Kenal Unit Trust: Bagaimana Memilih Akaun Pelaburan Unit Trust

 

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini saya ingin
menerangkan mengenai pemilihan akaun pelaburan di unit trust. Dah sedia? GO!

 

Apakah sebab kita patut menyimpan & melabur?

1)      Sebagai tabung kecemasan - Dari segi psikologi manusia perlu rasa
selamat terhadap bencana kewangan seperti rawatan penyakit, kemalangan dan
kena buang kerja. 

2)      Sebagai alat untuk memenuhi wawasan kewangan seperti tabung
pendidikan sendiri/ anak, kenderaan peribadi baru, percutian atau cengkeram
pembelian rumah. 

3)      Sebagai tabung untuk hari tua atau sebagai penambahan kepada bayaran
pencen / tabung KWSP. 

4)      Sebagai satu jambatan untuk menghasilkan lebih wang tampa bekerja
sendiri. 

 

Sebelum melabur atau menyimpan ada baiknya pelabur mempartimbangkan
faktor-faktor berikut:

1)      Dimanakah kedudukan pelabur dalam kitaran hidup?

2)      Apakah risikonya?

3)      Bagaimanakah kesan inflasi terhadapnya?

4)      Bolehkan ia dicairkan?

5)      Berapakah harga pulangannya?

6)      Perlukah dilakukan pemelbagaian (diversification)?

 

Berikut adalah contoh kedudukan pelabur berdasarkan faktor umur dan kehendak
mereka:

1)      Pesara:

-         Contoh Wawasan: melindungi modal dan memaksimumkan pendapatan

-         Langkah yang diambil: Pilih pelaburan selamat seperti unit amanah
yang bermotifkan pendapatan, akaun mudharabah dan saham blue-chip.  Sentiasa
pantau kadar pendapatan yang diterima dari potfolio pelaburan. Untuk
mengatasi inflsi sebahagian kecil modal patut dilaburkan dalam tabung lebih
berisiko. 

 

2)      Pasangan dengan anak dewasa

-         Contoh Wawasan: Untuk Persaraan

-         Langkah yang diambil:Simpan sebahagian wang dalam peaburn yang
konservatif/ berisiko rendah. Kalau dari golongan kaya boleh gunakan
pelaburan berisiko lebih tinggi. Pasangan dengan anak belasan tahun
menyediakan tabung untuk bayaran bil pengajian yang tinggi. Mengkaji
sumber-sumber bantuan kewangan / pinjaman yang ada. Memantau semua simpanan
yang ada samaada mencukupi. Jika tidak mungkin berusaha menambahkan
pandapatan. 

 

3)      Pasangan dengan anak bersekolah

-         Contoh Wawasan: Tabung pendidikan dan tabung percutian

-         Langkah yang diambil: pastikan sudah ada tabung tunai untuk
kecemasan dahulu sebelum mula melabur dalam alat pelaburan yang mempunyai
nilai pulangan yang tinggi seperti unit amanah pertumbuhan (grows funds).
Tujuannya untuk mengatasi inflasi. Pelabur yang mempunyai selera risiko yang
tinggi boleh menggunakan unit amanah pertumbuhan yang lebih aggresif. 

 

4)      Pasangan dengan bayi/anak kecil

-         Contoh Wawasan: Rumah yang lebih bagus

-         Langkah yang diambil: Pilih rumah yang sesuai - boleh jadi tempat
tinggal serba boleh juga dijual bila anak-anak sudah berkahwin. Sebelum
melabur pastikan sudah ada tabung kecemasan tunai bernilai 3 bulan gaji,
insuran pendapatan, dan insuran perubatan. Pelaburan digalakkan dalam unit
amanah jenis berimbang (balance fund) atau ASB.

 

5)      Bujang

-         Contoh Wawasan: Kereta, rumah

-         Langkah yang diambil: Elakkan tabiat belaja berlebihan dengan
mengabil skema pelaburan 'paksaan' secara potongan gaji dalam akaun insuran/
takaful. Untuk wawasan jangka pendek sebahagian besar dari baki simpanan
harus diletakkan dalam akaun-akaun yang menjamin modal. Baki kalau ada
barulah melabur dalam unit amanah.

 

Artikel dipetik & ringkasan dari:

Pemilihan Akaun Pelaburan, Mingguan Wanita, P46, Ogos 05

 

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai simpanan di unit trust dengan
lebih mendalam? 

Sila hubungi saya di:

 

Nizam

Perunding Unit Amanah

 

HP:      016-2191 808

Email:   [EMAIL PROTECTED]

YM      : nizamkem2003

Skype  : nizam808

 

Pelaburan di unit amanah (unit trust) secara tunai dengan permulaan serendah
RM1000, Top-up serendah RM100 setiap kali pada bila bila masa. Anda juga
Layak melabur dengan menggunakan wang KWSP apabila akaun 1 anda telah
melebihi had asas (RM) simpanan yang ditetapkan oleh KWSP. Sila hubungi saya
untuk mendapatkan lebih info mengenainya. 

 

 

 

 

 

Kirim email ke