerajaan sudah dinaikkan, taraf kehidupan rakyat semakin selesa, apa
lagi yang rakyat mahukan! Itu kata mereka.
Sesungguhnya kepada teman-teman penulis, mahupun "cybertrooper" tajaan
Azalina Othman atau juga parasit-parasit politik di menara Datuk Onn
ingin saya jelaskan, bahawa untuk masa ini terlalu aib rasanya untuk
kita membenarkan Abdullah melakukan kepimpinan sebegini.
Selagi Abdullah dan sidang wazirnya tidak berubah mentadbir negara
secara telus dan beretika, tiada korupsi atau kroni, tiada pilih kasih,
maka selagi itu kita tidak boleh berkompromi untuk tidak membalun atau
membelasahnya. Hanya satu saja jalan terbaik baginya adalah untuk
berundur sebelum Umno dikuburkan oleh Abdullah dan sidang wazirnya.
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing. Make Yahoo your home page.
http://www.yahoo.com/r/hs