Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami lemah ya Allah, hanya kepada Mu kami mohon pertolongan ya Allah
Tolonglah kami mencari adik Sharlinie binti Mohd Nashar
Agar kami dapat menjumpainya dalam keadaan yang selama

Ol"Saya akan musnahkan Iran jika..."   
eh AFP    
Rabu, 23 April 2008 
WASHINGTON: Hillary Clinton, yang sedang bersaing untuk menjadi calon parti 
Demokratik bagi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, mengancam akan 
'memusnahkan' Iran jika ia melancarkan serangan nuklear ke atas Israel.
Beliau berkata demikian dalam interviu dengan stesen televisyen ABC News yang 
disiarkan semalam.
'Saya mahu rakyat Iran tahu bahawa jika saya menjadi presiden, kami akan 
menyerang Iran,' kata  Hillary apabila ditanya apa yang akan beliau lakukan 
sebagai presiden Amerika jika Iran melancarkan serangan nuklear ke atas Israel.
'Dalam masa 10 tahun akan datang, apabila mereka mungkin dengan bodohnya 
menimbang untuk melancar serangan ke atas Israel, kami akan berupaya 
memusnahkan sepenuhnya mereka,' katanya lagi.
Kenyataan tegas  Hillary itu dibuatnya menjelang undian pendahuluan di 
Pennsylvania, wilayah penting baginya dalam persaingan dengan Barrack Obama 
untuk menjadi calon presiden bagi Demokratik.
Hillary perlu meraih kemenangan besar di Pennsylvania untuk membantu beliau 
mengalahkan Obama, kata para pemerhati.
Kem Obama kelmarin menuduh  Hillary cuba menakut-nakutkan pengundi dengan 
menjalankan kempen iklan menunjukkan imej pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, 
peristiwa di Pearl Habour, dan bencana taufan di New Orleans


      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

Kirim email ke