Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP Untuk Melabur.
Kelayakan Pengeluaran Caruman Akaun 1 KWSP Untuk Dilaburkan Ramai yang tidak mengetahui bahawa apabila wang akaun 1 KWSP telah melebihi had Simpanan Asas yang ditetapkan, maka lebihan tersebut boleh dikeluarkan untuk dilaburkan. Ini untuk memberi peluang kepada pencarum mendapatkan ruang pelaburan altenative untuk mengembangkan wang bekalan hari tua mereka. Apa iti simpanan asas? Simpanan asas adalah jumlah simpanan yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan pencarum KWSP memperolehi simpanan sekurang kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melabur simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Kaedah pengiraan baru ini telah dikuatkuasakan pada 1 November 2007 dan memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA) Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1 KWSP Umur (Tahun) Simpanan Asas (RM) 18 1000 19 2000 20 3000 21 4000 22 5000 23 7000 24 8000 25 9000 26 11000 27 12000 28 14000 29 16000 30 18000 31 20000 32 22000 33 24000 34 26000 37 34000 38 37000 39 41000 40 44000 41 48000 42 51000 43 55000 44 59000 45 64000 46 68000 47 73000 48 78000 49 84000 50 90000 51 96000 52 102,000 53 109,000 54 116,000 55 120,000 Syarat-syarat yang di tetapkan: 1) Melalui 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan wang simpanan di akaun 1 KWSP ridak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebili Simpanan Asas. 2) Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minima pelaburan setiap kali adalah RM 1,000.00 Mari kita lihat contoh biar lagi jelas dan lebih mudah memahami. Kes 1 Ahmad berumur 20 tahun dan simpanan di Akaun 1 adalah RM 2,000 ringgit. Jumlah simpanan asas adalah RM 3,000. Jadi kurang RM 1,000 ringgit. Maka Ahmad masih belum layak untuk melabur. Kes 2 Abu berumur 23 tahun dan mempunyai wang simpanan di akaun 1 sebanyak RM10,000 ringgit. Jumlah simpanan asas adalah untuk usia 23 tahun adalah RM 7,000. Jadi: RM 10,000 - RM 7,000 = RM 3,000 RM 3,000 x 20% = RM600 Maka Abu masih belum layak melabur kerana jumlah minima pelaburan adalah RM1,000. Kes 4 Nasir berusia 42 tahun. Jumlah simpanan wang di akaun 1 KWSP adalah RM70,000. Jumlah simpanan asas untuk mereka yang berusia 42 tahun adalah RM51,000. Jadi: RM RM70,000 - RM51,000 = RM19,000 RM19,000 x 20% = RM3800 Maka Nasir layak untuk melabur sebanyak RM3,800 daripada jumlah wang akaun 1 yang dia ada. Macammana? Berminat? Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai simpanan di unit trust sama ada menggunakan wang dari akaun 1 KWSP / tunai dengan lebih mendalam? Sila hubungi saya di: HP: 016-2191 808 Email: [EMAIL PROTECTED] YM : nizamkem2003 Skype : nizam808 Nizam Perunding Unit Amanah
