Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya amalan pertama yang seseorang itu dihisab dengannya ialah
solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sesungguhnya berbahagialah dan
beruntunglah ia dan jikalau rosak, sesungguhnya menyesal dan rugilah ia."
"Jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan
Azzawajalla berfirman: 'Periksalah olehmu semua (hai malaikat), apakah hambaKu
itu mempunyai amalan yang sunnah.' Maka dengan amalan yang sunnah itulah
ditutupnya kekurangan amalan wajibnya."
"Kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara
memperhitungkan amalan solat ini."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Subscribe to [EMAIL PROTECTED]