Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda
Ya Allah ya Tuhan kami
Kami lemah ya Allah, hanya kepada Mu kami mohon pertolongan ya Allah
Tolonglah kami mencari adik Sharlinie binti Mohd Nashar
Agar kami dapat menjumpainya dalam keadaan yang selama
26 April 2008
Sivakumar dan Hee, Speaker dan Timbalan Speaker Perak
IPOH, 25 April :-Ahli Dewan Negeri Tronoh, YB. Encik V.Sivakumar, 38, dan Ahli
Dewan Negeri Jelapang ,YB. Puan Hee Yit Fong , 45, terpilih sebagai Speaker dan
Timbalan Speaker hari ini, ia mencatatkan satu sejarah tersendiri kerana V.
Sivakumar menjadi kaum India pertama yang dilantik mengisi jawatan itu manakala
Hee dipercayai golongan orang kurang upaya (OKU) pertama terpilih sebagai
Timbalan Speaker.Hee yang tempang selepas diserang penyakit polio ketika
berusia empat tahun, juga menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan
Speaker DUN Perak.
Semua 59 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak telah selesai mengangkat
sumpah jawatan masing-masing pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang Ke
-12 yang berlangsung pada jam 3.00 petang tadi. Persidangan itu yang pertama
selepas kerajaan campuran Pakatan Rakyat ditubuhkan apabila DAP memenangi 18
kerusi, PAS (6) dan Parti Keadilan Rakyat (7) pada pilihan raya umum lepas
manakala Barisan Nasional (BN) hanya menang 28 kerusi.
Pemilihan Speaker dan Timbalan Speaker telah dilakukan secara undi sulit.
Sivakumar telah memperolihi 31 undi dan calon pembangkang, Dato Junus Wahid
mendapat 28 undi. Manakala untuk Timbalan , Hee mendapat 30(setelah speaker
tidak mengundi) dan Calon pembangkang mendapat 28 undi.
Pencalonan Sivakumar dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin sementara pencalonan Junus dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.
Sebelum penangguhan dewan, speaker telah memberi ucapan sulongnya. antara
kandungan ucapannya beliau mengucapkan terima kasih dengan kepercayaan dipilih
sebagai yang Dipertua Dewan Negeri yang ke-12.
Beliau berharap dewan akan berlangsung dalam keadaan konstruktif dan dinamik
dan meminta semua ahli Yang Berhormat menghormati dewan dengan tidak menjadikan
dewan tempat mengumpat
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ