Apa kata pakar mengenai pelaburan di Unit Amanah

 

Salam dan selamat sejahtera; 

 

Mari kita tambah lagi ilmu mengenai unit amanah (unit trust):

 

Kali ini saya ingin memetik kata kata seorang pengurus dana yang terkenal
didunia iaitu Peter Lynch.

 

Peter Lynch (Pengurus Dana Amanah Terkenal) yang juga penulis buku 'One Up
On Wall Street'  mengatakan bahawa:

 

"Unit Amanah adalah ciptaan yang sesuai bagi individu yang tidak mempunyai
masa ataupun motivasi bagi menguji kebolehan mereka dengan pasaran saham dan
bagi orang yang hanya ada modal kecil tetapi berhajat besar mahu melabur
dalam pasaran saham"

 

Unit amanah adalah skim pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang yang
dilaksanakan dengan mengumpul wang daripada ramai pelabur dalam satu dana
dan diuruskan oleh pengurus dana secara profesional dan sepenuh masa.
Pengurus dana pula melaburkan wang tadi ke dalam saham atau sekuriti yang
dibenarkan bagi pihak pelabur. Pulangan bagi pelabur pula adalah dala bentuk
mengembangan modal (kenaikan nilai unit) dan dividen (jika ada). 

 

Pelaburan di dalam Unit Amanah (Unit Trust) boleh menggunakan wang dari
Akaun 1 KWSP dan pencarum KWSP boleh melabur di unit trust seawal umur 18
tahun dengan simpanan asas mestilah melebihi RM1000.00. Untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai jumlah simpanan asas minima yang diperlukan untuk
melabur di dalam unit amanah, pelabur boleh melayari laman web KWSP ataupun
terus menghubungi saya. 

 

Pelaburan juga boleh menggunakan wang cash / tunai dengan simpanan permulaan
minima RM1000 dan kemudian, boleh top up bila-bila masa sahaja dengan nilai
minima RM100 sahaja. 

 

Sekian sahaja buat kali ini, selamat melabur dan rancanglah masa depan anda
dan keluarga anda bermula dari hari ini. 

 

 

Nizam

Perunding Unit Amanah

 

Ingin mengetahui mengenai simpanan di unit amanah dengan lebih mendalam? 

Sila hubungi saya di 016-2191 808 / 019 2086 808 atau di
<mailto:[EMAIL PROTECTED]> [EMAIL PROTECTED]

Dapatkan lebih info  artikel terdahulu di 

 <http://www.jimatcermat.blog.com/> www.jimatcermat.blog.com

 

 

 

 

Kirim email ke